” Kita hanya menonton video tapi kita tidak tahu..”
Ini Pendirian PU Azman Mengenai Video Viral Solat Laju, Ramai Yang Bersetuju !!!
Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias atau lebih dikenali dengan panggilan PU Azman antara pendakwah terkenal dalam media sosial. PU Azman menggunakan pendekatan dakwah santai bagi menarik perhatian golongan muda untuk mendalami ilmu agama.
PU Azman rajin membal4s persoalan atau komen yang diutarakan dengan lebih santai dengan menyelitkan unsur-unsur humornya yang tersediri. Seringkali netizen akan merasa terhibur dengan jawapan yang diberikannya. Namun begitu, apa yang penting isi dan maksudnya jelas difahami.
Cara PU Azman berdakwah yang bersahaja itu membuatkan PU Azman sangat mudah didekati, lebih-lebih lagi dengan golongan anak muda masa kini. Malah Pu Azman banyak menjawab pertanyaan yang diutarakan oleh netizen berkenaan dengan isu agama di laman Instagram miliknya dengan baik sekali.
Terbaru, PU Azman telah memuat naik sebuah kapsyen di laman Instagram miliknya. Kapsyen itu berupa pendirian dan pendapatnya mengenai video solat laju yang tular di laman sosial baru-baru ini. Video tersebut memaparkan Imam yang mengimani solat tersebut terlalu laju membaca surah dan melakukan rukun-rukun solat dengan cepat.
PU Azman mempunyai pendapatnya tersendiri berdasarkan kepada sebab mengapa solat tersebut dilakukan sedemikian. Adakah ianya disebabkan kej4hilan yang mungkin sahaja boleh dimaafkan.
Menurut PU Azman lagi, kita hanya menonton video yang ditayangkan sahaja tetapi tidak mengetahui alasan mereka bersolat demikian. Untuk lebih lanjut kenalah bertanya kepada mereka-mereka yang mendirikan solat tersebut.
Ini kapsyen berupa pendapat PU Azman :
” Kita hanya menonton video. Kita tidak tahu atas alasan apa mereka bersolat demikian. Banyak kalau kalau dan mungkin mungkinnya di sini. “
” Tapi kalau nak bincang secara umum, tanpa melibatkan video, seseorang yang tahu cara solat yang sempurna tapi bersolat dengan ciri ciri atau sifat solat dalam video, maka solatnya batal. “
” Sedangkan realiti orang dalam video, kita tak tahu sebab mereka bersolat demikian. Adakah kerana kej4hilan yang mungkin saja dimaafkan atau ada sebab sebab lain. Tu kena tanya tuan punya badan dalam video. Inilah namanya TAHQIQUL WAQI’. “
Rata-rata pengikut PU Azman bersetuju dengan pendapatnya. Ini komen-komen mereka :
” Sentiasa bers4ngka baik bukan terus menghuk0m, kita hanya hambaNya “
” Setuju dan sgt clear ustaz. Tk perlu la kita nk menilai solat seseorang padahal s0lat kita bel0m tentu di terima Allah SWT. “
” Betul tu kita tak tahu menahu sebab nye. Thank you pu “
” Setuju, Tepat dan padu.. Tabbayun.. pu azman video lama di muat naik semula tu.. keperluan apa kah untuk di muat naik tak pasti. Video yg pernah tular di tv3 suatu masa dulu.. apa pun janganlah jadikannya asbab kenapa pahala puasa kita tahun ni berkurang.. Wallahu’alam. “
” Pendapat terbaik setakat ni berkenaan solat laju. Well said pu azman “
Dan di bawah ini adalah video Solat Laju yang telah dimuat naik oleh ustaz Abdullah Khairi di laman Instagramnya.
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak.
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..