SubhanaAllah, Video Burung-Burung ‘MENARI’ Seperti Mengikut Irama Di atas Permukaan Air Ini Ditonton Lebih 4 Juta Kali !!

Subhanallah, sungguh dan memang Allah SWT yang menciptakan segalanya, di antaranya adalah makhluknya. Alam menyimpan semua kejadian-kejadian menarik dan menakjubkan di seluruh Dunia.

Sesungguhnya alam yang indah ini adalah ciptaan Allah SWT untuk kita nikmati, hargai dan pelihara. Betapa berkuasa dan agungnya Allah SWT dan kita sebagai hamb4nya wajib bersyukur dan sentiasalah memuji akan Allah SWT yang esa.

Seperti pergerakan burung yang secara berkumpulan menari-nari seperti di dalam video yang dimuatnaik oleh FB The Epoch Times Canada ini.

Pemandangan di dalam video tersebut benar-benar menakjubkan ramai orang dan mendapat tontonan hampir 4 juta kali setakat ini.

Burung-burung ini seperti menari mengikut irama dan lebih menakjubkan siapakah yang mengawal dan memberi ilham untuk burung-burung ini melakukan pergerakan seperti itu. Tidak lain itulah kebesaran Allah yang menyempurnakan kejadiannya.

Dia yang menjadikan dan dialah yang juga merancang segala-galanya seperti Firmannya dalam Al-Quran seperti di bawah ini

” Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, yang menciptakan (semua alam) lalu menyempurnakan kejadiannya.” .( Surah Al-A’laa : 1-2)

Dengan menggunakan naluri dan ilham, setiap burung itu bergerak dan ‘menari’ secara berkumpulan seperti sebuah orkestra yang memainkan lagu mengikut tempo dan irama yang diketuai oleh seorang maestro.

Oleh itu marilah bersama-sama kita mensyukuri diatas segala limpahan rahmat dan nikmat yang diberi. Alam yang indah, unik dan penuh keajaiban ini dicipta untuk pelbagai fungsi bagi memberi keseimbangan dan keselesaan serta kenikmatan semua makhluk dimuka buni ini.

Tonton VIDEO burung-burung ‘menari’ pada video tersebut di bawah ini :

Tanggungjawab kita, setiap individu untuk memelihara, menjaga serta menguruskan segala keindahan dan sumber alam semulajadi ini kerana setiap ciptaan Allah SWT itu pasti ada sebab dan rahmatnya.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Sumber Video : FB The Epoch Times Canada / Artikel Disediakan oleh Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..