” Alamak, mamp0s kalau Wawa tengok ni.. “

Aeril Zafrel Kongsi Video Babak ‘Sweet’ Dengan Janna Nick. Ini Respon Wawa Zainal. Nampaknya Kena Tidur Luar Lah Aeril Malam Ni. Hehehe !!

Pasangan sweet pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajah mereka sering menghiasi kaca TV dan popular di laman sosial.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa. Tidak dinafikan rupa paras kedua-dua anak ini mewarisi kecantikan ibu dan ketampanan bapa mereka. Wawa Zainal kini sedang hamil anak ketiga mereka.

Sekiranya anda pengikut Aeril di akaun Instagramnya, pasti anda sering melihat gambar dan menonton video yang dimuatnaik oleh Aeril di laman sosialnya itu. Aeril gemar memuatnaik gambar atau video rakaman mengusik dan menyakat isterinya.

Menerusi akaun Instagram, Aeril memuatnaik sedutan rakaman drama Cari Aku Di Syurga yang ditayangkan di TV3, arahan pengarah Drama Nur sebelum ini Shahrulezad Mohameddin. Menerusi drama ini, Aeril digandingkan dengan pelakon cantik Janna Nick.

Dalam video yang dikongsikan ini, ada perbualan romantis antara watak Anas lakonan Aeril dan watak Lisa, lakonan Janna Nick.

Apa yang menariknya caption yang dimuatnaik oleh Aeril membuatkan peminatnya terhibur dan mengusiknya. Aduiiiii kena tidur luarlah nampaknya Aeril malam ini. Hihihi..

Jom sama-sama tonton video di bawah :

” Alamak, mamp0s kalau Wawa tengok ni. #cariakudisyurga 10 mlm ni @tv3malaysia arahan @budakijat.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan entri yang dimuatnaik oleh Aeril. Malah ramai yang turut mengusik Aeril. Antara komen-komen mereka :

” Hahhahhaa, kemainnn baby syggggg lps tu jd baby bayammmm.. “

” Hahahha bukan main suke lagi ehh. baby Kat uma tu da tunggu abis la tido luar MLM nie.. “

” Hahahaha omg cant wait hahaha cute g1laaa.. “

” Ade yg tidur luar malam nnti.. “

” Steady bos @aeril_zafrel kalu aku ditempat kau pun cair hahaha.. “

” Hahahahahahahahaha rasa malu nk gulin2 jaaa.. “

” Hahahahaha ya Allah tak expect janna cakap baby sayangggg.. “‘

” Tgh manis baby syglah sgt, tgh mar4h jd baby bayam… “

Entri Aeril turut mendapat komen daripada isterinya, Wawa Zainal walaupun komennya sangat ringkas :

Haaa Baby Sayang sangat kan ? Hehehe.. Di sini kami di Berita Kopak ingin kongsikan dengan anda beberapa lagi babak menarik dalam drama Cari Aku Di Syurga :

Lain macam betul #CikLisa ni. Stay tuned 10 malam ni #CariAkuDiSyurga @tv3malaysia.. “

Disebabkan salah beli sayur. Sy diperlakukan sebegini.. “

Terbaiklah lakonan Aeril dan Janna. Syabas juga untuk pengarah dan semua krew yang terlibat dalam drama Cari Aku Di Syurga. Tak sabar nak menonton episod seterusnya drama ini.

Untuk Aeril dan Janna, kami di Berita Kopak mendoakan semoga kerjaya anda berdua semakin menyinar dalam dunia seni tanah air. All the best !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aeril Zafrel by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..