” Kalau order tu dari customer melayu lelaki, saya hantar di bulan puasa siang-siang hari, bagaimana CikMan. Saya terbabit tak ? “
Ini Jawapan Win PU Azman. Aduiii Ustaz Ni, Tak Pernah Tak Kelakar. S4kit Perut Gelak !!
Azman Syah bin Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman adalah penceramah bebas, pengacara dan pakar motivasi. Selain itu, PU Azman juga pernah berlakon dalam beberapa drama bermula dengan menjadi pelakon tambahan sebagai ustaz dalam drama Bila Hati Telah Hitam.
Selain itu, Pu Azman juga pernah menjadi pengacara dalam beberapa program televisyen tempatan. Kini akaun Instagram PU Azman mempunyai sebanyak 1.2 juta pengikut, satu jumlah yang agak banyak.
Jika anda mengikuti akaun Instagram PU Azman, pastinya anda mengetahu yang beliau sering berkongsi ilmu agama dan juga menjawab persoalan daripada netizen mengenai sesuatu isu yang melibatkan agama.
Apa yang menariknya PU Azman gemar menyampaikan ilmu dengan menyelitkan unsur jenaka yang pastinya membuat kita semua tidak kering gusi setiap kali beliau menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan netizen berkaitan hal keagamaan.
Cara PU Azman menjawab persoalan dengan begitu semp0i tetapi jelas itu sangat disenangi oleh ramai orang khususnya golongan muda.
Menerusi akaun Instagram, PU Azman berkongsi tentang bagi yang berkerja dengan Online Food Delivery seperti Food Panda dan Grab Food, apakah hukum jika mereka menerima tempahan bagi penghantaran makanan atau minuman yang tidak halal.
Rata-rata pekerja yang beragama islam bimbang atau tertanya-tanya tentang keberkatan gaji mereka. Baca perkongsian dan penjelasan PU Azman di bawah :
” Pertama Cik Man ucapkan tahniah kerana mereka sensitif tentang soal halal har4m dan keberkatan gaji. Kedua Cik Man ucapkan terima kasih kerana korang yang kerja ni memudahkan kami yang lapar.. “
” Ketiga apa hukum kalau bawak makanan tak halal.. ”
” Baiklah, Cik Man ada bincang dengan beberapa orang yang bekerja dengan Online Food Delivery Provider ni termasuk seorang Manager Food Panda bahawa mereka ada pilihan untuk memilih samada nak terlibat dengan penghantaran halal atau non halal.. “
” Maka sebagai muslim wajib buat pilihan terbaik. Seandainya dalam sesuatu kerja itu kita tiada pilihan, dan kita memang terpaksa bekerja di situ untuk mencari nafkah dan kelangsungan hidup, maka ni citer lain.. “
” Dibolehkan dalam keadaan tiada pilihan. Jangan bimbang dengan gaji. Jadi, selagi ada pilihan, buatlah pilihan terbaik. Teruskan kerja korang di grab food dan food panda. Tahniah ! “
Rata-rata netizen berterima kasih dengan PU Azman atas perkongsian yang bermanfaat ini. Antara komen-komen netizen :
” Ustaz, lagi 1 nak tanya, foodpanda, foodgrab tu kalau dlm kotak delivery tu dia bawak campur makanan halal dan tak halal, mcm mana pulak dngn kita yg makan ni? Sebab kita pun tak tau dlm box tu ada pesanan mknan tak halal. Yg kita tau mmg ada restoren yg tak halal dlm list food order tu.. “
” Bagus jgk eh food panda dan grab food.. Memudahkan masyarakat kerana tak memerlukan lagi Geng Plastik Hitam time tengah hari. Hehehe.. “
” Terima kasih atas jawapan itu ustaz… sya terpk jugalah soalan mcm tu tnampak tadi budak food panda mbawa makanan.. “
” @pu_azman ape hukum saya order mkanan ngn grab food pd pukul 2.35 ptg???beli awal takut hbs.. “
” Suka baca komen jwb dr cikman.. Lawak tp ada info.. “
” Suka lah ustaz punya penerangan.. “
” Pencerahan yang paling excellent dari @pu_azman, penyampaian dan penggunaan cukup cukup sopan, salute to you Pu Man.. “
Namun begitu ada komen seorang lelaki yang merupakan pekerja Food Panda menarik perhatian ramai. Apa yang lagi menarik sudah tentulah jawapan win daripada PU Azman sendiri. Alahai PU Azman ni, tak pernah tak kelakar !!
Part PU Azman balas ‘dia sendiri yang haid’ tu yang paling win. Huhuhu. Terima kasih Ustaz atas perkongsian ini. Semoga pekerja Online Food Delivery jelas mengenai hukum ini.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga PU Azman diberi kesihatan yang baik dan urusan untuk menyampaikan dakwah dipermudahkan. Amin…
Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..
Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..