” Malam tu, saya nampak abang ipar masuk bilik dan tunggu di pintu toilet.

” Mungkin dia ingat saya hanya mamai. Saya tak jerit sebab saya tak tahu apa perlu saya buat, tak sangka lepas tu..  “

Tinggal bersama dengan ahli keluarga yang lain kadang-kalanya mendatangkan lebih banyak kebur0kan daripada kebaikan. Lebih-lebih lagi dari aspek menjaga aurat bagi yang bukan mahram.

Ruang privasi bagi mereka yang sudah berumahtangga juga berkemungkinan akan terganggu dengan kehadiran insan lain dalam rumah kediaman mereka. Malah yang menumpang juga kadang-kala tiada ruang privasi untuk diri sendiri.

Jadi tidak hairanlah jika kita dengar kisah suami bercinta dengan adik ipar, isteri bercinta dengan abang ipar dan sebagainya. Jika mata bertentang mata setiap hari, tidak mustahil lama-lama akan turun ke hati.

Baca perkongsian di bawah yang dikirimkan oleh seorang pengadu di page IIUMC. Semoga membuka mata kepada mereka yang berkenaan di luar sana.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya, terima kasih admin kerana sudi menyiarkan luahan hati saya. Kepada pembaca yang budiman harap anda dapat memberi pandangan tentang permasalahan saya.

Saya ceritakan secara ringkas. Nama saya Ana (bukan nama sebenar), umur awal 30 an dan masih bujang. Saya bekerja sendiri, bisnes kecil-kecilan bersama kakak saya. Kakak saya sudah berkahwin dan saya tinggal bersamanya memandang kan dekat dengan tempat kerja.

Hubungan saya dan kakak sangat baik, tiada rahsia antara kami. Kakak saya dah berkahwin lebih kurang 8 tahun dan dikurniakan seorang putri yang sangat comel.

Hubungan saya dan anaknya sangat baik. Saya sangat sayangkn anak buah saya seperti anak saya sendiri. Hubungan saya dengan abang ipar pun baik.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Sepanjang tinggal bersama mereka segalanya baik. Asam garam rumah tangga mereka tiada rahsia pada saya. Saya bersyukur dapat abang ipar yang tidak pernah berkira dengan kakak saya dan juga keluarga. Ibu dan ayah juga sangat menyanyangi abang ipar.

Pada pandangan saya abang ipar seorang lelaki yang baik, ayah yang baik dan juga suami yang baik, Tetapi manusia ini tidak sempurna , ada juga kekurangan dirinya seperti terlalu kerap main game dan cembvru.

Hubungan kakak dan abang kadang kala ok. Kadangkala tidak. Saya anggap abang ipar seperti abang sendiri, tidak pernah terlintas walau sikit dalam fikiran saya seandainya dia akan melakukan hal2 yang tidak baik pada saya.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Cuma baru2 ni ada perkara yang tidak terjangkau dalam fikiran saya ia akan berlaku. Ada satu kejadian. Saya tertido diluar, di depan tv. Saya agak mamai, tapi saya boleh nampak abang ipar ingin ke dapur, tiba2 saya dapat rasa die selimutkan saya, dengan sentuhan yang pelik.

Saya terkaku dan die cium bahu saya dan dia terus masuk bilik. Saya rasa amat terkejut dan tak sangka apa yang saya lihat. Saya cuba lupakan dan anggap mungkin ape yang die buat sebab rasa sayang dia pada saya sebagai adik.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Perkara tu amat mengganggu saya, 2 hari lepas kejadian saya tido di bilik. Bilik saya berkongsi toilet dengan bilik sebelah dan jika nk ke bilik saya boleh melalui bilik sebelah. Abang dan kakak tido di master bedroom. Toilet pintu memang ada masalah. So tidak boleh dikunci.

Selama tinggal dengan mereka abang ipar tidak pernah masuk bilik saya, sejujurnya dia menghormati hak peribadi saya. Tapi pada malam itu, saya tersedar tiba2, dan saya nampak dia ada dalam bilik saya.

Ya Allah dengan pakaian tido saya yang tak sempurna, walaupun dalam gelap saya tahu itu dia. Saya menggerakkan badan saya dan saya nampak dia tunggu di pintu toilet.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Mungkin dia ingat saya hanya mamai. Saya tak jerit. Saya tak tahu apa perlu saya buat. Saya cuma buat banyak pergerakkan supaya dia tahu saya hampir sedar. Lama kemudian saya dengar dia masuk bilik.

Saya rasa sangat sedih dan kecewa, kenapa dia berkelakuan begitu. Saya tahu kakak saya kadang kala sangat sibuk. Kami kerja bersama dan kerja tidak menentu. Saya tahu keadaan rumah tangga mereka turun naik dan hanya anak pengikat cinta mereka.

Saya tidak tergamak nak beritahu kakak, saya tahu andai saya beritahu kakak, dia tak kan dapat maafkan abang ipar. Saya terbayangkan anak mereka, anaknya sangat rapat dengan abang.

Apa yang saya cuba luahkan, sepanjang 8 tahun kenal abang ipar, hidup bersama mereka tidak pernah sekali dia mengambil kesempatan.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Apa yang harus saya lakukan? Saya takut perkara ini berulang lagi. Perlu ke saya terus terang saja dengan abang ipar supaya tidak melakukan hal ini lagi demi anak dan isterinya. Saya tidak mahu rumah tangga mereka musnah.

Saya tahu abang ipar sangat sayangkan keluarga kecil mereka, cuma saya tak tahu kenapa dia bertindak demikian. Saya harap sangat sekiranya pembaca boleh beri saya pendapat.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya – Ana (Bukan nama sebenar).

Kami di Berita Kopak menasihati confessor supaya berpindah ke rumah lain dengan segera sebelum perkara yang tidak diingini terjadi. Lagi pun, aurat dan juga pergaulan wajib dijaga jika tinggal bersama abang ipar dalam satu rumah kerana abang ipar bukanlah mahram bagi kita.

Apa pendapat anda ?

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat kepada semua..

Sumber : IIUMC / Dikemaskini oleh Berita Kopak