” Sebenarnya saya biasa je berbahasa Inggeris. Cuma dia orang ni je yang tak pernah dengar, itu yang semua jadi terkejot.. “

Gelagat Bell Ngasri Speaking London Buat Ramai Yang TERHIBUR. Serius Kelakar !!

Siapa tak kenal pelakon dan pelawak Bell Ngasri yang menceburi bidang seni sejak kecil lagi. Menurut Bell, dia mula berlakon seawal 6 tahun.

Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri merupakan anak kepada penyiar terkenal, Ngasri Sain dan abang kepada pelakon Anne Ngasri dan Darling Ngasri.

Aksi lawaknya yang spontan dan bersahaja membuatkan ramai yang terhibur dengan gelagat dan telatahnya.

Bell juga selalu berpasangan dengan pelawak Jihan Muse semasa melakukan video parodi MeleTOP. Aksi kedua-dua selebriti ini mencuit hati penonton yang menyaksikan video mereka.

Menerusi akaun Instagram, sebelum ini Bell pernah berkongsi satu videonya yang sedang bercakap dalam bahasa Inggeris semasa program Melodi. Caption yang dimuatnaik oleh Bell menarik perhatian netizen.

” Sebenarnya saya biasa berbahasa Inggeris, cuma diorg ni je tak pernah dengar, tu yang terkejut semua.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan lawak Bell. Antara komen-komen netizen :

” Speaking jepun skali bang… “

” Ghost to.. “

” Eeehaa…. bell dh tggi lh skrg tgok sluar tahun bila pkai byk inch sngkatny tu…. hihihii… sis melawak jerrr bell jgn marohhh… muah.. “

Di sini kami kongsikan beberapa video Bell yang boleh membuatkan anda tersenyum dan ketawa :

” Ingat da elok.. rupanya.. #parodimeletop.. “

View this post on Instagram

Ingt da elok..rupanya.. #parodimeletop

A post shared by Bell (@bellngasri) on

” Iklan baru.. tak lama tayang di kaca handphone je.. x de kt tmpt lain. jgn pegi kk mart crik ubat ni plak #parodimeletop.. “

Alahai Bell, tak pernah tak lawak. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Bell terus berjaya dalam bidang seni tanahair dan teruskan menceriakan hari-hari kami.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri by Berita Kopak

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..