” Ya Allah, handsomenya Zamani masa ni.. “

Amelina Kongsi Gambar Throwback Bersama Zamani 22 Tahun Lalu, Buat Peminat Teruja !!

Nama penyanyi kesayangan ramai Zamani dan Amelina tidak perlu diperkenalkan lagi. Masing-masing mempunyai peminat yang ramai dan memiliki aura yang tersendiri.

Apabila buka mulut untuk menyanyi sahaja sudah membuatkan ramai yang terpukau dengan kelunakan dan kemerduan suara penyanyi bertaraf legend ini.

Walaupun telah popular suatu ketika dahulu, nama kedua-duanya semakin kembali menyerlah setelah menyertai program Gegar Vaganza pada tahun lalu.

Tidak dapat dinafikan kedua-dua selebriti ini menjadi kesayangan ramai dengan keperibadian mereka yang baik, sopan santun, menghormati orang lain dan merendah diri. Malah ada yang ‘jatuh cinta’ dengan kehadiran mereka kembali di arena seni.

Menerusi akaun Instagram sebelum ini, Amelina berkongsi 2 gambar throwback bersama Zamani ketika menjadi cover majalah saji 22 tahun yang lalu. Entri yang dimuatnaik oleh Amelina ini menarik perhatian netizen sehingga memperoleh banyak komen dan like.

Alahai kacak betul Zamani, Amelina pun cantik menawan. Jom baca perkongsian Amelina dah lihat gambar throwback di bawah :

” #MajorThrowback Cover @majalahsaji 22tahun lalu, Kaklong bersama penyanyi idaman, abg long kawasan @zamanislam_official.. “

” Ya Allahhhhh sucinya muka kami berdua dulu ! Thanks kepada peminat yg DM dan tag kami berdua ! “

Rata-rata peminat teruja melihat gambar throwback Amelina dan Zamani. Antara komen-komen peminat :

” Cantik kak amelina.. hehe muka abg zamani mcm korea haha.. “

” Suci muka Kak Long & Abg Zamani.. “

” Ni stephan chow ke zamani.. “

” Legend suara yg tiada duanya penyanyi yg tiada gantinya @zamanislam_official.. “

” Zamani & Amelina mmg best giler…. semua lagu siok2… suara pn supper kebom.. terbaik.. “

” Dua2 penyanyi kesygan ramai masih diminati hiingga kini. Tahniah utk @melinaamirdhapuddin & zamani_official.. “

” Ya Allah ya tuhanku, handsome nya zamani time nie.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga karier seni Zamani dan Amelina terus menyinar. Teruskan menghibur peminat-peminat anda yang tidak berhenti-henti menyokong perjuangan anda di bidang seni.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amelina by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..