” Saya sebenarnya ingin memberi wedding yang sempurna kepada anak saya, tapi.. “

Video Ucapan Dato’ Ziela Jalil Yang Penuh Tang1san Di Majlis Perkahwinan Anaknya Julia, Buat Tetamu Yang Hadir Terus Terd1am.. 

Puan Sri Dato’ Norzilah binti Abdul Jalil atau lebih dikenali dengan nama pentas beliau Ziela Jalil merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Puan Sri Ziela Jalil telah berkahwin dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid dan dikurniakan 2 orang anak iaitu Julia M. Junid dan Jufri M. Junid.

Puan Sri Dato’ Ziela turut berlakon dalam filem-filem Indonesia seperti Tarzan Rimba (bersama Barry Prima), Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu.Puan Sri Dato’ Norzilah binti Abdul Jalil mula menceburi bidang lakonan di bawah pengarah A R Badul melalui filem humor, Mr Os.

Selepas berlakon dalam filem Harry Boy, Ziela telah menubuhkan Production Eleven Sdn Bhd dan kemudiannya Pena Creative Pictures Sdn Bhd untuk menerbitkan drama drama TV.

Seorang ibu pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak-anaknya. Walaupun perlu melalui pengorbanan yang tinggi, ibu adalah wanita yang kuat untuk menghadapinya. Begitu juga dengan Dato’ Ziela Jalil, seorang ibu tunggal yang kematian suaminya, mempunyai jiwa yang sangat kental dalam membesarkan anak-anaknya.

Dato’ Ziela Jalil telah memuat naik dua buah video di laman Instagram miliknya. Dato’ Ziela ingin berkonsgi ucapannya kepada 575 ribu pengikut dan peminatnya di laman sosial itu. Video ucapan itu adalah sempena perkahwinan anaknya Julia pada tahun lalu.

Apa yang menarik dan memilukan, setiap kata-kata ucapan yang dikeluarkan dari mulut Dato’ Ziela sangat menus0k kalbu kepada sesiapa yang mendengarnya. Ucapan yang puitis, penuh kelembutan dan sangat beremosi membuat tetamu yang hadir terdiam dan memahami setiap butir kata.

Ucapan-ucapan Dato’ Ziela merangkumi kisah-kisah hidupnya, liku-liku yang perlu dilaluinya dalam membesar anak-anaknya serta kenangan ketika anak-anaknya masih kecil membuatkan tetamu terd1am dan mendengar dengan pen0h seb4k. Ditambah lagi Dato’ Ziela berucap disulami dengan tang1san dan air mata.

Dato’ Ziela : Saya sebenarnya mengharapkan saya memberi wedding yang sempurna buat anak saya..

Dato’ Ziela Jalil : Tak mudah sebenarnya untuk Mama melepaskan Julia. Mama doakan Julia menjadi seorang isteri yang mithali dan taat kepada suami..

Julia tidak dapat menahan seb4k dan menang1s apabila mendengar ucapan yang sangat menus0k hati daripada ibunya itu.

Antara tetamu yang hadir. Mereka turut tersentuh dan terdiam mendengar ucapan dari Dato’ Ziela Jalil.

PART 1 : Berkongsi My Speech dimajlis persandingan Puteri saya yg Solehah, Dr julia mjunid dan Dr dziyafaqhran semoga kata2 dan nasihat di dlm nya dapat menjadi penawar hati dan memberi manfaat kepada yg mendengarnya, In Sha Allah… #throwback

PART 2 : Berkongsi My Speech dimajlis persandingan Puteri saya yg Solehah, Dr julia mjunid dan Dr dziya faqhran semoga kata2 dan nasihat di dlm nya dapat menjadi penawar hati dan memberi manfaat kepada yg mendengarnya, In Sha Allah… #throwback

Rata-rata peminat dan pengikut Ziela Jalil merasa sebak dan memuji ucapan nya sangat indah dan terbaik . Ini komen-komen mereka :

” Puitis ungkapan tu PS.. intonasinya jiwanya muziknya.. sampai maksud yg tersirat itu.. Semoga Allah merahmati kalian. “

” Alhamdulillah so beautiful speech Dato. “

” Sedih dgr ucapan tu… tahniah utk anak akak. “

” Allahuakbar… sayunya mom ziela jalil ur speech… sangat deep dan ikhlas ayat2 yang diucapkan… moga Allah pelihara keluarga mom selalu. “

” Dengan nada suara.. music background dan isi kandungan ucapan yang diberi sunggunh menusuk qalbu Semuga Ziela sekeluarga sentiass dalam redho dan rahmat Allah. Saling doa mendoakan sesama ya. Jazakillah hu khairan. “

” Syukur Ya Rabb diberi pendengaran untuk mendengar, hati untuk menjiwai, akal untuk menilai, mata untuk mentafsir linangan air mata syukur… Sukur Ya Rabb diberi peluang menghayati setiap satu bite2 ayat yg di curahkan… Syukur Ya Allah… Tq n congrats. “

” Terima kasih Dato, sedikit sebanyak saya juga terkesan dgn nasihat yang disampaikan. Mudah-mudahan dapat saya kongsikan utk anak saya nanti. “

Tahniah Dato’ Ziela Jalil di atas ucapan yang penuh dengan kata-kata nasihat dan panduan hidup dalam berumahtangga. Membesar dan membahagiakn insan-insan yang penting dalam hidup tidaklah semudah yang disangkakan.

Kami di Berita Kopak mendoakan Dato’ Ziela Jalil terus tabah dan dikurniakan kesihatan yang baik serta bahagia di samping anak-anak tersayang hendaknya. Amin.

 

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Ziela Jalil by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..