” Ya Allah sebijik muka Yusuf.. Tahniah.. “

Hanis Zalikha Selamat Melahirkan Anak Kedua. Hairul Azreen Kongsi Gambar Bayi Perempuan Mereka. SubhanAllah.. Indahnya Nama, Seindah Wajahnya !!

Nama pelakon Hairul Azreen atau pemilik nama sebenar Hairul Azreen Bin Idris tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelakon utama filem Paskal ini pernah menjuari Fe4r Factor Melaysia selain memulakan kerjayanya sebagai seorang pelagak aksi nger1.

Hairul berkahwin dengan pelakon dan juga model yang cantik manis, Hanis Zalikha pada tahun 2015. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Yusuf Iskandar.

Hairul dan Hanis gemar berkongsi video mengenai gelagat anak mereka Yusuf Iskandar di Instagram. Mimik muka Yusuf ketika bergambar serta kapsyen lucu yang ditulis pada setiap entri menarik perhatian pengikutnya di Instagram.

Lebih-lebih lagi bila gambar dan video bersama kucing kesayangannya, Bujibu Champel dimuatnaik di IG. Ada sahaja idea yang kelakar dimuatnaik oleh Hairul dan Hanis apabila posting yang dikaitkan dengan kucing comel dan gebu itu.

Pada tahun lalu, Hairul pernah mengumumkan isterinya sedang hamil anak kedua. Berita yang dikongsikan oleh Hairul ini membuatkan ramai peminat teruja untuk menantikan kehadiran anak kedua pasangan ini.

Menerusi akaun Instagram hari ini, Hairul Azreen mengumumkan isterinya Hanis sudah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada petang tadi. Berita gembira ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat kedua-dua selebriti ini.

Bayi comel itu diberi nama Alisa Aisyah binti Hairul Azreen. SubhanAllah, indahnya namanya seindah wajahnya yang comel.

Baca perkongsian Hairul di bawah :

” Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira, isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen petang tadi 5.59pm. “

” Dua2 anak Daddy lahir hari Jumaat, Thank you Mommy haniszalikha.Thank you sayang Thank you my bam bam. “

Rata-rata peminat dan pengikut Hairul Azreen mengucapkan tahniah. Ini komen-komen mereka :

” Alhamdulillah congrats abang & kak hanis muka yusufff . “

” Alhamdulillah . Assalamualaikum Alisa Aisyah muka yusof . “

” Tahniah. Comelnya. Sebijik muka Abang Yusuf . “

” Macam muka yusuff congrats!. “

” Buka2 ig jaa nampak post ni alhamdulillah , selamat berpantng mommy nis . “

” Yaa allah sebijik muka yusuf.. tahniah . “

” Congratss . Sempat baby rayaaaa .yeayyy. “

Alahai comelnya baby Alisa, mesti Yusuf teruja dapat adik perempuan kan. Tak sabar nak tengok reaksi Yusuf berjumpa dengan adiknya.

Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga baby Alisa membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan membahagiakan ibu bapa di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hairul Azreen by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..