” Ya ampunn.. Kakak woshu woshu slang jawa la pulak.. “

Video Gimik SMK Penghulu Saat Sempena Sambutan Hari Guru, Watak Kakak Woshu-Woshu Dan Ustaz Madi Paling Kel4kar. Adoiii Bergeg4r Sekolah Dengan Gel4k Diorang !!!

Nur 2 adalah drama berantai 2019 Malaysia arahan Shahrulezad Mohameddin yang mula ditayangkan pada 2 April di saluran TV3 melalui Slot Samarinda. Drama ini terbitan Radius One Sdn Bhd.

Pengarahnya Sharulezad Mohameddin masih mengekalkan barisan pelakonnya iaitu Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Datuk Jalaluddin Hasan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah dan Eyra Hazati.

Terapan pelbagai genre seperti konflik, cinta , keluarga dan agama menjadikan drama ini trending dan peminat pastinya setia menunggu di kaca televisyen setiap jam 10.00 malam hingga 11.00 malam pada setiap hari Isnin hingga Khamis.

Drama Nur telah pun tamat tayangannya bulan lalu. Namun begitu kesan drama tersebut masih lagi memberi impak yang besar sehinggakan masih lagi yang tidak boleh move on dengan penamatan cerita tersebut.

Terbaru, Azhan Rani telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut adalah video gimik atau parodi yang dilakukan sempena sambutan Hari Guru di SMK Penghulu Saat.

Apa yang menariknya gimik yang dilakukan di sekolah tersebut adalah dengan melakonkan babak di dalam drama Nur 2. Pelakon-pelakon tersebut terdiri daripada pelajar sekolah itu sendiri.

Selain itu, watak yang diketengahkan dalam lakonan tersebut sudah tentulah watak Ustaz Hamadi. Watak yang paling hangat diperkatakan. Sangat berbakat pelajar-pelajar yang melakonkan babak Nur 2 tersebut.

Ini sedikit sedutan daripada Video tersebut :

Di bawah ini video yang dimuat naik oleh Azhan Rani di laman Instagram miliknya :

” Nur-Gimik Hari Guru SMK Penghulu Saat 2019. “

Rata-rata peminat dan pengikut Azhan Rani merasa terhibur dan memuji lakonan pelajar SMK Penghulu Saat setelah melihat gimik tersebut. Ini komen-komen mereka :

” Hahahahhah!!! Heb4t!. “

” Sekarang ni abg punya ayat dah jadi trademark org ramai…. ‘waahhh heba4nya kamuu..Yakinnnya kamuu’…. termasuk saya n famly… Hehehe. “

” Lawaklah, tgk yg full video. “

” Hahhahaha… adoi… mmg fenomena betul ustaz madi. “

” Tahniah adik2.. berbakat besar korg ni. “

” Terhib0r pg2 ni. tahniah adik2. “

” Memula tgk ingatkan Ustaz Hamadi azhan rani sekali dengar suara kel4kar sungguh.. kira menjadilah jugak. “

” Alhamdullilah terbaik lakonan anak2 nie May Allah bless you all insyaallah aamin. “

Dan ini adalah video penuh sketsa Gimik Nur 2 SMK Penghulu Saat :

Tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar-pelajar SMK Penghulu Saat.

Berbakat besar adik-adik ni kan ? Seronok pulak tengok mereka berlakon. Teringat zaman sekolah-sekolah dulu, kalau adad sambutan hari guru mesti akan ada persembahan lakonan macam ni.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga pelajar-pelajar di SMK Penghulu Saat berjaya dengan cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin.

Tidak dilupakan juga  kepada abang Azhan Rani, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas perkongsian abang mengenai video gimik ini. Terbaiklah !!!

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Azhan Rani by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..