” Mesti budak2 ni fikir camne daddy dia masuk dalam TV. Macam aku dulu2 fikir ada orang2 ken1t dalam TV tu. Hahaha.. “

Lihat Reaksi Anak-Anak Alif Satar Apabila Melihat Wajah Daddy Mereka Di Kaca TV, Memang D1e Hard Fans Ni !!

Nama artis atau selebriti yang berbakat besar, Alif Satar tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian dan pengacaraan, malah turut hebat dalam lakonan.

Alif atau pemilik nama seebenar Muhammad Alif bin Mohd Satar mula terkenal setelah berjaya mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti TV One in a Million musim pertama sewaktu beliau berusia 16 tahun.

Unutk pengetahuan, Alif berkahwin dengan pengurusnya iaitu Sha Dila pada bulan September 2014. Hasil perkahwinan ini, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata yang bernama Alisha Anugerah, 4 tahun dan Ariana Mecca, 2 tahun.

Kini isteri Alif sedang mengandung anak yang keempat selepas kandungannya yang ketiga sebelum ini mengalami kegug0ran. Sha Dila dijangka akan bersalin pada bulan Oktober nanti.

Ramai yang memperkatakan tentang Drama Pia yang sedang hang4t dimainkan di kaca televisyen, Alif turut terlibat sama menjayakan drama terbitan JS Pictures ini dan memegang watak sebagai Zafran. Drama Pia yang bersiaran di Slot Lestary TV3 ini turut dibintangi oleh Zara Sya, Naim Daniel dan ramai lagi.

Menerusi akaun Instagram, Alif berkongsi video dua orang anaknya yang menunggu kemunculannya di depan televisyen menerusi Drama Pia.

Apa yang menariknya, reaksi Alisha dan Ariana ketika melihat wajah Daddy mereka di kaca TV membuatkan ramai yang terhibur.

Alahai comel je dua anak kecil ini yang sangat teruja dengan penampilan ayah mereka di kaca TV. Memang peminat nombor satu lah kalau macam ini. Hehehe..

Jom sama-sama kita tonton video di bawah :

” Oh my heart, missing my girls…. macam mana Zafran ? steady kan dia.#Pia #dramapia.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan reaksi anak-anak Alif. Antara komen-komen peminat :

” Hahaha d1e hard fans !!! Nice to be loved by our daughters. Best feeling ever ! “

” Amboi nampak ayah dia bukan main suka. nikmat Allah.. “

” Cutest supporters ever! Luckyyyyyy.. “

” Mesti budak2 ni Fikir cmne daddy Dia masuk dalam TV.. .. hehhehe mcm aku dulu2.. Fikir Ada org2 ken1t dalam TV tu.. Hahhahaha.. “

” Hahhahahahhahaha cuteeee !!!! “

” Aaawww such gems admiring the daddy on telly ….. bless.. “‘

” Dik, daddy awk jah4t dlam cite tu.. Hahaha.. “

” Allahu… Hati mana tak happy tgk anak excited bila nampak bapaknya kan bro.. huhu.. “

Gelagat anak-anak sememangnya penghibur hati ibu dan bapa. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Alisha dan Ariana membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan membahagiakan kedua ibu bapa di dunia dan akhirat.

Buat Alif, semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga terus memberi inspirasi untuk mereka di luar sana. All the best bro !!

Silakan Share.

Sumber : IG Alif Satar by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..