” Kepada mereka Si Isteri Pertama yang dimadukan secara mengej0t, terkej0t, paksa rela dan yang sewaktu dengannya… “

Luahan Wanita Yang Dimadukan Ini Buat Ramai Yang Buka Mata !!

Tidak dinafikan bahawa p0ligami dibenarkan dalam Hukum Syarak. Tetapi apa yang menyedihkan ialah p0ligami sering dilihat sebagai sesuatu yang menyeronokkan untuk kaum lelaki, sebaliknya tidak bagi wanita yang dimadukan.

Lebih-lebih lagi bagi isteri pertama yang merasakan cinta dan kasih suami sudah tidak lagi tertumpu sepenuhnya kepadanya. Malah ada suami yang mengabaikan isteri pertama apabila sudah berkahwin baru dan membiarkan isteri pertama menguruskan anak-anak seorang diri.

Di bawah adalah perkongsian seorang isteri pertama mengenai isu p0ligami. Belian menceritakan kisah hidupkan dan juga pandangannya terhadap isu p0ligami ini. Perkongsian beliau buat ramai yang buka mata.

Kepada mereka Si Isteri Pertama yang dimadukan “secara mengej0t, terkej0t, paksa rela” dan yang sewaktu dengannya…

Kepada mereka Si Wanita hebat yang sedang memend4m rasa… memujuk hati sendiri dan memilih untuk bertahan dalam rumah tangga yang dibina sekian lama… post ini untuk anda…

Saya masih sangat baru berp0ligami… permulaan yang sangat meny4kitkan, tapi saya punya alasan untuk pertahankan rumah tangga saya ini… walaupun diakui memang payah.. jat0h tersungk0r, tersemb4m then bangun sendiri…

Saya bukan nak kongsi tentang bagaimana kisah p0ligami saya ini bermula… tidak perlulah saya membuka aib suami, saya mahupun madu… tapi saya ingin berkongsi pendapat tentang GILIRAN.. dengan giliranlah saya percaya anda wanita hebat dapat merawat hati yang s4kit itu…

(Gambar Sekadar Hiasan)

Sewaktu mula berp0ligami, saya banyak mencari ilmu dari golongan mereka yang sudah berp0ligami… tak kira lah isteri keberapa pun… saya join berbagai support group… terlalu banyak cerita, sedangkan kisah mon0gami pun bermacam ragam apatah lagi p0ligami .. p0ligami isu yang sangat taboo dalam masyarakat kita… dan saya pun tak pernah terbayang inilah takdir saya!

Dibeberapa group, saya selalu terbaca post tentang isteri muda yang mengadu tentang kakak madu yang tak bagi suami buat giliran dengan adil… KEBANYAKAN kes begini, sebab mereka dimadukan dengan mengej0t, bukan dengan prosedur sebenar… yang jenis kahwin terus berbulan madu di negara jiran…

(Gambar Sekadar Hiasan)

So, people tend to treat you the way u unc0nciously treat them.. selalunya, ini tindak balas isteri pertama untuk lepas ger4m.. so, nak salahkan isteri pertama semata ? sapa suruh pergi vacation kat negara gajah putih tu tak ajak dia ? hihi.

Saya bukan nak komen tentang bagaimana seorang suami tu sepatutnya memulakan p0ligami atau bagaimana isteri muda seharusnya berperangai seperti isteri baru… saya bukan isteri kedua… kasut kita berbeza, hanya sendiri faham keselesaan kasut masing-masing.. jadi, fokus saya hanyalah untuk si ISTERI PERTAMA yang terluk4…

Wahai isteri pertama,

Kita senasib…. jadi izinkan saya meluah pendapat… baca & hadam lah wahai isteri yang seangkatan dengan saya..

Tak perlu halang suami balik rumah isteri muda dia… risau mereka beramah mesra? Memang lebih dari tu mereka dah buat… tak luak apa pun…

Tak biasa suami tiada? 1 hari suami memang akan tingg4lkan kita bila jodoh dah sampai penghujung, cer4i @ m4ti… baik kita bersedia dari sekarang…

Kerana tidak mahu suami balik rumah sana, kita paksa beliau duduk rumah sini… badan suami ada dengan kita… tapi hatinya berada di tempat lain… 24 jam feeling insecure risau sangat suami contact isteri baru…. hakikatnya memang beliau akan buat begitu.. sebab itu memang isteri dia pun…bahagiakah isteri yang depan mata suami tu ?

 

(Gambar Sekadar Hiasan)

Rasa kalah kalau suami asyik bersama isteri baru? Kita memang dah “kalah” waktu suami berjabat tangan tok kadi.. terima akad isteri baru.. tiada siapa yang acu senap4ng, letak par4ng dileher suami ug0t beliau untuk bernikah…. memang beliau sendiri yang nak sangat… it takes 2 to tango… tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi….

Ped1h sebab cinta suami bukan hanya untuk kita…. perlu ingat… cinta suami pun bukan hanya untuk madu… jika isteri baru seorang sudah cukup sebagai isteri suami… beliau boleh lepaskan kita so that kita boleh move on dengan bergaya… tapi hingga ketahap ini… kita masih isteri suami… berbuih mulut minta cerai tapi kita masih isteri beliau.. sebab apa ye???

Jika suami masih gigih ke sana ke sini melengkapkan giliran… bersyukurlah… at least dia berusaha memenuhi tanggungjawab dia. Kalau dia mengeluh.. biarkanlah sebab dia yang pilih kehidupan itu.. great power come with great responsibilities.. kan?

(Gambar Sekadar Hiasan)

Jika suami sejenis yang dah ke rumah isteri baru then hilang ingatan tentang kewujudan isteri lama… bila sudah cukup masa, buatlah pilihan.. jika mampu sabar, sabar… jika dah tak tahan MOVE ON! itulah gunanya mahkamah syariah… hidup ni penuh dengan pilihan sis… semua orang layak untuk bahagia!

Rasa “tert1pu”… sebab selama ni bersusah payah untuk suami… akhirnya dibalas macam ni?… so, nak “kac4u” giliran mereka..

Jom kita tukar niat kita… kita buat untuk dapatkan pahala dari Allah… kerja kita dah semakin ringan… dulu balik kerja terus ke dapur, maghrib pun pukul 8… anak tak sempat diajar mengaji… harapkan ustazah KAFA je…. sebab dok fokus sangat pada suami… now suami tiada dirumah, goreng ayam makan dengan kicap pun dah sedap sangat untuk si anak.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Tentang suami, biarlah isteri baru yang jaga… bagilah peluang isteri baru pula jalankan tanggung jawab dia…. kahwin bukan untuk sedap semata, realiti perkahwinan sangat berbeza dengan bercinta. Jadi, tak perlu sibuk nak jaga “suami orang” time bukan giliran kita….

Tanya balik diri, adakah kita akan betul2 bahagia jika suami cer4ikan isteri baru demi kita?? Hancurkan masjid lain demi masjid kita berdiri gah kononnya? Lepas tu suami kahwin lagi dengan wanita lain… s4kit hati lagi dan berulanglah cerita yang sama…

Tarik nafas, relax… berilah “tugas” menjaga suami ini pada adik madu pula.. kurang dah 1 tugas kita nak stalk suami selalu, huhu. Lagi pun, k4ca yang dah pec4h… tak kan boleh bercantum seperti asal… baik kita cari bahagia cara kita….suami bukanlah asbab utama untuk bahagia.

Sewaktu suami saya bercer4i dengan isteri baru entah sebab apa, suami berada dengan saya dan tak balik ke sana.. adakah saya happy mereka bercer4i ? saya tersedar yang saya tidak happy langsung! saya terdiam… saya jadi cuak…

(Gambar Sekadar Hiasan)

Otak ligat berfikir… “aku tak mahu jadi satu-satunya isteri suami, setelah bermacam yang terjadi, setelah bermacam yang dirancang untuk upgrade skill diri, aku tak mahu kembali ke kehidupan dulu…” Alhamdulillah, jodoh mereka masih panjang…

Jadi, berhentilah berebut suami time bukan giliran kita… kita sebagai isteri ada maruah… apa nak direbut tubuh yang 1 tu?? Sometimes, it is okay to use your eg0 in certain situation.

Pegang prinsip ni…. mereka dah kahwin, kena buat cara dah kahwin… bukan jumpa sorok2… buat macam skandal… siang hari mereka berseronok, sebab malam hari kena duduk rumah kita… dia balik kita sediakan makanan, air mandi, layan macam raja dengan harapan dia lupakan yang disana…

Please stop all this stupid thing, berhentilah memenatkan badan sendiri… berhentilah menyakitkan hati sendiri sebab kita pun tau hakikat yang mereka sebenarnya bebas berjumpa… please love yourself first..

Allah dah bagi “rehat”, layan lah anak2 jika selama ni mereka kurang perhatian kita… pamper & relax yourself dengan aktiviti2 yang tak dapat buat jika suami ada…

Saya post ni…. Sebab saya tak suka…. saya rasa sedih mar4h bila isteri pertama disalahkan sebab suami culas bab giliran…. tapi kalau suami tu sendiri yang culas… dia pun tau apa yang ditanggung “di sana” nanti…. tak kan kita pun nak ambil share tu sekali kat “sana”… sama-sama jalan senget bahu nak teman dia.. sehidup sem4ti kononnya!

“ Tapi yang sana pun meroyan, asyik call suami time disini ”… dah tu kite pun kena ikut rentak yang di sana ? Takde kelas langsung! pandang suami time dia jawab panggilan, senyum dan blah….

(Gambar Sekadar Hiasan)

Suami yang memang niat nak adil akan letak handphone.. fokus pada kita, apa nak kisah sebab esok dia balik sana…pandailah dia pujuk isteri baru yang terlupa suami ada isteri lain tu… Allah sentiasa tau niat seseorang…

Jom rawat hati kita…. hidup masih panjang untuk dibazirkan pada manusia…

Maaf kalau post ni macam kas4r, bajet bagus…. macam eg0… dan sebagainya….. terpulang…. saya tak bagus, selalu kecundang… tapi bab giliran… saya firm dengan diri saya.. kita ada maruah nak dijaga… tak perlu rendahkan diri untuk berebut2 suami… mudahkan urusan suami bab giliran ni…. Allah mudahkan urusan kita…

Mudah sangat bercakap tapi payah nak buat…saya paham sangat sis…Orang boleh suruh redha, tapi realitinya redha itu tidak semudah ABC…

Jika belum mampu redha, buat semua ni untuk diri sendiri, BUKAN UNTUK SUAMI, buat semua ni demi hati sendiri!… demi dapat ketenangan.. alah b1sa tegal biasa, mula2 paksa diri tapi lama2 terbiasa…

Satu yang saya tersedar dengan selalu yang terjadi pada saya… Usah terlalu bersandar pada suami, suami bukan hak milik… suami hanya jambatan untuk buat banyak pahala…. lepaskanlah dia pada tadbir Allah…

Jika dia masih berusaha untuk pertahankan kita bersyukurlah… jika sebaliknya.. please ingat, lelaki yang tidak berjuang untuk kita tak layak untuk kita.. – E.Eman (Bukan nama sebenar)

Kepada kaum lelaki, jika anda rasa tidak mampu untuk berlaku adil kepada isteri-isteri anda, abaikanlah niat anda untuk berp0ligami. Bukan sahaja adil kepada isteri-isteri, malah perlu adil kepada anak-anak juga.

Jangan kerana mengikut h4wa n4fsu semata-mata untuk bernikah lagi tanpa memikirkan akibat yang akan berlaku selepas itu. Tetapi jika anda mampu, islam pun tidak menghalang p0ligami asalkan boleh berlaku adil dan tidak mengabaikan mana-mana pihak. Wallahulam.

Silakan SHARE..

Sumber : IIUMC / Dikemaskini oleh Berita Kopak