” Lah.. dah kenapa tetiba Dato’ macam tu.. “

Video Dato’ Aliff Syukri Menyiram Anaknya Meena Dengan Air Paip, Tapi Sesuatu  Yang Tak Disangka Telah Berlaku. .Ad0ii Reaksi Bibik Dato’ Paling Win !!!

Siapa lagi yang tidak kenal, sebuah nama besar di negara ini iaitu Dato Aliff Syukri bin Kamarzaman, salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik, Rozita Binti Ibrahim. Dato’ Aliff Syukri mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun lagi.

Penglibatan Dato’ Aliff Syukri dalam dunia perniagaan adalah berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya berjaya membina perniagaan yang dikenali ramai. Berasal dari keluarga sederhana membuatkan beliau menghargai setiap sen yang diperolehi.

Walaupun sudah berjaya dan memiliki kekayaan, Dato’ Aliff Syukri tidak terus mendongak ke langit, malah Dato’ Aliff seringkali melihat kepada golongan yang susah dan memerlukan bantuan. Isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid pula adalah tulang belakang kepada perniagaannya.

Umum mengetahui Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida telah mengambil seorang anak angkat perempuan yang dipanggil dengan panggilan Meena. Dato’ seringkali berkongsi aktivitinya bersama Meena dana anak-anak kandungnya yang lain.

Terbaru, Dato’ Aliff Syukri telah memuat naik sebuah video di laman Instagram Aliff Syukri Terlajak Laris. Video tersebut memaparkan Dato’ sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya. Kelihatan Meena juga berada di situ. Meena juga turut memegang batang paip dan menyiram rumput-rumput di situ.

Dato’ Aliff Syukri yang sedang menyiram pokok bunga tiba-tiba terus menyiram air paip ke arah Meena yang berdiri tidak jauh daripadanya. Meena terkej0t dan hanya berdiri di situ tanpa berbuat apa-apa. Melihat keadaan itu, Bibik Dato’ terus meluru ke arah Meena dan menjauhkan Meena dari semburan air tersebut.

Setelah melihat bibik mengangkat dan mendukung Meena, Dato’ Aliff Syukri dan bibik saling berpandangan dan tetiba Dato’ terus melemparkan batang paip tersebut ke tanah, lalu terus meninggalkan bibiknya dan Meena di situ dengan tidak berkata sepatah pun.

Apa yang menariknya, riak wajah muka Dato’ Aliff Syukri yang masam dan terus berlalu itu membuat ramai netizen menyatakan beliau seperti Mr. Bean. Dan apa yang paling win adalah reaksi bibik.

Ini sedikit sedutan dari video tersebut :

Dato’ Aliff sedang menyiram pokok bunga. Meena juga ada di situ.

Dato’ Aliff Syukri menyiram Meena dengan air paip. Bibik Dato’ terus meluru selamatkan Meena.

Mereka saling berpandangan. Tak perlu kata apa-apa.

Dato’ berlalu pergi dengan muka  yang masam. Bibik hanya pandang sahaja Dato’ berperangai macam tu. 

Janganlah kecam Dato’ Aliff , Dato’ gurau-gurau je tu.

Jom tonton video di bawah yer.

View this post on Instagram

🙄

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Rata-rata peminat dan pengikut Dato’ Aliff Syukri merasa terhibur dengan gurauan Dato’ terhadap anaknya Meena. Ini antara komen-komen mereka :

” Ni kes lapaq puasa la ni sampai tengok anak pon macam pokok. “

” Aduhii dato kesian ameena jd pokok sat kna siram dgn dato. “

” Datuk gurau je tu..datuk syg sume ank2..korg mcm la xpernh wat kt ank2..relax la. “

” Korang ni xkan xpernah gurau2 dgn anak cmni..ni semua kenangan tau..kurang kasih sayang la korang ni..aliffsyukriterlajaklaris shahida dherbs kita hepi je kan. “

” Hahahahhahah mnghibur kn betoi la lawak. “

” Sakit perut ketwa tgok nie,grang jga dto nie. “

Namun begitu ada juga yang merasa lucu terhadap reaksi bibik Dato’ Aliff Syukri. Ini komen-komen mereka :

” Xtau nk kata ape….nk gelakkk je tgok oelaku dato, bibik pun leh wat muka cmtu
bibik dh boleh jadi pelakon tambhn terbaik la… silent komedi. “

” Dato mina tu bukan pokok la nak kena siram bagi cpt besar kak bibik pun bdiri lwn balik buat staring contest hahaha salam ramadhan buat dato sekeluarga!. “

” Dato knp?klakar la dato…kesian anak,nasib baik la bibik dh mcm mafia…terbela jgk anak dari di buli dato….aduhhhhaiii dato dato.

” Hahahaaa..bibik marah dato balik sebab siram meena kena tukar baju meena lagi. “

Terima Kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri By Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..