” Dia punya sweet tu, boleh kalah filem Titanic.. “
Video Kebahagiaan Dato’ Aliff Syukri Dan Datin Shahida, Menjadi Sumber Inspirasi .. Wow Sweetnya Dato’ !!!
Siapa sahaja yang tidak mengenali Dato’ Aliff Syukri. Sebut sahaja namanya, pasti ramai yang mengenali dirinya. Memiliki kekayaan dan kejayaan di dalam perniagaan menjadikan dirinya usahawan yang berjaya dan dikenali.
Berbekalkan semangat yang kuat pada diri Dato’ Aliff Syukri telah membuat dirinya maju jaya sehingga kini. Pelbagai dugaan hidup susah senang yang dilaluinya, tidak menjadikan dirinya lemah malah terus ingin berusaha dan berjaya.
Dato’ Aliff Syukri juga dikenali sebagai seorang dermawan. Kekayaan yang dimiliki bukanlah membuat dirinya terus mendong4k ke langit, dan tidak memijak bumi. Beliau tahu betapa ramai masyarakat di luar sana yang masih berjuang untuk meneruskan kehidupan mereka.
Isterinya Datin Shahida sangat memahami diri beliau yang sangat penyayang dan baik hati. Kemesraan dan kebahagian keluarga ini banyak memberi inspirasi kepada pasangan hidup berumahtangga. Saling faham memahami dan menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing adalah tunjang kebahagiaan rumahtangga.
Terbaru, Dato’ Aliff Syukri memuat naik sebuah video di laman Intagram miliknya. Menerusi video tersebut, dapat dilihat betapa bahagianya dan manisnya kehidupan Dato’ dan Datin. Video itu memaparkan Dato’ Aliff Syukri bersama isterinya Datin Shahida menari dan menyanyi di atas bot berlatarkan muzik hindustan.
Dato’ Aliff Syukri juga menyatakan betapa sayangnya beliau kepada Datin melebihi Datin menyintai dirinya. Ianya sukar digambarkan dengan kata-kata tetapi itulah yang ingin disampaikan.
Hasil carian kami yang terbaru, video yang diedit sendiri oleh Dato’ ini sudah dipadam di Instagram Dato’ Aliff. Namun begitu boleh menontonnya di video yang telah dimuat naik oleh Instagram HQ Official AsLegacy di bawah nanti.
Caption yang dimuatnaik oleh Dato’ Aliff sebelum ini :
” Nampak kayu tak tarian kami?? i love u more then u love me syg shahidadherbs vedio edit sendiri jee maaf lah klau blurr. “
Sedikit sedutan daripada video tersebut :
Rata-rata merasa seronok melihat kebahagian Dato’ dan Datin. Ini komen-komen mereka :
” Sweet nya dato walaupon busy berniaga tapi still ada masa bersama keluarga. “
” Cool je datin layan dato..moga bahagia sampai syurga.. Ameen. “
” Untong dapat suami romantik mcm dato ny.. Wlaup0wn bebel dya boley tahan boley cair taik tlga xp sllu bhgiakan istri dya..wlau dya mmpu xdak niat nk caqi ppuan lain.. Bkti dato msih ada sgelintir laki yg setia dgn 1 ppuan. “
” Ya Allah, Aliff ni sangat bagus . walaupun kaya raya tapi tahap bagusnya terhadap isteri dan keluarga tu amat tinggi. semoga berbahagia hingga ke Jannah. “
” Terbaik dato n datin..romantik sgt truskan ye mcm ni dato..u my inspirasi. “
” Good job dato…blh diperbaiki lg..yg penting usaha.walaupun nak gelak sebenarnye. “
” Wahhh ini baru satu rumah tangga yang bahagia walau banyak dugaan yang datang tp mereke still hidup bahagia kerana masing masing mencintai satu sama lain. “
” So sweet Sgt dato datin… Smoga berbahagia dunia akhirat aamiin.Terbaik la. Lagu tu sy suka. “
Dan ini adalah video yang sama dan dikongsikan oleh Hq Offical Aslegacy :
Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan.
Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga.
Tahniah Dato’ dan Datin selalu memberi contoh yang baik dan menjadi sumber inspirasi ramai orang. Kami di Berita Kopak mendoakan Dato’ dan Datin dikurniakan kebahagiaan hingga ke jannah Allah. Amin.
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..