” Elok nenek duduk sorang sahaja, tak banyak d0sa.. “
Video Penemuan Bonda Rozita Ibrahim Dengan Seorang Nenek Berusia 83 Tahun, Berpuasa 3 Bulan Berturut-Turut Dan Berjalan Hanya Menggunakan Baldi. Sangat Menginsafkan !!!
Pemilik perniagaan Jamu Ratu Malaya atau JRM, Bonda Rozita Ibrahim tidak perlu diperkenalkan lagi. Ibu kepada Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman ini antara salah seorang usahawan kosmetik yang sangat berjaya dan ternama di Malaysia.
Bonda Rozita juga merupakan seorang wanita yang sangat kental jiwanya dan berjaya mengubah nasib hidupnya menjadi lebih baik sebagai seorang ahli perniagaan ternama. Bonda dibesarkan dalam keluarga yang miskin dan akhirnya berkahwin seawal usianya 18 tahun.
Kisah kehidupannya yang penuh dugaan dan cabaran menjadi dia sebagai seorang wanita yang terus kuat dan tabah. Malah ramai yang menjadikan Bonda sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan dan juga perniagaan.
Bonda Rozita Ibrahim merupakan seorang yang sangat prihatin kepada kesusahan orang lain. Bonda seringkali berkongsi menemui orang tua yang hidupnya sangat susah untuk membuka mata insan-insan di luar sana, supaya tidak terlalu leka dengan kemewahan yang ada.
Terbaru, Bonda Rozita telah memuat naik video di laman Instagram miliknya. Video tersebut memaparkan seorang nenek tua yang berusia 83 tahun hanya tinggal bersendirian di pondok kecil yang dibina di laman jirannya sahaja.
Nenek tua ini hanya berjalan menggunakan baldi sebagai tongkat. Tidak mampu berdiri tegak. Walau pun sebegitu keadaanya, Nenek tua ini berupaya berpuasa 3 bulan berturut-turut tanpa henti.
Menurut Bonda Rozita lagi, beliau mengajak nenek tua ini tinggal bersamanya di rumah hutan,tetapi nenek tua ini tidak mahu kerana lebih suka tinggal bersendirian. Tinggal sorang tidak banyak dosa katanya.
Kata Bonda, rumahnya sangat bersih dan nenek ini bercucuk tanam untyk menyara hidupnya. Kadang-kadang terima ihsan daripada kejiranan untuk makan dan minum. Nenek ini sebatang kara dan tidak ada zuriat.
Ini sedikit sedutan daripada video tersebut :
Nenek tua ini hanya mampu berjalan dengan menggunakan baldi sahaja.
Nenek tua memberi nasihat dan pesanan kepada Bonda supaya banyak berdoa kepada Allah.
Nenek Tua : Ooo.. kamu yang di dalam radio tu kan.. yang ada duduk di dalam hutan.. yang ada gunung ber4pi ..
Anda boleh baca sendiri kapsyen yang sedikit panjang di bawah ini:
” Jalan pakai timba ganti tongkat, nenek bongkok tinggal Sebatang kara tanpa sanak saudara.. hanya ihsan dn kasih syg jiran setempat.. “
” Nenek bongkok berusia 83 tahun tinggal sendiri dipondok kecil yg dibina di laman jirannya. “
” Rajin ibadah Puasa 3 bulan berturut2 tanpa henti sgt mensyukuri nikmat yg Allah berikan tanpa mengel0h. “
” Waktu sahurnya x pernah berbuang biskut lemau.. dibak4rnya atas gas utk dptkan kerangupan semula lalu dicicah dgn kopi.. dia x merasa lapar pun sepanjang berpuasa.. ( rumah Dekat rumah hutan sy ) “
” Kerja Membersihkan halaman rumah , dlm rumah, tanam sayur.. bunga belanja dapur dr duti ehsan jiran2 digunakan utk beli ikan.. “
” Sempat sy mengusiknya minta sayur depan rumahnya sikit.. dia x bagi.. katanya makcik nk mkn apa kalau kamu mintak bendi dn cili tu.. “
” Dia tanya sy nak dgr radio x.. ?? Sy tanya radio apa yg dia dgr.. katanya radio ikim.. lepas tu dia tanya sy.. “ kamu tinggal dimana” bila sy cakap tinggal dlm hutan.. sukanya dia sbb suka suara dn dengar sy citer kat radio. “
” Oooooo.. kamu la yg selalu becerita dekat radio ikim.. yg ada gunung ber4pi.. duduk dlm hutan.. buat ikan. Sy juga tersenyum kegembiraan.. “
” Rupanya nenek ni juga dgr suara sy di corong radio ikim.. petemuan yg sgt bermakna jumpa dgn insan yg sgt ku4t amalnya. “
” Walaupun hidup susah tapi penuh dgn ketaqwaan dn iman pada Allah.. inilah yg menjadi impian sy menjaga hati teruskan hidup sy.. redho dlm apa jua keadaan dn pemberian Allah. “
” Buat masa ini rumah hutan masih ditut0p lagi dan akan beroperasi sepenuhnya selepas hari raya nanti… buat masa skrg ni blh booking manual di 0167719343 follow rumah.terapi.alam. “
” Web dibuka pada hari jumaat (17/5/19) pada pukul 3 ptg.. Deposit RM55 akn dikenakan sbb menggunakan sistem pembayaran ats talian di web.. (x ada lagi booking manual secara call atau w up). “
Dan ini pula video penuh penemuan Bonda Rozita dengan nenek tua tersebut :
Rata-rata peminat dan pengikut Bonda Rozita Ibrahim merasa
” Sedehnya bila makcik ni tggl sorang² tapi mampu teruskan kehidupan dia. “
” Nang1s saya. Rmh kecil serba kurang tapi bersih. Allah hu Akhbar. “
” Bonda… tetiba mengalir plak airmata saya… baiknya makcik tu… ikhlasnya hati dia. “
” MaasyaaAllah…. malu rasanya bila melihat beliau, hidup dalam kesederhanaan tapi berkah dalam kehidupan nya… mudahan sehat selalu n panjang umur dalam ketaqwaan… Aamiin. “
” Sayunya hati tgk nenek ni…. cek4l sungguh hati nenek,sentiasa redha dgn ketentuanNya… sgt mulia hati bonda. “
” Umur 83 sgt jelas lg percakapannya.. moga Allah merahmati dan merberkati nenek ini dan kita juga. “
” Disaat kite mengel0h saat sus4h. Ada lagi yg sus4h dari kita. Allah nak nang1s tgk video ni
Tersent0h dari kata2 dia “elok dok sorang tk byk d0sa”.
” Berulang2 kali sy tgk… Makin sy tgk makin laju air mata ni turun.. Allahuakhbar. “
Banyak pengajaran yang kita perolehi selepas menonton video tersebut. Kesusahan bukanlah menjadi penyebab putusnya kecintaan kita kepada Allah SWT. Kebahagiaan seseorang kadangkala bukanlah terletak kepada wang ringgit semata-mata.
Di saat kita rasa sus4h, sebenarnya ada lagi yang lebih sus4h daripada kita. Bersyukurlah dengan pelbagai nikmat hidup yang Allah berikan. InshaAllah ada keberkatannya.
Kami di Berita Kopak mendoakan nenek tua ini dan bonda Rozita diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusan hidup oleh Allah. Amin.
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Bonda Rozita Ibrahim by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..