” Saya handsome macam FA, FA, FA.. Fattah Amin.. “

Wahhh… Azal Mengaku Handsome Macam Fattah Amin. Tak Sangka Ini Respon Daripada Fattah Amin Sendiri !!

Ramai sudah sedia maklum pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar istimewa yang menghidap aut1sm iaitu Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal). Selain daripada itu Zarina juga mempunyai dua orang anak lelaki yang lain bernama Naim dan Adam.

Azil menghidap hyper aut1sme manakala Azal mempunyai mild aut1sme yang dikesan ketika mereka berusia tiga tahun.

Anak-anak Zarina dikenali ramai kerana Zarina sering memuat naik video dan gambar mereka di laman sosial Instagram serta sering membawa Azal dan Azil menemaninya ke lokasi pengambaran, berniaga di expo dan juuga beberapa kali muncul di kaca televisyen.

Azal yang mempunyai mild aut1sme masih boleh bercakap, membaca, menulis serta boleh dilepaskan untuk keluar ke kedai seorang diri dan pandai membeli barang yang diinginkan sendiri. Dia juga seorang yang peramah, suka berkawan dan bergaul dengan orang ramai.

Manakala Azil tidak boleh berkomunikasi secara verbal namun semuanya tidak menghalang Zarina sebagai seorang ibu untuk memahami kehendak dan keperluan anak sulungnya itu.

Menerusi akaun Intagram,  Zarina Zainuddin berkongsi video sedang bersembang dan bergurau dengan Azal. Dalam video berkenaan, Zarina bertanyakan anaknya, ” Azal handsome macam siapa ? “

Kemudian Azal menjawab ” Macam FA, FA, FA.. “

Zarina bertanya kembali ” FA siapa ? “

Jawab Azal lagi ” Fattah Amin.. “

Semua yang berada di rumah ketawa dengan jawapan ‘konfiden’ daripada Azal. Zarina kemudiannya menyakat Azal supaya tidak berangan dan mengatakan tidak sama langsung Azal dengan Fattah Amin. Ini membuatkan muka Azal berubah apabila diusik oleh ibunya itu.

Video Azal ini membuatkan netizen terhibur dengan gelagatnya. Rata-rata memuji ke’handsome’an Azal.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Azal nak hensem macam fatah Amin.. “

View this post on Instagram

Azal nak hensem macam fatah Amin 😁

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Rata-rata netizen terhibur dengan video Azal. Mereka mengatakan Azal lagi handsome daripada Fattah Amin. Antara komen-komen netizen :

” Sapa ckp Azal x handsome, Azal lggg handsome pd fatah amin manis klu senyum. Azal ank yg baik sgt.. “

” Azal mmg ensem lah sangat ensem klu dia dah sembuh nnti pasti lagi ensem dri fattah amin. semoga cepat sembuh azal amin yra.. “

” Azal xperlu ensem mcm FA… Sb azal memng dah ensem pn.. face azal manis.. Cute dah… Ensem.. “

” Azal mmg handsome, sejuk mata memandang, manis .. “

” Sjujurnye azal dan azil mmg hensen. Wlpun simple. Tpi still nmpak hensem.. “

” Betul lah…. Azal memang hensem… Insya’ALLAH bila dah touch up dan segak bergaya… confirm lagi hensem dari F.A….. Sorry F.A…. Azal lagi hensem ok… Cute and sweet lah Azal ni…. Good boy..

Apa yang menariknya entri ini mendapat perhatian daripada Fattah Amin sendiri. Fattah turut memberi komen terhadap video yang dimuatnaik.

Komen Fattah turut mendapat banyak ‘likes’ dan menerima banyak balasan komen daripada peminat.

Alahai sweet betul Fattah Amin. Bak kata orang, kalau kita bahagiakan orang lain, inshaAllah Allah akan bahagiakan kita. Mesti Azal suka Fattah komen macam tu. Sporting betul Fattah ni kan ?

Semoga Azal terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik. Nanti sudah besar sikit boleh leh jadi macam Fattah Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarina Zainuddin by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..