” Betul ke kalau saya dedahkan aurat saya, ayah dalam kub0r terseks4 ? “

Perkongsian Daripada PU Azman Buat Ramai Yang Buka Mata !!

Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias atau lebih dikenali dengan panggilan PU Azman antara pendakwah yang terkenal dalam media sosial. PU Azman menyampaikan dakwahnya secara santai dan berjaya menarik perhatian golongan muda.

Selain daripada itu, PU Azman juga sangat rajin membalas soalan atau komen yang ditinggalkan oleh netizen di ruangan komen dengan secara lebih santai dengan menyelitkan elemen jenaka. Jawapannya itu membuatkan netizen terhibur, tetapi yang paling penting, ilmu itu sampai.

PU Azman juga merima banyak persoalan yang ditanya oleh netizen melalui ruangan komen, DM dan juga melalui aplikasi whatsapp. Sudah tentu beliau tidak dapat membalas semunya kerana terlalu banyak.

Namun jika ada topik yang ingin dikongsikan, beliau akan memuatnaik perkongsian itu di instagramnya.

Melalui akaun Instagram, PU Azman memuatnaik pertanyaan seorang netizen kepadanya :

” Assalamualaikum ustaz, nak tanya. Betul ke kalau saya dedahkan aurat saya, ayah dalam kub0r terseks4 ? “

Setelah lama netizen itu menunggu PU Azman menjawab soalannya, akhirnya dia menghantar satu lagu mesej yang berbunyi :

” Assalamualaikum ustaz, apa hukum tak balas chat saya.. “

Mesej keduanya ini menarik perhatian PU Azman yang terhibur dengan ayat yang diberikan kepadanya itu dan akhirnya dia membalas komen netizen itu.

Penjelasan mengenai persoalan yang diutarakan oleh netizen berkenaan dimuatnaik melalui entri di Instagram miliknya :

” Kalau bapak dah jalankan tanggungjawab mendidik anak dan menegah anak dalam urusan perkara mungk4r, maka bapak tak tanggung d0sa anak-anak..

Dalil :

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ

Maksud : “dan seorang yang berdosa tidak akan memikul d0sa orang lain “. [Surah Al An’am ayat 164]

Kesimpulan!! : Setiap orang tanggung d0sa sendiri.. “

Posting PU Azman mendapat perhatian ramai netizen. Antara komen-komen netizen :

” Betul.. once dh dewasa.. dh punya akal.. d0sa tngguh masing2.. kalo d0sa semua nk letak atas mak ayah.. makin ramai la anak-anak yg akan derh4ka.. betul x pu azman ?.. “

” Mcm ni kalau x tahu kau tutup terus aurat kau bukan susah pun lagi pun kalau kau bukak aurat kau kau dapat ape je… “

” Hahhaha ni klaka. Bab ayat apa hukum tak bls chat tu mmg ku gelak besar. Ambik.. “

” So kalau Allah dah perintah , knp kita masih perlu menyoal. kalau ada salah silap mohon maaf yaa.. “

” Terima kasih la siapa yg tanya tu, da lama pendam soalan sebijik macam tu, ade jugk orang tanya soalan sama.. alhamdulillah lega dengar jawapan ust.. “

” Nak tanak.. terpaksa gak reply.. “

” Maka tutuplah aurat kamu, tak susah pun.. “

Terima kasih PU Azman atas perkongsian ini. Semoga dapat memberi pencerahan kepada kita semua. Apa yang baik jadikan pengajaran, yang tidak baik jadikan sebagai sempadan. Wallahualam.

Silakan SHARE..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..