” Mula2 aku tengok Fazura dengan Sherry aku gelak biasa je, tengok lagi sekali aku terfokus lelaki kat belakang tu.. “
Gelagat Sherry Al-Hadad Bertukar Watak Dengan Fazura, Buat Peminat Terhibur !!
Siapa yang tidak mengenali Sherry al-Hadad atau nama sebenarnya Sharifah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad, seorang pelakon dan pengacara yang berbakat besar. Keletahnya yang spontan dan lucu selalu mendapat perhatian ramai.
Terbaru, dalam entri yang telah dimuat naik oleh Sherry di laman sosial Instagram miliknya, pengacara ini berkongsi video yang dirakamkan bersama pelakon kesayangan ramai Nur Fazura. Rakaman ini dibuat semasa majlis resepsi perkahwinan Nelydia Senrose.
Sememangnya kelakar!!!
Sepanjang rakaman tersebut, memaparkan aksi Fazura dan Sherry yang sedang bertukar watak masing-masing. Mereka sedikit pun tidak merasa kekok walaupun rakaman itu di buat secara spontan.
Sedikit dialog mereka …
Sherry : Ok Sherry .. nanti I jumpa U lagi yer..
Fazura : Ok2 kirim salam kat Fatah yer…
Tapi ada yang lebih mencur1 perhatian, bila di dalam rakaman tersebut ada seorang lelaki yang berada di belakang mereka berdua membuat aksi yang spontan. Apakah yang dilakukan oleh lelaki tersebut ??
Jom tonton video di bawah untuk melihat telatah mereka berdua yang sangat lucu…
“Lama betul tak jumpa Sherry Al-Hadad”
Rata-rata pengikut Sherry terhibur dengan gelagat mereka berdua yang boleh dikatakan sangat sporting antara satu sama lain. Antara komen yang ditinggalkan di ruang komen Sheryy…
” Hahaha tingtong teruk dua2 tau ”
” Belakang tu baik punya pelakon tambahan “
” Mula2 aku tgok fazura dgn sherry aku gelak biasa je, tgok lagi skali aku terfokus laki blkg tu hahhahhahah over siaa please la gelak sesama ngan aku “
” Klakar la faz & sherry…yg mamat belakang tu pun 1 hal la ”
” Yg belakang to pulak over noksssss…. hahhahhahahh “
Terima kasih kerana sudi membaca. Silakan SHARE..
Sumber: IG Sherry Al-Hadad by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..