” Isteriku wanita Hebat, semoga Azzahra menjadi seperti ibunya.. “

Video Momen-Momen Indah Kelahiran Azzahra Jiwa Anak Kepada Asyraf Khalid Sangat Menyentuh Hati Peminatnya.. Tahniah Tya Ariffin !!!

Muhammad Asyraf bin Khalid ialah seorang usahawan Malaysia dan merupakan Pengarah di syarikat kosmetik halal Malaysia SimplySiti. Beliau turut memegang jawatan Pengarah A Klasse Essential Shd Bhd, syarikat yang mengeluarkan barangan keluaran artis seperti Madameizara Cosmetic dan Mutyara Jam.

Asyraf mula dikenali sejak umur 12 tahun apabila bapa beliau berkahwin dengan penyanyi No. 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 21 Ogos 2006 Asyraf merupakan satu-satunya anak Khalid yang hadir pada majlis tersebut.

Asraf Khalid telah berkahwin dengan Nurtria Wulandari  atau lebih dikenali sebagai Tya Arifin merupakan seorang pelakon wanita Indonesia.

Hari ini adalah hari paling bersejarah buat pasangan ini, kerana telah lahirnya anak yang kedua dalam keluarga mereka. Tya Ariffin telah selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 9.12 Pagi tadi dan di beri nama yang indah sekali iaitu Azzahra Jiwa Binti Muhammad Asyraf.

Terbaru, menerusi entri di laman Instagram miliknya, Asyraf Khalid telah memuat naik sebuah video. video tersebut adalah untuk didedikasikan kepada isterinya yang tersayang, Tya Ariffin. Video itu juga dikongsikan untuk peminat dan pengikutnya yang sentiasa ingin mengetahui kehidupan mereka.

Video tersebut memaparkan, momen-momen indah kelahiran Azzahra Jiwa. Pelbagai momen di dalam video tersebut. Antaranya detik-detik penuh debaran keluarga menanti kelahiran dan detik-detik kegembiraaan setelah lahirnya puteri yang comel ini.

Asyraf Khalid juga menyatakan rasa kesyukuran atas kelahiran Zahra, bayi perempuan pertama yang sangat ditunggu-tunggu oleh mereka. Menurut Asyraf lagi, beliau merasa bangga terhadap isterinya kerana walaupun dalam sarat mengandung, isterinya masih mampu menjaga dirinya dan anaknya Arif dengan baik.

Sedikit sedutan dari video yang dikongsikan oleh Asyraf Khalid :

Asyraf menolak isterinya dengan menggunakan kerusi roda ke dalam hospital.

Saat penuh debaran Tya Ariffin menunggu kelahiran Azzahra.

Wajah kegembiraan Tya selepas Azzahra selamat dilahirkan.

Inilah bayi perempuan yang diberi nama yang cukup indah.

Azzahra Jiwa Binti Muhammad Asraf’

Datuk Khalid dan isterinya Dato’ Siti Nurhaliza serta ahli keluarga yang lain juga datang.

Jom tonton video indah ini di bawah :

” Alhamdulillah, i’m so happy to finally have a baby girl. Zahra is the 1st grandaughter for my parents & it means a lot to us to finally have a baby girl in the family. I’m so proud of my wife, Tya for being such an amazing women. “

” She was carrying Zahra in her, at the same time taking care of Arif & I, and not just that, she would also give her 100% in whatever she’s doing, even up till the last few days. “

” Just a barely a few weeks ago, she was still giving a talk infront Mutyara beauty’s agents, hundreds of them. She still gave her all & she was just amazing. “

” I pray that baby Zahra will be as strong, smart, passionate & hardworking as her mother one day. I hope she can make our family proud, like how her mother always make her family proud. “

” Thank you sayang for everything, thank you for giving birth to our children, & thank you for being the best wife i could ever ask for. I love you tyaarifinnw , azzahra jiwaasyraf & arifjiwaasyraf . Arif jangan risau, ayah jadi your bestfriend ok. “

View this post on Instagram

Alhamdulillah, i’m so happy to finally have a baby girl. Zahra is the 1st grandaughter for my parents & it means a lot to us to finally have a baby girl in the family. I’m so proud of my wife, Tya for being such an amazing women. She was carrying Zahra in her, at the same time taking care of Arif & I, and not just that, she would also give her 100% in whatever she’s doing, even up till the last few days. Just a barely a few weeks ago, she was still giving a talk infront Mutyara beauty’s agents, hundreds of them. She still gave her all & she was just amazing. I pray that baby Zahra will be as strong, smart, passionate & hardworking as her mother one day. I hope she can make our family proud, like how her mother always make her family proud. Thank you sayang for everything, thank you for giving birth to our children, & thank you for being the best wife i could ever ask for. I love you @tyaarifinnw , @azzahrajiwaasyraf & @arifjiwaasyraf . Arif jangan risau, ayah jadi your bestfriend ok.

A post shared by Tun Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid) on

Pada ruang komen tersebut dihujani dengan ucapan syukur dan tahniah kepada Asyraf Khalid dan Tya Ariffin. Ini komen-komen mereka :

” Alhamdulillah. Congratulations both of you.. “

” Alhamdullilah. Congrats “

” Alhamdulillah Congratulations guys! “

” Congratulations to both of you… Alhamdulillah.. “

” Congratulations to both of you.. Hello welcome to the world Cutie baby girl. “

Tahniah Asyraf Khalid dan Tya Ariffin atas kelahiran bayi perempuan yang sangat comel. Kami di Berita Kopak mendoakan Azzahra Jiwa Binti Muhammad Asyraf membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk hati ayah dan ibu. Amin,

Selamat Berpantang Tya Ariffin !!!

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Tya Ariffin, Asyraf Khalid by Berita Kopak.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..