Cara Shila Amzah Dan Suami Umum Jantina Anak Dalam Kandungan Memang Betul-Betul Win !!

Tapi Part Mel0mpat-L0mpat Kegembiraan Tu, Ser1au Pulak Tengok !!

Nama penyanyi Shila Amzah tidak perlu diperkenalkan lagi. Mempunyai vokal suara yang mengagumkan dan teknik nyanyian yang baik membuatkan Shila bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah turut terkenal di negara luar terutama sekali di China.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pastinya ada keinginan untuk memiliki cahaya mata. Namun rezeki setiap orang tidak sama. Ada yang terus mengandung selepas berkahwin. Ada yang kahwin tiga tahun baru dapat anak.

Ada juga yang menunggu zuriat selepas 10 tahun baru dapat. Ada juga yang bertahun-tahun mencuba tetapi Allah masih belum kurniakan rezeki zuriat.

Begitu juga dengan Shila Amzah, Alhamdulillah Shila dan suaminya Haris bakal dikurniakan anak tidak lama lagi. Shila kini sedang sarat mengandungkan anak sulung mereka. Untuk pengetahuan, Shila berkahwin dengan pilihan hatinya, Haris Idraki pada 19 April 2018.

Menerusi akaun Instagram, Shila berkongsi video dia dan suaminya mengumumkan jantina anak yang bakal dilahirkan nanti dalam sebuah majlis yang kecil tapi meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan yang rapat.

Menerusi video berkenaan, Shila mengeluarkan sesuatu dalam bungkusan ke dalam satu mangkuk yang berisi air. Apabila ia jatuh ke dalam air, air itu bertukar menjadi warna biru. Ini menandakan Shila kini sedang hamil anak lelaki.

Tidak pasti sama ada Shila dan suami sudah mengetahui jantina bayi dalam kandungan atau tidak kerana Shila begitu teruja sampai melompat-lompat kegembiraan apabila melihat warna biru pada air itu. Ser1au juga tengok Shila mel0mpat-l0mpat macam itu.

Tapi cara Shila dan suami membuat pengumuman ini memang win. Rata-rata ramai yang tumpang bahagia dengan berita gembira ini.

Jom baca perkongsian Shila dan tonton video di bawah :

” Alhamdulillah hari ni dah dapat gender baby. It’s a? BOY ALHAMDULILLAH !! ”

” We have found a name just couple of weeks ago.. Semoga #babys sentiasa jadi Anak yang Soleh.. Mommy and daddy loves you.. “

”  Btw Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua.. “

Rata-rata pemiant mengucapkan tahniah kepada Shila dan suami. Antara komen-komen peminat :

” Tahniah Kasha n Abg Haris … moge baby boy sentiase sihat … moge jadi ank yg soleh syg … bole jage mummy bile da bsar nanti .. “

” Alhamdulilah, tak sabarnya nak tengok baby boy junior.. “

” Omggggg congrats!!! Cpt cpt cari geng ok kasha, nanti u kesepian.. “

” Congratulations kak shaa im happy for u ! “

” Alhamdulillah..congrats u both! Please take care & may everything runs smoothly.. “

” Alhamdulillah…I’m happy for you shaaa, semuga saya juga akan bahagia seperti kamu… “

” Alhamdulillah, sy peminat secara diyam… bahagia tgk anda.. baby boy… congrats @shahilaamzah.. “

” Alhamdulillah… tahniah Kaksha & Abg Haris! We are so excited to see Baby Peanut.. “

Tak kisah jantina anak sama ada lelaki atau perempuan. Yang penting, selamat semuanya. Tak gitu Shila kan ?

Apap-apa pun, kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah kepada Shila dan suami. Semoga Allah permudahkan urusan Shila sehingga ke proses bersalin dan seterusnya nanti dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shila Amzah by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, adalah dilarang sama sekali..