” Subhanallah, 8 Jam mereka solat Tarawih.. “

Video Solat Tarawih Di Desa Temboro Indonesia Ambil Masa Paling Lama Untuk Selesaikan 23 Rakaat !!!

SYUKUR ke hadrat Allah SWT kerana kita diberikan kesempatan sekali lagi untuk menyambut Ramadan, bulan yang penuh keberkatan tahun ini.

Maka umat Islam seluruh dunia mulalah menunaikan solat tarawih dan menghidupkan rumah-rumah Allah dalam usaha mendapatkan gandaan pahala yang diberikan kepada mereka yang beriman.

Seperti kebiasaan suasana di rumah Allah hanya akan dilihat meriah pada 10 malam pertama Ramadan dan semakin berkurangan pada 10 malam terakhir.

Tidak dinafikan, istiqamah dalam setiap amalan kita sukar untuk dilakukan memandangkan iman setiap umat Islam ada turun naiknya.

Sebelum ini, masyarakat di Malaysia mahupun di Indonesia sendiri di kej0tkan dengan berita penduduk di daerah Indramayu yang telah menunaikan solat tarawih sebanyak 23 rakaat hanya dengan masa tujuh minit sahaja, tapi lain pula situasi bagi penduduk di daerah Temboro ini.

CNN Indonesia melaporkan, penduduk di Desa Temboro, Mukim Karas telah menunaikan solat tarawih yang diadakan di Masjid Agung Al-Fatah sebanyak 23 Rakaat termasuk solat Witir mengambil masa selama 8 jam.

Pengurus Pondok Pensantren Al-Fatah, Zaenal Abidin berkata, Solat Tarawih itu diadakan pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Imam membaca satu mashaf al-Quran atau bersamaan dengan satu juzuk al-Quran.

Katanya lagi, Kebiasaanya solat tarawih akan dimulakan selepas solat Isyak dan berakhir kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan iaitu hampir dengan masa bersahur.

Menurut Zaenal lagi, 30 juzuk al-quran dibahagi kepada 20 rakaat dengan 4 rakaat salam. Jadinya, satu rakaat rata-ratanya satu juzuk al-Quran. Dimaklumkan, para jemaah solat tarawih di masjid berkenaan terdiri dalam kalangan penghafaz al-Quran.

Ini video tersebut :

Subhanallah..Maha suci Allah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah S.A.W mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu. InshaAllah.

Terima kasih kerana membaca.

Silakan SHARE dan semoga bermanfaat.

Sumber : Youtube CNN Indonesia by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, adalah dilarang sama sekali..