Ini Hukum Meraikan Hari Ibu Yang Ramai Tak Tahu
Penjelasan PU Azman Buat Ramai Yang Buka Mata !!
Azman Syah bin Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman adalah penceramah bebas, pengacara dan pakar motivasi. Selain itu, PU Azman juga pernah berlakon dalam beberapa drama bermula dengan menjadi pelakon tambahan sebagai ustaz dalam drama Bila Hati Telah Hitam.
Selain itu, Pu Azman juga pernah menjadi pengacara dalam beberapa program televisyen tempatan. Kini akaun Instagram PU Azman mempunyai sebanyak 1.2 juta pengikut, satu jumlah yang agak banyak.
Jika anda mengikuti akaun Instagram PU Azman, pastinya anda mengetahu yang beliau sering berkongsi ilmu agama dan juga menjawab persoalan daripada netizen mengenai sesuatu isu yang melibatkan agama.
Apa yang menariknya PU Azman gemar menyampaikan ilmu dengan menyelitkan unsur jenaka yang pastinya membuat kita semua tidak kering gusi setiap kali beliau menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan netizen berkaitan hal keagamaan.
Cara PU Azman menjawab persoalan dengan begitu semp0i tetapi jelas itu sangat disenangi oleh ramai orang khususnya golongan muda.
Menerusi akaun Instagram, sempena hari ibu pada 12 Mei 2019, PU Azman berkongsi hukum menyambut hari ibu yang menjadi persoalan di kalangan netizen-netizen. Menurut PU Azman terdapat perbezaan pendapat sebenarnya mengenai hukum ini.
Mari sama-sama kita baca ilmu yang dikongsikan oleh beliau di bawah :
” Ulama beza pendapat tentang hukum sambut hari ibu. [Mazhab pertama] HAR4M. Dengan hujah bid’ah dan mengikut budaya barat atau agama lain. “
” [Mazhab kedua] HARUS dengan syarat : “
” 1) Tidak menganggap hari ibu sebagai perayaan dalam kerangka syarak seperti aidilfitri dan aidiladha. Ia hanya sambutan yang berkaitan adat saja bukan ibadat.. ”
” 2) Ia hanya keraian tambahan daripada meraikan ibu yang wajib dilakukan setiap hari dalam hidup seorang anak.. “
” 3) Jangan ada pembaziran dan upacara yang jelas ditegah syarak.. “
” 4) Jangan nak buat baik tunggu hari ibu saja. Bahkan wajib setiap hari, cuma pada hari ibu sekadar tambahan dengan surprise umpamanya. . “
” Moga netizen tidak bertekak dalam hal ini. Kerana ia adalah isu perbezaan pendapat. Yang tak nak sambut hari ibu, tindakan anda barangkali lebih selamat untuk pengamalan Islam dalam hidup anda.. “
” Tapi jangan menuduh orang yang sambut hari ibu sebagai kafir kerana ia bergantung kepada niat seseorang.. “
” Walaupun dikatakan sambutan ini berasal dari agama lain, tapi jika seorang muslim yang meraikannya tidak berniat meniru prinsip agama lain.. “
” Bahkan intipati memuliakan ibu dalam Hari Ibu itu memang ada dalam ajaran Islam dan sambutan Hari Ibu itu hanya sekadar bakti tambahan selain bakti yang dilakukannya setiap hari terhadap seorang ibu.. “
” Ingat, jika ada ulama yang menegahnya, maka ada juga ulama yang membenarkannya dengan syarat di atas.. ”
Rata-rata netizen berterima kasih dengan PU Azman dengan ilmu yang dikongsikan ini. Antara komen-komen netizen :
” Setiap hari merupakan hari ibu.. “
” Trima kasih Ustaz.. atas perkongsian ilmu.. “
” Terima kasih atas penjelasan pu azman. Semoga brmanfaat.. “
” Yea ustaz @pu_azman meraikan berlebihan itu tidak cuma sebagai ibu2 rasa setelah setiap hari berhemp4s pul4s utk keluarga kita ada juga yg menghargai kami.. “
” Semuanya bergantung pd niat & cara kita raikannya.. “
” Sy tak sambut pun ustat juz wish je… Tp hr2 sy buat baik kat mak hahaha tolong di daporr.. “
” Terima kasih ustaz. Saya doakan ustaz diberi kesihatan selalu supaya dapat bimbing kami2 yang cetek agama ni selalu.. “
Terima kasih Ustaz atas perkongsian ini. Semoga ramai yang jelas mengenai hukum menyambut hari ibu ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga PU Azman diberi kesihatan yang baik dan urusan untuk menyampaikan dakwah dipermudahkan. Amin…
Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..
Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..