” Mak, ampun kan Ina mak. Walau dapat ku beli rumah untukmu tapi jiwa mu belum dapat ku menangi lagi.. “

Ucapan Zarina Zainuddin Untuk Emaknya Sempena Hari Ibu Sangat Menyentuh Hati !!

Ramai sudah sedia maklum pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar istimewa yang menghidap aut1sm iaitu Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal). Selain daripada itu Zarina juga mempunyai dua orang anak lelaki yang lain bernama Naim dan Adam.

Azil menghidap hyper aut1sme manakala Azal mempunyai mild aut1sme yang dikesan ketika mereka berusia tiga tahun.

Anak-anak Zarina dikenali ramai kerana Zarina sering memuat naik video dan gambar mereka di laman sosial Instagram serta sering membawa Azal dan Azil menemaninya ke lokasi pengambaran, berniaga di expo dan juuga beberapa kali muncul di kaca televisyen.

Azal yang mempunyai mild aut1sme masih boleh bercakap, membaca, menulis serta boleh dilepaskan untuk keluar ke kedai seorang diri dan pandai membeli barang yang diinginkan sendiri. Dia juga seorang yang peramah, suka berkawan dan bergaul dengan orang ramai.

Manakala Azil tidak boleh berkomunikasi secara verbal namun semuanya tidak menghalang Zarina sebagai seorang ibu untuk memahami kehendak dan keperluan anak sulungnya itu.

Menerusi akaun Instagram, sempena hari ibu pada 12 Mei 2019, Zarina menitipkan ucapan khas untuk ibunya yang dikenali dengan nama Mama Zuras. Menurut Zarina, walaupun dia tidak diasuh oleh ibunya dari kecil, tetapi jasa dan peng0rbanan ibunya sangat-sangat dihargai.

Perkongsian Zarina membuatkan peminat rasa sebak dan tersentuh hati. Baca nukilan Zarina buat ibunya di bawah :

” Selamat hari ibu buat mak saya yang melahirkan saya ke dunia ini.. Perjalanan panjang dalam hidup ini.. pengalaman mematangkan diri terkadang terhimpit perasaan dend4n duk4lar4.. “

” Mak, Nama itu kupanggil dari kecil lagi. Mak, Kuatnya semangatmu meneruskan hidup ini. 7 orang anak kau lahirkan di dunia ini, belum ada satu yang menyenangkan hatimu.. “

” Tetap mak sayang tetap mak terima tetap mak maafkan kami. Anak anak menumpang kasih, meny4kitkan hati membuat kau lebih par4h lagi dengan jerih perih mencari rezeki.. “

” Dari mudamu sampai usiamu begini tetap mak cekal dikala akal tidak berfungsi tersentuh hati meruntun jiwa bertukar emosi.. “‘

” Mak, ampun kan ina mak walau dapat ku beli rumah untukmu tapi jiwa mu belum dapat ku menangi lagi.. “

” Bila kini usiaku melonjak melihat anak2 ku baru aku sadar mak tetap satu buatlah macamana takkan sama kasih mak walau aku tidak diasuh olehmu dari kecil dengan nenekku tapi mak tetap datang dan ada dikala aku mahu tetap ada tetap doakan aku.. “‘

” Sering bertik4m lidah kerana cemburu kasih sayang direbut anak2 mak ramai.. “

” Syurgalah tempatmu mak, Syurgalah tempatmu mak, Syurgalah tempatmu mak . Mak sayang semua anak. Mak maafkan anak anak. Mak tetap doakan anak mak.. “

” Tiada lain ku pinta Ya Allah tempatkan mak aku di Syurga firdausimu kerana aku tahu isi hati mak mulut terhambur kata tapi hati mak Ya Allah.. lembutnya hati mak.. “‘

” Ampunkan d0sa2 ina mak.. ina pun dah jadi mak cepat terasa dek sikap anak2.. Tolong terus berdoa untuk ina mak kerana doa mak mustajab doa mak tiada hijab.. “

” Selamat hari mak, selamatlah hidup mak sejahterakan lah mak, sihatkan tubuh badan mak, berilah ketenangan dan kebahagiaan pada mak.. ina takkan lupa peng0rbanan mak. Mak aku @mamazuras.. “

View this post on Instagram

Selamat hari ibu buat mak saya yang melahirkan saya kedunia ini.. Perjalanan panjang dalam hidup ini..pengalaman mematangkan diri terkadang terhimpit perasaan dendan dukalara.. Mak Nama itu kupanggil dari kecil lagi Mak Kuatnya semangatmu meneruskan hidup ini 7 orang anak kau lahirkan didunia ini Belum ada satu yang menyenangkan hatimu Tetap mak sayang tetap mak terima tetap mak maafkan kami Anak anak menumpang kasih,menyakitkan hati membuat kau lebih parah lagi dengan jerih perih mencari rezeki Dari mudamu sampai usiamu begini tetap mak cekal dikala akal tidak berfungsi tersentuh hati meruntun jiwa bertukar emosi Mak Ampun kan ina mak walau dapat kubeli rumah untukmu tapi jiwa mu belum dapat kumenangi lagi.. Bila kini usiaku melonjak melihat anak2 ku baru aku sadar mak tetap satu buatlah macamana takkan sama kasih mak walau aku tidak diasuh olehmu dari kecil dengan nenekku tapi mak tetap datang dan ada dikala aku mahu tetap ada tetap doakan aku Sering bertikam lidah kerana cemburu kasih sayang direbut anak2 mak ramai Syurgalah tempatmu mak Syurgalah tempatmu mak Syurgalah tempatmu mak Mak sayang semua anak Mak maafkan anak anak Mak tetap doakan anak mak Tiada lain ku pinta Ya Allah tempatkan mak aku di Syurga firdausimu kerana aku tahu isihati mak mulut terhambur kata tapi hati mak Ya Allah..lembutnya hati mak Ampunkan dosa2 ina mak ..ina pun dah jadi mak cepat terasa dek sikap anak2.. Tolong terus berdoa untuk ina mak kerana doa mak mustajab doa mak tiada hijab Selamat hari mak ,selamatlah hidup mak sejahterakan lah mak ,sihatkan tubuh badan mak , berilah ketenangan dan kebahagiaan pada mak ..ina takkan lupa pengorbanan mak 😭😭😭 Mak aku @mamazuras 💖

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Rata-rata peminat terharu dan sebak dengan ucapan selamat hari ibu Zarina buat ibunya. Antara komen-komen netizen :

” Tersentuh hati kak ina. bila terbaca cuitan rasa hati ina. yg luahan yg mendalam.. ina ibu yg tabah dn cekal mengharungi liku2 hidup… dengan telatah anak2. ina tetap ibu yg bertanggong jawab pd keluarga… semoga ina kuat mengharungi nye… selamat hri ibu ina.. “

” Sebaknya baca, kepada semua yang ada mak ayah, hargai la mereka.. al-fatihah buat kedua ibu bapaku.. “

” Semoga dimurahkan rezeki,semoga dipermudahkan urusan.. “

” Hpy mothers day jugak utk sis.. moga sis bsabar dgn ujian yg dtg.. @zarinazainuddin_ “

” Happy Mother’s Day to Kak @zarinazainuddin_ & @mamazuras.. “

Alahai memang sebak baca ucapan dan luahan Zarina. Boleh bergenang air mata ini. Apa-apa pun, Zarina seorang anak yang baik. Walaupun tidak dibesarkan oleh ibunya tetapi masih menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang baik.

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat Zarina dan juga ibunya, tidak lupa juga buat semua ibu-ibu di seluruh dunia. Tanpa ibu siapalah kita. Al-Fatihah untuk mereka yang telah ‘pergi’ meningg4lkan kita. Semoga Allah meletakkan mereka dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarina Zainuddin by Berita Kopak

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..