” Kesian Aafiyah, dia tunggu je.. “

Video Aafiyah Yang Teruja Nak Join Main Sep Sep Sep Dengan Ibunya, Dato’ Siti Nurhaliza, Buat Ramai Terhibur. Alahai.. Kenapa Comel Sangat Ni !!

Siapa yang tidak kenal si cilik yang comel Siti Aafiyah Khalid yang merupakan anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Anak kecil ini mempunyai ramai peminat dan pengikut di akaun Instagram. Walaupun Aafiyah tidak mempunyai akaun Instagram atas namanya sendiri, tetapi Dato’ Siti sering berkongsi gambar-gambar dan video-video anak kesayangannya itu di akaun Instagram miliknya.

Aksi dan gelagat comel Aafiyah yang lahir pada 19 Mac 2018 ini menarik perhatian ramai khususnya peminat-peminat yang sentiasa menantikan gambar-gambar, video-video dan update terbaru mengenainya di Instagram.

Sebut sahaja nama Aafiyah, pasti ramai yang terbayang wajah comel dan manisnya serta keletahnya yang manja dan menghiburkan serta mencuit hati.

Menerusi akaun Instagram seorang peminat penyanyi tersohor negara kita, Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Fadzoner, sebuah video rakaman Dato’ Siti dan seorang wanita sedang bermain sep sep sep dimuatnaik di akaun Instagram berkenaan.

Apa yang menariknya dalam video itu, Aafiyah juga teruja ingin bermain bersama ibunya. Alahai comelnya Aafiyah. Aksinya membuatkan ramai yang terhibur dengan gelagat comelnya itu.

Jom tonton video di bawah :

” Bila hati tengah sed1h.. Bila tengok video @ctdk Dato Seri Siti Nurhaliza bermain saip2 gan si Comel Pipi Merah Siti Affiyah, Automatik korang akan tersenyum sendiri… “

” Tq kak iti buat ku tersenyum sorang2… “

” #Repost @aiza_mokhtar : #latepostvideo segi lima pun boleh laah ibu.. “

Rata-rata ramai yang ger4m dengan kecomelan Aafiyah. Antara komen-komen peminat :

” Cian dia tnggu ja apapun Aafiyah fahammm anak manis yg cerdik kn sygg.. “

” Ya Allah… comei nye Aafiyah ngan ibu Aafiyah.. “

” Seronoknyer aaafiyah.. “

” Eee ger4mnya.. “

” Kelakar kak ct hahaha.. “

” Ibu @ctdk nampak x anak ibu cari ape.. “

Alahai Aafiyah, tak pernah tak comel tau. Ada saja gelagatnya yang mencuit hati ramai peminat. Bila sudah jadi anak selebriti terkenal, maka tempiasnya turut menjadikan Aafiyah juga terkenal dan disayangi ramai.

Kami di Berita Kopak mendoakan Aafiyah membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia serta akhirat. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fadzoners, Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..