Selama 52 Tahun Berkahwin, Pasangan Ini Tak Pernah Bertengk4r Walau Sekali Pun

Nampak Macam Mustahil. Tapi Rahsianya, Mereka Mengamalkan 5 Perkara Ini… !!

Gui Ya Lei adalah seorang aktres dan penyanyi yang terkenal di negara Taiwan. Ya Lei sudah berlakon lebih dari 200 filem dan drama semenjak 1965.

Antara penghargaan yang pernah dia dapat sepanjang menceburi dunia lakonan adalah Golden Horse Award yang dimenanginya sebanyak empat kali dan Golden Bell Awards sebanyak dua kali kali.

Ya Lei yang dilahirkan pada tarikh 2 Jun 1944 di Changsha, China kini telah berusia 74 tahun. Pada tahun 1964, Ya Lei lulus dari Akademi Seni Taiwan dan selepas itu dia telah menyertai pemilihan Miss China di daerah Kaohsiung, Taiwan.

Dia telah memenangi pertandingan tersebut dan dari situ dia memulakan langkah dalam dunia lakonan.

Suami Ya Lei bernama Chang Mengkui adalah seorang pegawai tentera. Suaminya itu adalah cinta pertama Yalei. Kerana b1mbang dengan dunia industri hiburan yang dipenuhi pelbagai cerita yang mungkin akan membuatkan kehilangan isterinya, selepas berkahwin mereka berdua membuat peraturan yang sangat penting.

Pada masa itu, nama Yalei semakin terkenal.

Mereka telah sepakat membuat 3 peraturan. Ya Lei tidak melakonkan adegan berc1um atau adegan yang luc4h, tidak menghantar gambar kepada orang lain, tidak pergi ke parti sosial atau pun kelab malam !

Semua peraturan ini sudah dilakukan oleh Yalei, sehinggalah satu kejadian yang dialami Yalei. Ketika berlakon dalam filem Eat Drink Man Woman, terdapat adegan Yalei menanggalkan pakaian, tetapi dia telah memakai pakaian di dalamnya.

Pengarah Li An merasa sangat gel1sah, sehinggalah Yalei memberitahu peraturan tersebut. Kejadian ini telah membuatkan proses pengambaraan filem tersebut menjadi lambat.

Kerana merasa bersalah, Yalei telah menangis di satu sudut. Kebetulan suaminya berada di set pengambaraan, dia tidak sanggup melihat Ya Lei menangis dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk membatalkan 3 peraturannya.

Sekarang, Yalei dan suami sudah melalui alam suami isteri selama 52 tahun dan kedua puteri mereka kini telah menjadi warganegara Amerika Syarikat.

Puteri bongsunya bekerja di NASA (Badan Angkasa Amerika Syarikat) dan kedua-duanya telah berkahwin dengan orang barat. Tetapi mereka bertuah kerana kedua-dua menantu mereka sangat menghormati mereka dan bersopan santun.

Yalei sudah pun berusia 74 tahun, tetapi cintanya pada dunia perfileman sangat kuat. Walaupun sudah mempunyai banyak cucu tetapi beliau masih menerima tawaran berlakon.

Bukanlah sebab untuk mencari pendapatan tetapi sekadar memenuhi jiwanya yang sudah sebati dengan dunia lakonan.

Menurut Yalei, “Selama masa perkahwinan, selama itulah rasa bahagia . Selama 52 tahun berkahwin, mereka tidak pernah bertengkar.

Rahsianya adalah mereka percaya dengan 5 konsep ini iaitu saling percaya, saling cinta, saling mengakui, saling memahami dan saling mengizinkan.

Walaupun suaminya bukan orang romantis, tetapi saling menjaga dan saling bersama adalah kebahagiaan yang terbaik.

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Diterjemah dan disediakan Oleh Berita Kopak

Sumber : Lookingforward