Ini Doa Untuk Pasangan Jadi Baik Dan Penyejuk Mata Yang Dikongsikan Oleh Ustaz Ebit Lew

Pendakwah terkenal dan penceramah motivasi, Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ustaz Ebit sering berkongsi pengalamannya mendekati insan-insan yang terkapai-kapai dalam ‘kegelapan’ demi untuk membawa mereka ke kembali ke pangkal jalan seperti remaja bermasalah dan juga golongan LGBT.

Tidak pernah sekali beliau mengeluarkan kata-kata yang kas4r dan mengh1na golongan yang tersasar atau dengan kata lain telah jauh dari agama. Malah Ustaz Ebit selalu mendampingi golongan ini dan mengajak mereka kembali ke jalan yang diredhai.

Ustaz Ebit Lew seorang pendakwah yang selalu melihat dan melawat tempat yang jarang kita tahu kehidupan di sebaliknya. Beliau senantiasa mengajak masyarakat ke jalan kebaikan dengan cara dan gaya beliau yang lembut dan sangat berhemah.

Pendekatan Ustaz Ebit secara sopan dan berhemah itu sangat disenangi ramai lebih-lebih lagi bagi insan-insan yang pernah didekatinya atau yang dibantu olehnya. Ustaz Ebit sangat terkenal dengan tagline ‘Allah Sayang’.

Menerusi akaun Instagram, Ustaz Ebit berkongsi doa untuk pasangan menjadi seorang yang baik akhlaknya dan sejuk mata memandang. Perkongsian Ustaz Ebit mendapat perhatian ramai sehingga menerima banyak komen dan tanda suka.

Jom baca perkongsian Ustaz Ebit dan tonton video di bawah :

Doa pasangan jadi baik dan penyejuk mata (AlFurqan Ayat 74) “

” Bahagia di hati bila Allah anugerahkan pasangan yang menyejukkan mata dan pemimpin kepada kebaikan. Jodoh anugerah Allah hargai syukuri – Ebit Lew www.keluargasunnah.com.. ”

Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ebit atas perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Doa yg sy ajar tu. InsyaAllah mudah2an ank2 kita pun penyejuk hati kita.. “

” Sama sama kita tingkatkan lagi amalan kita di jalan allah insyallah “

” MasyaaAllah.. selamat berpuasa ! Kita sekeluarga di sini sayang dekat ustaz ebitlew .. semoga Allah sentiasa bersama mereka yg menjalankan kebenaran.. “

” Saya rindu dgn keluarga saya setiap hari ust.. rindu sampai rasa sebak.. seronok sgt bila dpt jumpa anak isteri.. “

” Smoga kite semua dpt pasangan baek dan penyejuk mata.. amin… “

” Allahu syukran atas perkongsian ustaz. Slm ramadhan.. “

” Alhamdulillah terima kasih ustaz @ebitlew atas perkongsian doa ni.. “

Terima kasih Ustaz Ebit atas perkongsian yang bermakna ini. Semoga pasangan di luar sana dapat manfaat dengan apa yang dikongsikan. Semoga perkahwinan dan rumahtangga kita mendapat sakinah, mawadah dan rahmah daripada Allah SWT. Amin..

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Ustaz Ebit Lew by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..