” Allahuakbar, lihat apa terjadi pada Imam ini setelah dia meletakkan tangan di dadanya.. “

Video Perkongsian Oleh Fynn Jamal Ini, Buat Ramai Yang Menangis, Ya Allah.. Rasa Kerdilnya Diri Ini !!!

Fynn Jamal merupakan selebriti tanah air yang menceburi pelbagai bidang seperti nyanyian, penulisan kreatif, dan juga perniagaan. Kerjaya Fynn Jamal bermula sebagai penyanyi, pelakon teater, penulis lirik dan penerbit muzik.

Namun kini, Fynn Jamal lebih selesa menjadi pendidik, motivator, penulis dan pereka fesyen muslimah. Fynn Jamal sangat berkemahiran dalam penulisan kreatif dan setiap karya yang Fynn hasilkan memberi kesan kepada pembaca dan pendengar.

Fynn Jamal sering dijemput untuk memberikan ceramah mengenai penghijrahannya kepada mentauhidkan Allah, memberi kesedaran kepada masyarakat tentang masalah sosial yang melibatkan remaja seperti kehamilan dan peranan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak Aut1sme.

Terbaru Fynn Jamal telah memuat  naik sebuah video di laman Instagram miliknya sendiri. Video tersebut memaparkan seorang Imam sedang membaca ayat al-Quran iaitu surah An-Najm ayat 32.

Apa yang memilukan di dalam video tersebut adalah di saat Imam itu membaca surah tersebut, beliau tidak dapat menahan sebak di dalam hatinya. Ini dapat dilihat apabila beliau tersekat-sekat membacanya.

Terlihat juga Imam tersebut menangis sehingga meletakkan tangan di dadanya berulang kali kerana terlalu sebak di hati beliau. Allahuakbar. Beginilah kenikmatan membaca Al-Quran apabila kita mengetahui dan memahami maksud ayat-ayat Al-Quran yang dibaca.

Video tersebut telah dimuat naik beserta dengan kapsyen yang sedikit panjang oleh Fynn Jamal. Kapsyen tersebut mengandungi maksud ayat yang dibaca oleh Imam tersebut.

Sedikit sedutan dari video tersebut :

Saat Imam memulakan bacaan.

Imam ini sudah mula sebak dan cuba menahan daripada menangis.

Namun, ayat Al-Quran  tersebut tidak mampu untuk Imam ini menahan dari menangis. Dan beliau terus memegang dadanya..

Lihat apa yang berlaku seterusnya dalam video di bawah ini.

Mari kita hayati bacaan dan maksudnya sekali. Pastinya akan tersentuh dan sebak di dalam hati. Sila tonton video di bawah untuk melihat bacaan Imam tersebut :

” When he puts his hand on his heart, Allahu Akbar. Imam sdg membaca : Orang2 yg berbuat baik adalah orang2 yang menjauhi dosa2 besar dan perbuatan2 kej1 selain kesalahan2 kecil. Sesungguhnya tuhan-mu maha luas keampunannya. “

” Dan dia maha mengetahui kamu ketika dia jadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih lagi janin di dalam perut ibumu ; maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci. Dia lah yg paling mengetahui siapakah dia orang2 yg benar2 bertaqwa. An-najm : 32 ”

” Allahu akbar. Kalau imam pun boleh rasa ng1lu sbb tak0t sama الله aku ni berangan jenis apa niallahumma innaka ‘afuuwunya الله sesungguhnya engkau maha pemaaftuhibbul ‘afwakau suka memaafkanfa’fu ‘annimaka ampunkanlah aku. “

View this post on Instagram

when he puts his hand on his heart; allahu akbar. . imam sdg membaca: . orang2 yg berbuat baik adalah orang2 yang menjauhi dosa2 besar dan perbuatan2 keji selain kesalahan2 kecil. . sesungguhnya tuhan-mu maha luas keampunannya. . dan dia maha mengetahui kamu ketika dia jadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih lagi janin di dalam perut ibumu; . maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci. dia lah yg paling mengetahui siapakah dia orang2 yg benar2 bertaqwa. . an-najm:32 . allahu akbar. … . kalau imam pun boleh rasa ngilu sbb takut sama الله; aku ni… berangan jenis apa ni… . allahumma innaka ‘afuuwun ya الله sesungguhnya engkau maha pemaaf . tuhibbul ‘afwa kau suka memaafkan . fa’fu ‘anni maka ampunkanlah aku

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Rata- rata peminat dan pengikut Fynn Jamal merasa sebak dan terharu setelah melihat video tersebut. Ini komen-komen mereka :

” Beruntung nya mereka2 yang faham ayat2 al quran. “

” Allahu.. Terima kasih atas peringatan. Belum layak rasanya diri mencium syurga Allah. “

” Semoga rahmat Allah selamatkan kita semua. Aminn. “

” Betapanya diriku terasa jauh. Layakkah aku untuk syugaMu ya Allah? Nikmatnya bila faham bahasa Al Quran. “

” Allah kita2 yg tengok ni pun berair mata. “

” Menitis air mata sayaaa Allahu. “

” Allah tetiba sedih tgk video ni. “

Al-Quran merupakan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk Rasulullah tercinta. Al-Quran bukan sahaja sebagai kitab suci umat Islam malah menjadi penawar untuk penyemb0han pelbagai peny4kit.

Terima Kasih Fynn Jamal atas perkongsian video yang sangat memilukan ini. Sangat memberi keinsafan di hati ini. Sama-samalah kita mengambil keberkatan membaca Al-Quran, lagi-lagi di bulan Ramadhan ini. Pastinya mendapat gandaan pahala daripada Allah. InshaAllah.

Kami di Berita Kopak mendoakan seluruh umat Islam di dunia ini memperolehi rahmat dan keberkatan hidup dari Allah SWT. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Fynn Jamal by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..