” Dia punya g1gil tu, macam ada karen kat kerusi.. “

Video Khiriah Berkongsi Pengalaman Menjadi Penyampai Berita Di Komuniti  501 Awani, Ramai Yang Memujinya, Terbaiklah, Suara Pun Sedap !!!

Noorkhiriah binti Ahmad Shapie  atau lebih dikenali sebagai ialah seorang pelakon dan pelawak. Beliau banyak membintangi drama TV sejak tahun 1999. Beliau merupakan pemenang 3 kali berturut-turut Artis Komedi Wanita Popular di penganugerahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Kemunculannya menerusi drama berjudul Nur telah berjaya menambat hati penonton apatah lagi buat peminat karya seninya. Dua dekad berkecimpung dalam industri sememangnya memberikan Khiriah banyak pengalaman dalam bidang ini.

Karakternya yang kelakar dan mudah mesra menjadikan dirinya mudah didekati rakan artis, krew penggambaran dan juga peminat. Khiriah juga seringkali membuat aksi lawak, di tambah pula mudah melatah membuat peminatnya selalu terhibur dan tidak kering gusi.

Noorkhiriah seringkali memuat naik foto dan video mengenai lakonannya dan aktiviti bersama keluarga untuk dikongsikan bersama pengikut dan peminatnya.

Terbaru, Khiriah telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut memaparkan Khiriah sedang shooting membaca berita di Astro 501 Awani. Menurut Khiriah, ini adalah pengalaman terbarunya dalam bidang penyampai berita, dan ianya bukanlah mudah.

Khiriah berkata, peluang yang diberi oleh Astro Awani ini adalah impian cita-citanya dari kecik untuk menjadi penyampai berita. Walaupun tersasul ketika menyampai berita, namun ianya sesuatu pengalaman yang amat menyeronokkan dan sangat berterima kasih kepada Astro 501 Awani di atas peluang ini.

Ini sedikit sedutan dari rakaman tersebut :

Khiriah sedang menyampai berita.

Khiriah tersasul beberapa kali ketika menyampai berita.

Khiriah nampak berbeza, sangat cantik dan bergaya sebagai penyampai berita di komuniti Awani.

Jom tengok video Khiriah menyampai berita di bawah ini :

” Dia punya nebes bila dok kat kusi tu mcm ada karan.. harini dlm sejarah akak jadi penyampai berita komuniti awani.. “

” Seyes best, pengalaman baru.. bukan mudah yerr.. tersasul2 tapi sonok dia berganda.. tima kasih tak terhingga 501 awani atas peluang ni.. “

” Merasa gak cita2 dari kecik.. cik dean musthafa mukriz mahader, cik man, tuan producer dan team komuniti awani… seyes best, best.. rasa nak reshoot je tadi… “

” InshaAllah bermula Sabtu, Ahad & Isnin on air 8.15malam hanya di 501 awani… Terima Kasih Allah.. “

Rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah kepada Khiriah kerana berjaya dan berani membaca berita. Ini komen-komen mereka :

” Love u kak… Tahniah boleh je bercakap mcm pemberita. Kalau sy lingkup.. “

” Berita kalau ade akak best tauuu.. “

” Wahh.. tahniah akak.. “

” Good luck. Rezeki dari Allah….. aminnn.. “

” Weeee kene tgk sabtu ni.. “

” Kalau sy mmg huru hara nak laaa cakap mcm penyampai berita. Hahahaha… Sy bukan org on skrip.. “

Tahniah Noorkhiriah !! Kami di Berita Kopak mendoakan Khiriah lebih maju jaya dalam kerjaya dan sentiasa mendapat peluang yang lebih baik dalam kehidupan. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Noorkhiriah by Berita Kopak.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..