” Sedih sangat, menangis dalam kereta sepanjang KL ke Seremban. Depan Iman tadi tahan jer air mata.. “

” Pohon doa sahabat semua yer buat adik Iman ni yer.. ” – Ustaz Ebit Lew Kongsi Video Tunaikan Hajat Bertemu Adik Iman Yang S4kit, Buat Ramai Yang Mengalir Air Mata !!

Pendakwah terkenal dan penceramah motivasi, Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ustaz Ebit sering berkongsi pengalamannya mendekati insan-insan yang terkapai-kapai dalam ‘kegelapan’ demi untuk membawa mereka ke kembali ke pangkal jalan seperti remaja bermasalah dan juga golongan LGBT.

Tidak pernah sekali beliau mengeluarkan kata-kata yang kasar dan menghina golongan yang tersasar atau dengan kata lain telah jauh dari agama. Malah Ustaz Ebit selalu mendampingi golongan ini dan mengajak mereka kembali ke jalan yang diredhai.

Ustaz Ebit Lew seorang pendakwah yang selalu melihat dan melawat tempat yang jarang kita tahu kehidupan di sebaliknya. Beliau senantiasa mengajak masyarakat ke jalan kebaikan dengan cara dan gaya beliau yang lembut dan sangat berhemah.

Pendekatan Ustaz Ebit secara sopan dan berhemah itu sangat disenangi ramai lebih-lebih lagi bagi insan-insan yang pernah didekatinya atau yang dibantu olehnya. Ustaz Ebit sangat terkenal dengan tagline ‘Allah Sayang’.

Menerusi akaun Instagram, Ustaz Ebit berkongsi video ketika beliau datang menziarahi Adik Iman yang baru berusia 14 tahun tetapi menghidap penyak1t burk1tt’s lymph0ma stage 4 dan lump0h dari kaki hingga ke dada.

Sebagai memenuhi hajat Iman untuk bertemu dengannya, Ustaz Ebit menunaikan permintaan ibu dan bapa Iman. Perkongsian Ustaz Ebit, buat ramai yang sebak dan mengalirkan air mata.

Baca perkongsian Ustaz Ebit dan tonton video penuh di bawah :

” Sebak sangat dan bertuah saya dapat ziarah anak nama iman 14 tahun ini yang sangat baik. Sebaik dapat mesej dari keluarganya iman ingin sangat berjumpa saya depan-depan.. “

” Sedih sangat, menangis dalam kereta sepanjang kl ke seremban. Depan iman tadi tahan jer air mata. Pohon doa sahabat semua yer buat adik iman ni yer.. “

” Syukur perjalanan dari kl lancar dan mudah ke seremban tadi. Anak ini sedang menahan s4kit

” ‘Saya dgn penuh pengharapan ingin minta jasa baik ustaz utk memenuhi hajat anak sulung saya iman yg kini menghitung hari kerana sudah tidak ada rawatan di hospital lagi utk iman.. ‘ ”

” ‘ Anak saya menghidap burk1tt’s lymph0ma stage 4 dan lump0h dari kaki hingga ke dada dari julai 2018, iman bed ridden dan tdk boleh bergerak bnyk kerana bengk4k dan sak1t2 di seluruh badan.. ‘ “

” Tadi iman tanya kenapa dia terpilih dan s4kit. Iman semuanya cuma hanya ada 1 jawapan sebab Allah sayang iman. Iman sedang diberikan kedudukan macam Nabi-nabi dan sahabat rhum yang berjuang di jalan Allah.. ”

” Iman doakan ustaz yer. Iman hensem, baik, Allah sayang. Semoga diberi kejaiban dan kekuatan buat iman dan buat makayah dan seluruh seisi keluarga.. “‘

” Pohon doa sahabat semua yer buat iman. Iman solat lagi walau s4kit. Dan tadi saya dengar anak ini baca fatihah buat saya sedih. Iman cakap terima kaseh ustaz. Ustaz doakan iman yer.. “

” Mak ayah iman ustaz ustazah. Ini anak sulung mereka. Kuat yer ustaz dan ustazah. Allahuakbar. Allah sayang.. Terima kaseh – Ebit Lew.. ”

View this post on Instagram

Sebak sangat dan bertuah saya dapat ziarah anak nama iman 14 tahun ini yang sangat baik. Sebaik dapat mesej dari keluarganya iman ingin sangat berjumpa saya depan-depan. Sedih sangat, menangis dalam kereta sepanjang kl ke seremban. Depan iman tadi tahan jer air mata. Pohon doa sahabat semua yer buat adik iman ni yer. Syukur perjalanan dari kl lancar dan mudah ke seremban tadi. Anak ini sedang menahan sakit . "Saya dgn penuh pengharapan ingin minta jasa baik ustaz utk memenuhi hajat anak sulung saya iman yg kini menghitung hari kerana sudah tidak ada rawatan di hospital lagi utk iman. anak saya menghidap burkitt’s lymphoma stage 4 dan lumpuh dari kaki hingga ke dada dari julai 2018, iman bed ridden dan tdk boleh bergerak bnyk kerana bengkak dan sakit2 diseluruh badan" . Tadi iman tanya kenapa dia terpilih dan sakit. Iman semuanya cuma hanya ada 1 jawapan sebab Allah sayang iman. Iman sedang diberikan kedudukan macam Nabi-nabi dan sahabat rhum yang berjuang dijalan Allah. Iman doakan ustaz yer. Iman hensem, baik,Allah sayang. Semoga diberi kejaiban dan kekuatan buat iman dan buat makayah dan seluruh seisi keluarga. Pohon doa sahabat semua yer buat iman. Iman solat lagi walau sakit. Dan tadi saya dengar anak ini baca fatihah buat saya sedih. Iman cakap terima kaseh ustaz. Ustaz doakan iman yer . Mak ayah iman ustaz ustazah. Ini anak sulung mereka. Kuat yer ustaz dan ustazah. Allahuakbar. Allah sayang..Terima kaseh-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Rata-rata netizen sebak dengan perkongsian Ustaz Ebit ini. Mereka mendoakan kesembuhan untuk Adik Iman. Antara komen-komen netizen :

” Ya Allah. Permudahkanlah anak ini. Ringankanlah segala kes4kitannya, Kau berikanlah dia kekuatan Ya Allaah. Kau hilangkan segala pender1taannya. Teguhkanlah semangatnya Ya Allaah dan Kau berikanlah dia kesembuhan. Aamiin. Allahumma Aamiin.. “

” Allahuakbhar. Terimakasih Ustaz. Hanya Allah yg mampu membalasnya. Semoga anakanda Iman terus kuat & jalani hari2 yg masih ada dgn penuh kasih sayang. Terimakasih sekali lagi Ustaz kerana dpt merealisaikan hajat anakanda Iman utk bertemu Ustaz. Allahuakbhar. Nikmat Doa di bulan Ramadhan. Nikmat apa yg hendak kami dustakan. Allahuakbhar.. Allah Sayang.. “‘

” Allahuakbar, anak kepada cikgu sekolah saya ni. Semoga diberi ketabahan buat cikgu lokman dan keluarga. Sedih rasa.. “‘

” Menitis air mata.. Allah sayang awak iman.. sebab tu awak terpilih.. “

” Allahuakbar.. moga anakanda Iman serta kedua ibu dan bapanya diberikan kesabaran atas ujian. Moga dgn keberkatan bulan Ramadan ini diberikan kesembuhan.. “

” Alhamdulillah. Terima kasih ustaz kerana sudi melawat anak buah saya. Semoga doa kita semua diperkenankan dan dimakbulkan Allah swt, Ameen.. “

” Allahu.. semoga dipermudahkan urusan oleh Allah untuk anak ini.. “

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sama-sama kita doakan adik Iman diberi kesembuhan oleh Allah. Allah uji kita sebab Allah sayang. Semoga adik Iman dan keluarganya tabah dengan ujian Allah ini.

Terima kasih Ustaz Ebit atas perkongsian ini. Sedikit sebanyak perkongsian ini membuatkan ramai yang mendoakan untuk adik Iman. InshaAllah. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : Ustaz Ebit Lew by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..