Sempena Hari Ibu, Neelofa Berkongsi Video Ini
Video Momen-Momen Indah Neelofa Bersama Ibunya Di Tanah Suci Mekah, Warna Mata Ibunya Pula Cur1 Perhatian..
Noor Neelofa Binti Mohd Noor merupakan seorang pelakon, pengacara dan juga seorang model. Neelofa memulakan kerjaya seninya selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 2009/10 turut bersamanya dalam pertandingan ini adalah Anzalna Nasir dan Izara Aishah.
Neelofa juga popular dengan drama lakonan nya bersama Fattah Amin iaitu Suri Hati Mr.Pilot dan juga antara filem lakonan Neelofa adalah Azura. Neelofa juga pernah memenangi Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.
Neelofa lahir di Pasir Mas Kelantan dan kini menetap di Kuala Lumpur. Neelofa memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran ini juga merupakan seorang ahli perniagaan. Neelofa telah mengeluarkan tudung dengan jenama nya sendiri iaitu Neelofar.
Tarikh 11 Mei dipilih sebagai meraikan dan menghargai insan bergelar ibu. Kasih sayang dan peng0rbanan seorang ibu tidak ternilai harganya. Jerit perih melahirkan dan menjaga kita dari kecil hingga menjadi insan berguna tidak mampu di balas dengan wang ringgit sekalipun.
Ramai artis memuat naik gambar dan ucapan bersama ibu masing-masing. Tidak ketinggalan Neelofa juga turut memuat naik kapsyen berupa ucapan ringkas dan sebuah video rakaman yang merakam ibunya di tanah suci Mekah. Video ini sangat istimewa untuk ibunya.
Menurut Neelofa, kebanyakan momen-momen yang diselitkan dalam video tersebut dicur1-cur1 ambil oleh Neelofa untuk dijadikan kenangan paling indah dalam hidupnya. Ibunya sangat cantik dan tidak hairanlah dari mana datangnya kecantikan Neelofa. Apa yang menarik gelak ketawa pun boleh sama dengan Neelofa.
Di bawah ini sedutan momen-momen indah Neelofa bersama ibunya.
Jom lihat momen-momen indah Neelofa bersama ibunya di tanah suci Mekah pada video di bawah ini :
” Happy Mother’s Day nyawa ku. “
Rata-rata peminat dan pengikut Neelofa memuji kecantikan ibunya. Ini komen-komen mereka :
” Subahanallah.. semoga dpt ke sna beribadah ngn parents sndri mcm akak aminn.. ”
” Happy mothers day to Mama Lofa. U have such a beautiful eyes auntie. X puas tgk.. ”
” Dah tau da mana datang gelak kak neelofa happy mothers day to all the mothers out there, thank you for bringing us in here and cooking such delicious food. “
” Cantik luar dan dalam, selamat berpuasa. “
” Your mother is so beautiful . “
” Happy mothers day.. comey ma lofa mcm anak dio neelofa jugok.. semoga ma lofa sihat sokmo. “
” Masha Allah this family is so beautiful.. semoga dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat. “
Hargailah dan hormatilah ibu selagi mereka ada di dunia ini. Janganlah lupakan jasa-jasa ibu dalam melahirkan dan membesarkan kita. Sedih dan kecewa kerana masih ramai lagi di luar sana yang melupakan dan membiarkan ibu -ibu tanpa menjaga dan memperdulikannya.
Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di dunia ini. Ibu adalah superwomen !!!
Kami di Berita Kopak mendoakan Neelofa dan ibunya sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesejahteraan hidup. Amin.
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Neelofa by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..