Cara Fasha Sandha Menegur Anaknya, Putri Jemyma Yang Duduk Di Atas Kerusi Sedangkan Budak-Budak Lain Duduk Di Bawah Buat Ramai Yang Puji

Ramai sedia maklum pelakon cantik jelita Nur Fasha Sandha Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Fasha Sandha merupakan seorang yang sangat berdisiplin dengan tugasnya.

Ramai pengarah dan pelakon yang menceritakan dan memuji Fasha yang sentiasa datang awal ke set penggambaran dan tidak pernah membuatkan orang lain untuk menunggu kehadirannya.

Malah perwatakan Fasha yang peramah, baik hati, sopan santun dan merendah diri membuatkan dia sangat disenangi ramai terutama sekali teman-teman rapat dan peminat-peminat yang sentiasa menyokongnya.

Fasha kini sedang berbahagia di samping aktor kacak Aidil Aziz. Baru-baru ini Fasha mengumumkan telah hamil anaknya yang ketiga dan merupakan anak pertama bersama Aidil.

Menerusi akaun Instagram, Fasha pernah berkongsi satu video anaknya Putri Raysha Jemaima menemaninya di set penggambaran. Menurut Fasha, Jemyma tidak sihat dan dia terpaksa membawa Jemyma bersama.

Menerusi video tersebut, lokasi penggambaran pada ketika itu adalah di kawasan rumah Flat. Jemyma pada masa itu sedang makan tempeyek bersama beberapa orang kanak-kanak yang tinggal berhampiran kawasan itu.

Apabila Fasha menghampiri mereka, beliau memuji anaknya yang sudah pandai menyesuaikan diri dan sudah mempunyai ramai kawan di situ.

Apa yang menariknya, Fasha menegur Jemyma yang ketika itu duduk di atas kerusi sedangkan kanak-kanak yang lain duduk di bawah dia atas lantai. Fasha menegur secara lembut dan menyuruh Jemyma turun dan duduk di bawah berasa mereka.

Kanak-kanak di situ juga sangat baik dan menghormati tetamu. Mereka mengatakan “tak apa.. tak apa.. “. Alahai sweet sangat semuanya.

Perkongsian Fasha ini mendapat perhatian ramai sehingga memperolehi banyak komen dan like di instagramnya.

Jom baca entri yang dimuatnaik oleh Fasha dan tonton video di bawah :

” Anak ibu dah ramai kawan2 kat set pengambaran ibu. Jarang bawak dia ke lokasi pengambaran, bila dia sakiit dan memerlukan ibu, ibu terpaksa bawak.. “

” Alhamdulillah dia pandai menyesuaikan diri dengan macam2 keadaan dan situasi. My supergirl Jemyma. Hari ni ibu pegi kerja tak dapat bawak sayang ibu.. “

” Get well soon princess #iburayfalraysha #kisahsemalam.. “

Rata-arata netizen memuji cara Fasha mendidik anaknya menghormati orang lain. Antara komen-komen netizen :

” U are so humble..bgus ajr ank2 dok sama kwan2 bru dia x sombong dgn org.. ‘

” Very humble person when inhear that “duduk lah bawah syg” and the kakak2 said “xpe lah xpe” see how they always respect each other. Pd anak2 tu mungkin anak @fashasandha adik yg masih kecil xpe lah ddk je kerusi. And fasha nk anak2 dia blh je join dgn sesiapa xkira kaya sederhana miskin.. “

” Bagusnya Fasha ajar anak supaya tidak meninggi diri, suruh duduk juga sama2 supaya nampak setaraf.. Terbaik fasha.. “

” @fashasandha good sngt you ajar anak you ! boleh di jadikan contoh buat org diluar sana ! love sngt2 ! btw jemyma soo cute.. “

” Jemyma x kedekut pon makanan dia… Ibu pandai didik anak. Budak2 lain pon polite je.. “

” Good job fasha sandha suke tgk cara awak dan awak tak sombong semga artis2 lain dpt mencontohi sikap fasha… “

” Baik nya fasha tk sombong pun sruh ank dok bawah sama2 dgn knak2 yg lain.. Minat sgt fasha nk sgt jumpa fasha.. “

Bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tahniah Fasha kerana berjaya mendidik anak-anak dengan baik. Semoga Jemyma membesar dengan sihat dan bijak, menjadi anak yang solehah dan membahagiakan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..