” Alololoo.. Macam main anak patung yer Yusuf.. “

Video Gelagat Yusuf Iskandar Anak Hanis Zalikha Memangku Adiknya.. Part Tak Nak Bagi Semula Adik Kat Mommy Tu Kelakar Dan Comel Sangat !!!

Umumnya mengetahui Yusuf Iskandar adalah putera sulung kepada pasangan artis kesayangan ramai iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalika. Si Comel ini seringkali menjadi tumpuan pengikutnya kerana sangat petah berkata-kata.

Telatah dan gelagat Yusuf dapat dilihat menerusi video dan foto yang dikongsi oleh ibu bapanya di laman sosial Instagram miliknya.

Yusuf sangat pandai membuat mimik muka apabila bergambar dan setiap kapsyen lucu yang ditulis pada setiap entri, pasti menjadi perhatian pengikutnya di Instagram.

Siapa yang mengikuti perkembangan Yusuf di Instagram pasti mengetahui kucing comel kesayangannya yang diberi nama Bujibu Champel. Memang gebu dan comel tau.

Lagi-lagi apabila Hanis dan Hairul memuat naik video telatah Yusuf bermain, bergurau dan bercakap-cakap dengan Bujibu. Pasti kelakar dan gel1 hati !!!

Semalam, Hanis Zalika telah selamat melahirkan bayi perempuan yang sangat comel dan diberi nama Alisa Aisyah. Kehadiran orang baru sudah tentu menambahkan seri di dalam keluarga, begitu juga dengan pasangan ini.

Terbaru, Hairul Azreen telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut memaparkan Yusuf sedang memangku adik kesayangannya itu di ribanya. Kelihatan Yusuf sedang berbual-bual dengan ibunya Hanis Zalika.

Jelas terpancar kasih sayang seorang abang kepada adiknya itu. Yusuf mencium dan menyentuh pipi adiknya berulang kali. Matanya tidak lepas asyik memandang adiknya itu sahaja. Sekarang Yusuf sudah ada kawan untuk bermain. Semestinya Yusuf bertambah gembira dan ceria.

Apa yang menarik pada video tersebut, Yusuf tidak mahu memberikan semula adiknya itu kepada kepada ibunya setelah diminta berbuat demikian. Yusuf terus sahaja memeluk adiknya itu. Comel sungguh Yusuf ni kan ?. Bertuahnya adik Yusuf tu dapat abang yang caring macam ni !!

Menurut Hanis lagi di dalam kaspyennya. menyatakan ucapan terima kasihnya kepada semua yang sentiasa mendoakan belia sekeluarga, dan Hanis juga mendoakan peminat dan pengikutnya berbahagia di dunia dan di akhirat.

Di bawah ini adalah antara sedutan daripada video tersebut :

Hanis : Do you love your baby sister ??

Hanis : Careful.. always hug !!

Hanis : Do you want her ?

Yusuf : Yes !!

Yusuf terus memeluk adiknya itu setelah ibunya ingin mengambil semula adik dari pangkuannya.

Amboii Yusuf sayang sungguh pada adik yer.  Ibu nak ambil semula pun tak bagi..

Jom lihat gelagat Yusuf pada video di bawah ini :

” My love theyusufiskandar & thealisaaisyah. Btw thank you guys selalu, doa baik2 untuk family saya. Saya doa korang semua senang & bahagia dunia akhirat amin. “

Rata-rata peminat dan pengikut Hairul Azreen dan Hanis Zalika memuji kecomelan dan kepintaran Yusuf. Ini antara komen-komen mereka :

” Baby Alisa is so lucky to have such a loving big brother! “

” Awwww too cute laaa abang yusuf. “

” Yusuf love Alisa so much lovely brother. “

” Ya Allahhh soooo cuteeee!!!!!!. “

” Excited ada orang baru.. sebelum ni x pernah ada, bila ada baby, ibarat macan dukung patung baby boleh gerak2… tu y suka tu.. hehe.. comel nya… teringat anak2 saya masa ada baby baru ni.. excited dia..”

” Yusuf, u r so adorable.. “

“Aduh ger4mnya tengok awak berdua, comel2. “

” Ya Allahhhhhhh, this is soooo beautiful!!! Yusufff sweet sgtt niii.!!!! Abg2 perasan dh besar sgtt lagaknya nak dukung baby sambil stand. Taknak lepas adk pulak tu. Comeeeel!!!! Pure love!. “

Alhamdulillah dan Tahniah Hanis Zalika dan Hairul Azreen atas kehadiran cahaya mata kedua. Tahniah juga kepada Yusuf Iskandar, jaga adik baik-baik yer..sekarang ni Yusuf dah jadi abang..

Kami di Berita kopak mendoakan pasangan Hanis dan Hairul sentiasa dikurniakan kebahagiaan dalam berumahtangga, serta juga mendoakan Yusuf dan Alisa Aisyah membesar dengan sihat dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Selamat Berp4ntang Hanis, Jaga diri dan jaga baby baik-baik !!

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Hairul Azreen by Berita Kopak.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..