” Tak leh stop gelak dowh tengok Abam ni. Sak1t perut gelak.. “

Gelagat Abam Bocey Yang Over Confident Naik Motor Clutch Buat Ramai Terhibur. Alahai Serius Kelakar !!

Kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Achey, Abam dan juga Fad tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama dan wajah mereka sering menghiasi kaca televisyen rumah anda dengan lawak-lawak yang menghiburkan.

Bukan sahaja lawak di pentas tetapi di dunia realiti juga mereka ini memang ceria dan suka berjenaka orangnya.

Yang terbaru menerusi akaun instagram, Achey memuatnaik satu video rakan baiknya Abam sedang membonceng motosikal. Abam begitu confident dan teruja naik motor itu. Kelihatan Fad Bocey juga berada di tempat kejadian.

Pada permulaannya Abam menekan minyak dan membuat aksi rempit yang melucukan sambil berkata ” Abang lah mat rempit sejati.. “.

Apa yang menariknya apabila Abam yang tidak biasa membawa motor yang ada clutch, baru sahaja motor nak bergerak enjin motor tiba-tiba mat1 membuatkan semua yang berada di situ tidak tahan ketawa menonton aksi Abam. Alahai serius kelakar.

Tapi kesian pun ada, bersungguh-sungguh Abam nak bawa motor clutch, tiba-tiba jer terbantut. Tak apa Abam, usaha lagi, jangan putus asa. Bila sudah biasa bawa nanti, pasti impuan Abam untuk menjadi ‘Mat Rempit Sejati’ itu pasti tercapai.

Bukan senang nak bawa motor macam ini. Admin pun terkapai-kapai juga nak bawa. Jom tonton video di bawah :

” Kauuuuu buat halll…. @abam_bocik … “

View this post on Instagram

Kauuuuu buat halll…. @abam_bocik …

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Rata-rata netizen terhibur menonton gelagat Abam. Antara komen-komen netizen :

” Takleh stop Gelak dowh Tengok @abam_bocik nih.. Sakit perut gelakk.. ‘

” Hahahahahahahaha aduh kelakar lah. Abg fad kat belakang tu tengok je.. “

” Ni mat rempit sejati ke mat rempit terhenti.. “

” Abg pon mat rempit..skli lps klas mmpos plk.. @abam_bocik.. “

” Ku sangkakan abang rempit rupanya remput daaa.. “

” Patah 18 z tu hahahahahahahaha.. “

Alahai Abam ni tak pernah tak kelakar. Ada je gelagatnya yang mencuit hati. Kejadian yang lekat dalam almari hari tu pun admin tak boleh nak move on gelak lagi. Serius kelakar..

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Abam terus berjaya dalam kariernya. Teruskan menghibur dan menceriakan hari-hari kami. All the best Abam !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Achey Bocey by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..