” Masih terbayang-bayang lagi kejadian di malam itu. Malam terb0ngkarnya segala rahsia.. “
” Suami ditangk4p khalw4t bersama perempuan hamil 7 bulan. Dan aku pergi hotel tempat mereka di tangk4p.. ” – Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Yang Sebak !!
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Sebagi manusia, kita hanya perancang di pentas dunia ini tetapi sebaik perancangan adalah daripada Allah SWT. Adakalanya ada jodoh yang tidak berpanjangan, maka terjadinya perpisahan antara dua insan yang pernah saling menyayangi.
Walaupun sudah mencuba pelbagai cara untuk menyelamatkannya, namun masih tidak memperolehi jalan penyelesaian yang baik. Tapi yang lebih menyedihkan apabila cinta dikhianati oleh orang yang kita sayang dan percaya.
Baca perkongsian wanita ini yang dimuatnaik di laman web IIUM Confession. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.
Assalamualaikum semua. Pertama sekali aku nak bagi tahu yang post ni sangat panjang. Kalau kalian tak nak baca, cepat-cepat scroll. Jangan suruh aku lukis sebab seni aku fail..
Masih terbayang-bayang lagi kejadian di malam itu. Malam terb0ngkarnya segala rahsia. Malam yang membuatkan hati aku hanc0r berkecai. Masih aku terngiang-ngiang lagi apa yang dia ucapkan. Satu persatu perkataan masih ku ingat.
Malam itu terasa berbeza, hati rasa berdeb4r, tak sedap hati. Jam 4 pagi aku terima panggilan telifon dari dia. Sambil menangis dia mengatakan yang dia ada perempuan lain dan dah banyak kali terlanj0r.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Dia tanya aku, kalau jodoh kita tak panjang, macam mana dengan anak-anak ye. Jawapan aku, anak-anak biar aku yang jaga, walau macam mana pon, anak-anak tetap dar4h daging, saya tak halang awak berjumpa anak-anak.
Entah kenapa, hati aku berombak, tapi aku aku jawab dengan tenang.. tak ada air mata, tak mengam0k, tak mar4h. cuma Aku tergam4m, hati aku hanc0r-sehanc0rnya. Dia memberitahu, dia bersama mertua akan datang ke rumah mak abah untuk berbincang.
Untuk pengetahuan, pada malam yang sama, polis ada call aku beberapa kali, tapi aku tak jawab sebab dah tertidur. Tapi polis ada call keluarga aku mengatakan dia kena tangkap dan polis buat urine test sahaja. Dan untuk pengetahuan, aku selama ini duduk dengan mertua.
Dan baru dua minggu aku pindah duduk bersama keluarga aku sebab aku baru nak mula kerja. Sepanjang 3 tahun aku duduk dengan mertua, aku banyak makan hati, lagi-lagi aku hanyalah suri rumah.
Pagi tu dia datang bersama mertua. Awal perbincangan, yang keluar dari mulut dia ‘saya dah tawar hati dengan isteri’.. Allah, bagai nak gug0r waktu tu..
(Gambar Sekadar Hiasan)
Yang mertua pulak tak habis-habis cari salah aku. Mereka-reka cerita yang tidak benar. Cakap aku tak pandai jaga suami. Tak jaga makan pakai suami. Tak ikhlas jaga mertua waktu mertua s4kit. Ya Allah, apakah ini.. sungguh mereka tak kenang budi.
Keadaan waktu tu sangat tegang, sebab aku pertahankan diri aku. Aku cakap pasal dia terlanj0r. Aku cakap pasal dia abaikan aku, tak layan aku macam isteri. Yang suami banyak berdiam diri dan menangis. Cuma emaknya saja yang banyak bersuara, kecewanya rasa. Nak tutup salah anak, salah menantu yang dicari.
Malam tu, aku masih tak puas hati, aku tak tahu hal yang sebenar, aku tak pasti kenapa polis call aku banyak kali tengah-tengah malam. Aku pergi balai polis, aku cari polis yang call aku. Dan baru lah segalanya terbongkar.
Suami ditangk4p khalw4t bersama perempuan hamil 7 bulan. Dan aku pergi hotel tempat mereka di t4ngkap, rupanya diorang sewa hotel tu bulanan. Mereka bersekeduduk4n. Patut lah dia jarang balik rumah, kalau balik pon macam lalat, hingap kejap-kejap lepas tu hilang.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Aku hanya kenal perempuan tu di facebook suami, mereka friend sejak 8 tahun yang lalu. 2 tahun lepas aku pernah sound perempuan tu suruh dia jauhkan diri dari suami aku. 2 tahun lepas pernah dia call suami aku malam-malam. Aku ingat hanya setakat itu.. tak sangka hubungan meraka hingga ke katil.
Perempuan tu tunang orang, macam mana seorang tunang, yang dah tahu lelaki ada dua anak, tapi masih lagi nak menyond0l bapa orang. Dia tak punya perasaan kah? Masih aku tak boleh nak hadam. Sungguh murah maruah manusia zaman sekarang.
Walaupun aku tahu detail perempuan tu, termasuk alamat keluarga perempuan tu, aku tak terasa pon nak ser4ng perempuan tu. Biar Allah sahaja yang beri balasan.
Aku dan dia kahwin suka sama suka. Tahun pertama perkahwinan sangat manis, aku hamil awal. 2 bulan setelah menikah, aku di sahkan hamil. Dengan sarat-sarat mengandung, aku gigih menolong suami berniaga.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Awal perkahwinan memang susah, berniaga tepi jalan. Buat kuih segera sampai tak tidur. Aku sanggup bersusah dengan dia. Waktu itu sangat indah walaupun serba kekurangan. Selepas anak lahir, suami berubah sikit demi sikit. Setelah dia dapat kerja yang selesa, perubahan dia makin ketara.
Aku bagai pengem1s. Mengem1s kasih suami sendiri. Sejak 2 tahun lepas, nafkah zah1r bat1n tak pernah mencukupi. Dia ada sediakan barang keperluan yang asas. Tapi dia tak ada bagi nafkah duit, untuk aku beli barang peribadi.
Kalau ada pon stakat beberapa puluh sahaja. Kadang kalau barang baby tak cukup, dengan duit tu jugak aku guna untuk baby.
Sepanjang 2 tahun, kurang dari 10 kali ‘wik wik’.. Bukan aku yang tak mahu melayan dia, tapi ada saja alasan dia, penat kerja, mengantuk dan macam-macam lagi. Bila aku dekat dengan dia, dia menjauh, bila aku peluk dia, dia tolak, bila aku nak c1um dia, dia mengelak, bila aku nak pegang tangan dia, dia tep1s.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Bila aku meluah perasaan kat dia, dia tak layan. Bila aku nak beborak dengan dia, dia buat tak tahu. Dia tenung hp, dia tengok tv. Apa yang aku cakap dia buat tak endah. S4kitnya diabaikan.
Aku dah cuba buat yang terbaik untuk keluarga ni. Aku k0rbankan segala-galanya. Aku k0rbankan hidup aku, aku k0rbankan masa aku, aku k0rbankan minat aku, aku k0rbankan kehendak aku.
Aku ingatkan orang akan hargai aku, hargai peng0banan aku, rupanya hanyalah sia-sia. Mungkin aku terlalu lurus, sebab tu aku kene t1pu berkali-kali.
Aku sunyi, aku tak ada kawan, hari-hari aku hanya bercakap dengan anak-anak. Aku hilang diri aku yang aku rindu. Selama ni aku jadi isteri yang setia, tak pernah sekali pon aku chat dengan lelaki.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Kalau ada lelaki nak bersalam dengan aku seboleh-bolehnya aku elak, tak kira lah saudara ke, tua ke muda ke atau budak. Aku sangat kecewa, ini kah balasan kepada kesetiaan aku.
Kerana sunyi, aku ambil keputusan untuk bekerja, kerana sunyi aku duduk dengan mak abah, kerana selalu diabaikan aku buat keputusan untuk keluar dari rumah mertua.
Kini dah sebulan aku bergelar Janda. Aku baru berusia 27 tahun. Aku sempat jadi isteri seseorang dalam tempoh 3 tahun lebih sahaja. Anak-anak masih kecil, 2 tahun lebih dan 8 bulan.
Dalam usia ini, aku dah serik nak berumahtangga lagi, aku serik nak bersuami dan aku serik ada mertua. Cukup lah ada anak-anak yang sentiasa dengan aku. Cukuplah hanya Allah di hati aku.
S4kitnya diperlakukan begini. Raya tahun ni pasti lain, kerana tahun ni aku pertama kali aku beraya tanpa suami. Untuk mencintai seseorang, mungkin makan masa 1 jam. Tapi untuk melupakan seseorang aku perlukan masa seumur hidupku. Aku cinta dia tapi aku benc1 dia.
Kalau kalian berada di tempat aku, apakah tindakan kalian? – Stella (Bukan nama sebenar)
(Gambar Sekadar Hiasan)
Semoga Allah jauhkan rumahtangga kita daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Apa-apa pun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga confessor tabah dengan ujian ini. Kami di Berita Kopak mendoakan confessor bertemu dengan orang yang akan membahagiakan confessor di dunia dan akhirat. Amin.
Apa pendapat anda ?
Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..
Sumber : IIUM Confession / Dikemaskini oleh Berita Kopak