” Dedey.. Dedey lepas nih Dedey nak pegi mana .. “

Video Ijoy Suami Sharifah Shahirah Bertanya Kepada Dedey Tetapi Dedey Tak Menjawab, Ya Ampunn Dedey.. Patutlah Tak Menjawab, Rupa-Rupanya…

Sebut sahaja nama Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih dikenali sebagai Sharifah Shahirah pastinya akan mengenalinya. Beliau merupakan seorang model, pelakon, pelawak dan pengacara televisyen di Malaysia dan juga penyampai radio.

Shiera bermula sebagai aktres pada tahun 1993 selepas menamatkan zaman persekolahan. Shiera mengikut jejak langkah kakaknya, Sharifah Nor Azleenda atau Lynn yang lebih dahulu popular di kaca TV.

Penampilan pertama Shiera di layar perak menerusi filem Imigran pada 1993 memegang watak pelayan restoran makanan Indonesia. Kemudian dilamar Aziz M. Osman untuk memegang salah satu watak sokongan dalam filem Femina pada tahun yang sama.

Sharifah Shahira atau mesra di panggil Shiera ini seringkali berkongsi kisah hidupnya, kenalannya dan produk jualannya di laman sosial. Tapi kali ini Shiera telah memuat naik sesuatu yang berbeza daripada kebiasaannya.

Semalam, Shiera telah memuat naik sebuah video yang dirakam oleh suaminya sendiri di laman Instagram miliknya. Dalam video tersebut suaminya yang dikenali dengan panggilan Ijoy sedang bercakap-cakap dengan anak perempuannya yang dipanggil Dedey .

Apa yang menariknya, ketika suaminya Ijoy berbual-bual, Dedey hanya diam memb1su dan tidak memberi respon kepada soalan yang ditanya oleh ayahnya itu. Ijoy memanggil berulang kali nama Dedey tetapi Dedey masih lagi tidak menjawabnya.

Hehee… kenapa Dedey tak menjawab yer ??

Mari lihat sedikit sedutan daripada video yang dikongsikan oleh Shiera ini :

Ijoy : Ermm.. nak pegi ambil mama kat airport… kan Dedey kan.. Dedey kata nak ikut..

Ijoy : Mula-mula Dedey kata nak pegi M Mall.. lepas tu nak ikut pegi ambil mama kat airport.. lepas tu Dedey nak pegi mana Dedey.. Dedey.. Dedey…

Tengok nih kenapa Ijoy cakap sorang-sorang je dan Dedey diam tak bagi respon .. Alahaii Dedey tidur sampai ternganga mulut. Penat ke Dedey…

IJoy : Alamak…macamana nih….

Heheee.. .comel je Dedey nih kan.. yang Ijoy pulak dah pandai buat lawak yer…

Haaa.. kalau nak tahu gel1 hati ke tak, jom tonton video di bawah ini :

” Cik enjot dah pandai buat video laaaa Abaikan uban tepi tu…. Tapi hensem kan. Dah jangan tengok lelama ig. Puasa baca al quran ya.. “

” P/s : Lupa nak cakap dia ada uban tapi tu uban shooting.. kasi lebih. “

Rata-rata peminat dan pengikut Shiera merasa terhibur dan memuji suaminya Ijoy juga pandai berlawak. Ini komen-komen mereka :

” Apa ni laki ko pun lawak kak.. It is unfair. “

” Ahahahaahah.. .ad0hh lawak laa.. cakap sorg2 upenye.. ptot takde jwpn. “

” Smpai ternganga mulut noh tdoq…. Penat Sgt kot. “

” Punya la sembang dengan Dey Dey. Tup tup Dey Dey tdo lopong. “

” Adoi kak shiera ijoy ingatkan Dedey tengah tekun dengar Papa Bebel sekali nganga. “

” Hahahhaha khusyuk dgr.. Skali tgk dedey tido.. Siap trnganga lg. Hahhahaha. “

” Kelako jg rupenye cik enjot ye kak. “

Begitulah keindahan hidup berkeluarga apabila kita saling faham memahami di antara satu sama lain. Di dalam rumahtangga sekiranya tiada gurau senda seperti makanan yang tiada garamnya dan minuman tiada gulanya. Betul tak ??

Kami di Berita Kopak mendoakan Shiera dan Ijoy dikurniakan kebahagiaan hingga ke jannah Allah dan Dedey membesar dengan sihat menjadi penyejuk hati ayah dan ibu hendaknya,. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Shieraijoy by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..