” Hari itu kemain Shuib gelakkan Jep. Amikkk kauuu.. Time ko pulak yang kelu depan bini ye.. Hahahaha.. “

Shuib Terkejot Apabila Siti Sarah Tiba-Tiba Muncul Sebagai Nurse Dalam Episod Terakhir Sepahtu Reunion Live 2019. Serius Kelakar Wehhhh !!

Program Sepahtu Reunion Live kembali menemui peminat bagi tahun 2019 ini selama 20 episod bermula 25 Januari 2019 yang lalu.

Program ini masih mengekalkan konsep sketsa komedi. Beberapa artis undangan yang berlainan akan dijemput untuk membawakan watak-watak tugasan pada setiap minggu.

Apa yang menariknya, semua pelakon tidak akan mengetahui siapakah artis jemputan yang akan diundang sebagai Cameo yang akan menghangatkan lagi pentas Sepahtu Reunion Live. Cameo akan muncul tiba-tiba atas pentas dan akan berdialog secara spontan dengan semua pelakon yang terlibat.

Minggu ini merupakan episod yang terakhir untuk musim 2019 ini. Apa yang menariknya pada minggu ini, pihak produksi telah menjemput isteri kepada Shuib Sepahtu iaitu Siti Sarah dan juga Tomok sebagai Cameo.

Jika episod kedua sebelum ini, Jep terkej0t dengan kemunculan isterinya Sari Yanti di pentas. Tetapi kali ini giliran Shuib pula yang terkesima. Menggelabah juga Shuib sampai hilang kata serta pickup line dibuatnya.

Jep pun turut tidak dapat menahan gelak menyaksikan apa yang berlaku. Sempat juga dia membahan Shuib dan mengenakannya. Serius kelakar part ini. Terbahak-bahak dibuatnya.

Jom tonton video di bawah :

” Time ni baru kau tahu langit tu tinggi ke rendahhhh.. #sepahtureunionlive #sepahtureunion2019.. “

” Terkujat terus ke bila isteri masuk tu @shuibsepahtu #sepahtureunionlive.. “

Ini pula kata-kata Siti Sarah selepas membuat persembahan :

” Thank you @sitisarahraissuddin sudi luangkan masa bagi surprise untuk penonton #sepahtureunionlive malam ini ! “

Rata-rata netizen terhibur dengan kemunculan Siti Sarah dalam episod akhir Sepahtu Reunion Live 2019 ini. Antara komen-komen netizen :

” Hahahaha… aritu kemain soib gelakkan jep..amikkk kauuu, time ko plak kelu dpn bini ye.. hahaha.. sib baik rahim x kene prank camni, double trouble !!! “

” Best gila mlm ni 3x ulang tgk dah mlm nie.. “

” Hilang habis.. pickupline… ciaciacia… “

” Mmg ttbaikk msa ni … Riuh umah ketawa.. “

” Part paling terbahak nak gelak heheeh.. “

” Patut kena Tambah seminggu lagi… bagi turn rahim pulak. suh Bini dia enterframe.. baru gaw4t. haha.. “

Alahai sweet sangat Shuib dan Siti Sarah. Sempat lagi Sarah bersalaman dan minta ampun dengan suaminya semasa di pentas.

Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga rumahtangga Shuib dan Siti Sarah kekal bahagia selamanya di samping anak-anak tersayang di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Sepahtu Reunion Live by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, adalah dilarang sama sekali..