” Mata dah rabun, inilah jadinya, nasib rakaman kalau Live abis la.. “

Video Dato’ Siti Nurhaliza Ters4sul Membaca Berita Di Astro Awani, Ramai Yang Kata Comel. Hari-Hari Nak Tengok Berita Macam Nih !!!

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen dan ahli perniagaan terkenal di Malaysia.

Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995.

Album pertamanya sendiri, sehingga 2005, ia telah terjual sebanyak 800, 000 unit di Malaysia sahaja. Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Ratu Pop Malaysia.

Umumnya mengetahui,Dato’ Sri Siti NUrhaliza telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.

Komuniti awani adalah sebuah siaran berita berkonsepkan pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti. Komuniti AWANI akan mendasari segenap nad1 deny0t orang ramai dengan memberi peluang kepada anda di segenap pelosok negara bercerita apa sahaja yang berlaku dalam persekitaran anda.

Astro AWANI mahu mencetuskan budaya saling mengambil berat tentang segala kebaikan yang anda lakukan terhadap komuniti anda. Apa yang menariknya, kisah-kisah yang anda kongsi dengan kami akan disampaikan oleh artis-artis ternama tanah air dalam program Komuniti AWANI.

Dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza adalah antara artis yang terlibat di dalam Komuniti Awani ini. Terbaru, Dato’ Siti telah memuat naik beberapa video di laman Instagram miliknya. Video tersebut adalah berkaitan dengan rakamannya bersama dengan Astro Awani.

Menurut Dato’ Siti, ini adalah penampilan luar biasa dirinya daripada apa yang biasa beliau lakukan. Beliau juga mengajal para peminatnya menentikan kemunculannya di Komuniti Awani di saluran 501 Astro Awani pada 16 Mei 2019 tepat jam 8.15 malam.

Sedikit sedutan daripada video-video tersebut :

Comelkan penyampai berita ni??

Dato’ Siti sedang membaca berita. Segak bergaya. Suara pun sedap sangat!!!

Jom tonton video dan foto-foto di bawah ini :

Sila KLIK simbol > untuk melihat foto-foto seterusnya dan juga video yang dikongsikan oleh Dato’ Siti.

” Nantikan kemunculan dan penampilan saya luar daripada apa yang saya biasa lakukan, di Komuniti Awani di saluran 501, Astro Awani pada 16 Mei 2019, jam 8.15 malam.. “

” Nantikan ya! 501 Awani. “

Dan ini adalah yang terkini, Dato’ Siti telah memuat naik sebuah video rakamannya sedang menyampaikan berita. Apa yang menariknya, perkongsian ini adalah Dato’ Siti tersasul ketika menyampaikan berita.

Menurut Dato’ Siti, pada hari ini beliau terlupa untuk memakai kanta lekap yang mempunyai power. Ini menyebabkan beliau ters1lap dan ters4aul membacanya. Katanya lagi, bersyukurlah ini hanyalah rakaman sahaja, sekiranya siaran langsung, entah apa yang akan berlaku.

Ini sedutan dari video tersebut :

Dato’ Siti : Blerkkk !! silap …

Dato’ Siti : Ohhh ..kene baca dari awal yer..

Jom lihat video di bawah ini ye …

” Bila saya membaca berita. Harini Lupa pakai lens power. Mata dah rabun, inilah jadinya,  nasib baik rakaman. Kalaulah live jadi macam ni nayaaaaa. “

” Wahh ada pembaca berita baru lah kt 501 Awani . Cun ke tidak? Nantikan yeaa komuniti awani ctdk 16 Mei, jam 8.15 malam di Astro Awani. “

Rata-rata peminat dan pengikut Dato’ Siti memuji kecomelannya dan menyatakan hari-hari akan menonton berita sekiranya Dato’Siti menjadi penyampai berita. Ini komen-komen mereka :

” Kalau lah gini rupa pembaca berita hari2 mau ngadap tv lah. “

 ” Bila je tak comel mak iti ni. “

” Klu k.iti baca berita hari2 confirm ramai yg tgk berita dan ramai yg berpengetahuan terus. “

” Pembaca berita paling lawaaaaaaaaa. “

” Wah!!! Cantikla pembaca berita baru ni!!. “

” Klu pembaca berita mcm ni.. Comfirm sharp time akan sya tnggu dpn tv utk tgk rancangan ni.. Hehehe.. Love u tok ti.. Haiihhh… So cute. “

” Kalau macam ni , beratur lah orang tengok berita. “

Bakat dan kecantikan yang ada pada Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak dapat disangkal lagi. Setiap kali kemunculannya di kaca televisyen pastinya menjadi perhatian terutamanya sudah tentulah peminatnya .

Tahniah Dato’ Sri Siti Nurhaliza kerana berani mengambil peluang untuk menyertai penyampai berita di Komuniti Awani.

Kami di Berita Kopak mendoakan Dato’ Siti dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah walau di mana pun berada. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Dato’ Sri Siti Nurhaliza by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..