Tya Ariffin Menantu Kepada Dato’ Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Perempuan Pagi Tadi

TAHNIAH .. Cantik Dan Indahnya Nama Anak !!!

Nurtria Wulandari  atau lebih dikenali sebagai TyaArifin merupakan seorang pelakon wanita Indonesia. Tya juga merupakan menantu tiri kepada penyanyi tersohor Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Tya memulakan kerjaya lakonannya dalam filem Gending Sriwijaya pada tahun 2012 dan memulakan kerjaya muzik pada 2013 menerusi lagu “Bawalah Aku”. Beliau juga aktif menjual jamu.

Beliau berkahwin dengan Asyraf Khalid yang juga anak ketiga Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa .

Pasangan ini membahagikan masa mereka antara Jakarta, Indonesia dan Kuala Lumpur, Malaysia.

Tya Ariffin seringkali memuat naik video keletah anaknya Arif Jiwa yang sangat comel. Tidak hairanlah, peminat dan pengikutnya selalu tertunggu-tunggu posting dari Tya Ariffin.

Terbaru, menerusi entri di laman Instagram miliknya, sebuah foto telah dimuat naik oleh Tya Ariffin. Foto tersebut di hantar oleh Tya Ariffin untuk berkongsi kegembiraan kerana telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel pada jam 9.21 pagi tadi.

Tya Ariffin juga mengucapkan syukur kepada Allah atas kelahiran puteri yang sangat ditunggu-tunggu dan di beri nama yang sangat cantik bila disebut dan sangat indah bila didengar iaitu Azzahra Jiwa Binti Muhammad Asyraf.

Boleh lihat foto mereka di bawah ini :

” Alhamdulillah syukur Ya Allah, Assalamualaikum Azzahra Jiwa binti Muhammad Asyraf “

Pada ruang komen di laman Instagram milik Tya Ariffin, Asyraf Khalid dan juga Dato’ Sri Siti Nurhaliza penuh dihujani dengan ucapan syukur dan tahniah atas kelahiran Azzahra Jiwa . Ini antara komen-komen mereka :

” Syukur Alhamdulillah adikku Tya and Asyraf ! Cantik diaaaa! And congratulations juga pada Abang Arif! “

” Alhamdulillah syukur. Tahniah tya & asyraf. “

” Selamat Tya … semoga Azzahra jdi anak yg baik budi pekerti, sholehah & pintar “

” Thniah tya and family. Nice name azzahrah “

” Alhamdulillah Tahniah tya arifinnw cantik betul bb nya! Semoga sehat & bahagia sll.Aminn.. “

” Alhamdulillah .. Tahniah sis tya arifinnw… semoga jdi anak yg sholehah.. Aamiin.. “

Berita gembira ini juga dikongsi oleh suaminya Asyraf Khalid di laman Instagram miliknya.

” Alhamdulillah, Tya Arifinnw has safely given birth to our 2nd baby, a baby girl today at 9.21am. Praise to Allah. Welcome to the world baby Azzahra Jiwa Asyraf azzahrajiwaasyraf . “

Turut memuat naik posting yang sama di laman Instagram, tidak lain dan tidak bukan Ibu tiri mereka iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga mengucapkan syukur atas kelahiran cucunya ini.

” Alhamdullillah .. Subhanaallah.. Berita gembira di hari yang mulia. “

Alhamdulillah, Tahniah Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan juga Tya Ariffin sekeluarga atas kelahiran bayi yang sangat comel ini. Kami di Berita Kopak mendoakan Azzahra Jiwa Binti Muhammad Asyraf membesar dengan sihat dan dilindungi Allah selalu hendaknya. Amin.

Selamat Berpantang Tya Ariffin !!

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Tya Ariffin, Asyraf Kahlid, Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..