” Kenapa comel sangat ni. Macam Dato K pakai tudung.. “

Gambar Siti Aafiyah Pakai Tudung Tarik Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Aafiyah !!

Siapa tak kenal dengan anak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid. Si Pipi Merah yang lahir pada 19 Mac 2018 ini membuatkan sesiapa pun tidak jemu menatap wajahnya.

Kehadirannya bukan sahaja dinanti-nantikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sahaja, namun turut dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat-peminat penyanyi yang telah memenangi banyak anugerah ini.

Malah peminat-peminat yang berada di Indonesia, Singapura dan Brunei juga turut mendoakan pasangan ini dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah Allah makbulkan doa dengan kehadiran Si Pipi Merah, Aafiyah ini.

Selepas 11 tahun Datuk Siti menanti untuk bergelar ibu manakala Datuk Khalid menunggu selama 18 tahun bagi memperoleh cahaya mata perempuan, kelahiran Siti Aafiyah merupakan suatu anugerah terbesar buat mereka.

Nama Siti Aafiyah membawa maksud ‘segala yang baik’ dan nama itu dipilih ketika pasangan itu mengerjakan umrah sebelum ini.

Datuk Siti juga tidak menyangka lagu Comel Pipi Merah yang dibuat khas untuk anaknya menjadi siulan masyarakat. Menurut Datuk Siti, beliau berhasrat untuk memiliki seorang anak lelaki selepas kelahiran Siti Aafiyah tetapi ia bergantung pada nasihat doktor.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti memuatnaik beberapa gambar Aafiyah memakai tudung. Gambar-gambar ini menarik perhatian ramai terutama sekali peminat-peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Aafiyah.

” Anak bertuah ibu ni laaaaa… #hijabista #ibuhatihatigigiaafiyahnaktumbuh.. “

Senyum tak ada gigi pun comel..

Termenung apa tu Aafiyah..

Rata-rata peminat memuji kecomelan Aafiyah dan mendoakan yang terbaik untuknya. Antara komen-komen peminat :

” Kenapa comel sangat ni. Macam Dato K pakai tudung.. “

” InsyaAllah jadi anak solehah ya Aafiyah, yg hafal Alqur’an dan Hadits aamiin Allahumma aamiin.. “

” Adoi comelnyaaa. pipi tu nak ke mana Aafiyah.. “

” Macam muka mak salmah pon ada ni.. “

” Nak tumbuh gigi hehehe comel sgt Afiyah.. “

” Paling Mahal senyuman itu , Aafiyah nanti leh buat duck kiss ya, serupa ibu… #aafiyahanakibu.. “

” Masya Allah Tabarokalloh cantik bngtttt princess Aafiyah..”

Di sini kami di Berita Kopak kongsikan dengan anda beberapa video Aafiyah yang comel :

Alhamdullillah, bila bangun je tidur , Aafiyah pasti beri senyuman manis dia .. anak ibu penyejuk hati & mata ayah ibu.. aamin ya rabb..

” Senyum tak perlu kata apa apa. Salam jumaat semua. double tap kalau nampak Aafiyah lalu pagi ni.. “

Alahai comelnya Aafiyah. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, taat kepada suruhan Allah dan juga rasul serta membahagiakan kedua ibu bapa di dunia dan akhirat. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza, Saiti Aafiyah Khalid (Unofficial) by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..