” Banyak kali aku ulang. Tak tahu nak kesian ke nak gelak. Tapi gelak dulu la. Hehehe.. “
Reaksi Fattah Anas Apabila Tidak Dilayan Oleh Papa & Atoknya Tarik Perhatian Ramai. Nasiblah Anas, Dapat Papa & Atok Kuat Menyakat !!
Walaupun bukan anak kepada selebriti ataupun golongan yang dikenali, namun populariti adik Fattah Anas hari ini sudah setanding dengan populariti artis. Jadi tidak hairanlah Fattah Anas yang baru berusia 3 tahun ini sangat diminati oleh ramai orang.
Nama Anas mula-mula dikenali apabila videonya berlagak seperti kucing yang masuk ke dalam sangkar lalu diusik oleh bapanya membuatkan netizen geli hati dengan aksi comelnya.
Gelagat dan keletahnya sangat mencuit hati peminat-peminat setianya. Sehingga kini akaun Instagram Anas mempunyai sebanyak 713 ribu pengikut yang tidak jemu dan sentiasa menanti update terbaru mengenainya.
Sikap bapa Anas, Firdaus yang suka melayannya bercakap betul-betul membuatkan Anas yang petah bercakap ini nampak cerdik daripada usianya. Walaupun baru 3 tahun tapi keyakinan dan sikapnya yang berani sama seperti remaja atau orang dewasa.
Menerusi akaun Instagram, Papa Anas memuatnaik video perbualannya bersama Atok Anas. Pada ketika itu, Anas juga mahu join perbualan tersebut. ” Anas nak.. Anas nak.. “
Tapi sayangnya, Papa dan Atok Anas tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh Anas itu. Reaksi Anas selepas itu menarik perhatian ramai. Anas tiba-tiba berjurai air mata.
Alahai Anas, tak tahu lah nak gelak ke nak kesian ni. Apa-apa pun Anas tetap comel di mata semua orang. Hehehe..
Jom sama-sama kita tonton video di bawah :
” BUKAN SALAH PAPA .. @zawitaeni mmg tokwan spesis yg suka nyakat Anas sampai nangis.. “
” Atok selalu bleber . . mungkin bg dia tgok budak nangis satu kepuasan kot .. ada jugak spesis mcm ni ek ? #baby #boy #papanas #sad.. ”
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Anas. Antara komen-komen netizen :
” Hahahahhahaha ya Allah, this is also me bila takdpt attention dari orang yang tersayang.. “
” Bila kita excited nk cerita dengan papa kita tpi papa kita asyik bersembang dengan mak dia terasa diabaikan sedih nyaaa hahahaha. Bertabahlah haha dapat kaki nyakat pulok huhu.. “
” Berharga nya perkataan MAAF tu.. Even anas pon nmpk terubat bila papa dia ckp MAAF. So, jgn ego utk ucap MAAF.. “
” Kesian anas. Terlalu manja dgn ayah dia . Sampai ayah nya ignore pun dia sedih. So sweet.. “
” He’s a big boy sgt.. Dia dh ada perasaan sentap terasa. So cute, lekla anas.. “‘
” Banyak kali aku ulangg. hahahahaha terhibur. Tak tahu nak kesian ke nak gelak. Tapi gelak dulu la. Hehehe.. “
” Achik spesis cam tokwan Anas. masa anak2 kecik suka ngat buat diorg nangis purposely.. Hahaha.. Mcm satu kejayaan pulak bile dpt buat diorg nangis. pastu br gelabah nk pujuk balik. Hehehe.. “
Alahai Anas, menangis pun comel je muka tu. Memang tak pernah tak comel. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Anas membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh yang membahagiakan kedua ibu bapa di dunia dan akhirat.
Semoga banyak lagi video-video menarik Anas selepas ini dikongsikan di akaun Instagram miliknya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Anas by Berita Kopak
Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..