” Apa salah saya ? Saya hanya nak jadi abah yang terbaik untuk anak saya.. “

Dato’ Aliff Syukri Muat Naik Video Sedang Menangis Teresak-Esak. Ini Respon Datuk Seri Dr Wan Azizah Mengenai Isu Dato’ Aliff Dan Anaknya Qadeejah !!

Nama usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman tidak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata rakyat Malaysia mengenali beliau yang selalu muncul di kaca TV dan juga sangat aktif di laman sosial.

Walaupun menerima banyak kec4man dan kritikan daripada orang ramai sebelum ini, namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangat Dato’ Aliff untuk meneruskan perniagaannya yang kini sudah semakin berkembang.

Hasil perkahwinannya dengan isterinya Datin Shahida, pasangan ini mempunyai 4 orang anak yang bernama Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusof Alqardawi. Mereka juga turut mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Ameena Aliffsha.

Namun begitu, walaupun sudah berjaya di puncak, pasangan ini tetap menerapkan nilai-nilai keagamaan mendidik anak-anak mereka yang masih kecil.

Contohnya, anak perempuan mereka yang bernama Qadejah sudah diajar menutup aurat bila berhadapan dengan bukan mahram dan juga di hadapan camera.

Baru-baru ini Dato’ Aliff telah berkongsi video menyapu ubat di belakang badan anak perempuannya, Qadeejah. Menurut Dato’ Aliff dia telah memuk0l Qadeejah disebabkan Qadeejah tidak menjaga auratnya bila berhadapan dengan orang lelaki yang bukan mahramnya.

Video itu menjadi viral sehingga ada pihak melaporkan kepada pihak berwajib mengatakan Dato’ Aliff telah mender4 anaknya. Pelbagai kec4man demi kec4man diterima oleh netizen dan ini membuatkan Dato’ Aliff merasa sedih atas apa yang berlaku.

Yang terbaru, menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff memuatnaik videonya yang sedang menangis dan juga petikan berita respon daripada Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai isu ini.

Video yang dikongsikan oleh Dato’ Aliff ini membuatkan netizen sebak dan menasihatinya supaya tidak terlalu menunjukan isu peribadi dan keluarga di media sosial.

Baca perkongsian Dato’ Aliff dan tonton video di bawah :

” Apa salah sy ?? sy hanya nak jadi abah yg terbaik utk anak saya.. knp apa yg saya buat smua menjadi issue… hnya Allah sahaja, sy org biasa.. “

Rata-rata netizen menasihati Dato’ Aliff supaya tidak berkongsi apa yang tidak sepatutnya dikongsikan di media sosial. Antara komen-komen netizen :

” Jadi kan pengajaran dato , nk didik anak ikut cara masing masing tak kesah tapi jangan sampai share public.. “

” Sabar ye dato .. In shaa Allah semua ni ada hikmah . Selamat menyambut Ramadhan al mubarak.. “

” Ntahlaa.. bila x ajar anak dgn teg4s.. Anak m2l4wan . Jd mcam mcam bla bsar. Bla ajar anak.. kna hukum jgak.. “

” Dato nak didik anak dgn mer0tan tak salah, yg salahnya bila dato pamerkan di media sosial.. “

” Org dulu law ajo ank lagi lh….. x de bnde pun…. “‘

” Klu ikut akta kanak kanak mmgla, apa pun sabarlah dato…. kipidad don’t give up.. “

” So xyah post. Easy. No drama. Alhamdulilah jabatan hutan, laut udara kesihatan, senaman senaman robik, lautan dalam dan segala jabatan pun xkan kacau dato nanti… keep private life private, business is business. InsyaAllah bahagia.. “

” Mungkin dgn ujian ni dato dan datin akan lebih banyak menuntut ilmu berkenaan parenting.. belajar la ilmu parenting dr org y ahli.. “

Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka juga ada cara yang tersendiri untuk mendidik dan mengajar anak-anak mereka.

Cuma rasanya tidak perlulah kita berkongsi apa yang tidak sepatutnya dikongsikan di media sosial. Mungkin tujuan Dato’ Aliff baik, tetapi biasalah, orang akan sentiasa mencari kesalahan kita.

Apa-apa pun semoga Dato’ Aliff tabah dan ambil pengajaran atas apa yang berlaku. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Allah inginkan kita untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Wallahulam.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, adalah dilarang sama sekali..