” Demi Allah, ini bukan cerita rekaan, ini cerita benar. Masih ada lelaki begini. Cukup 165 hari pernikahan kami, aku dicer4ikan.. “

Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Yang Sebak !!

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Sebagi manusia, kita hanya perancang di pentas dunia ini tetapi sebaik perancangan adalah daripada Allah SWT. Adakalanya ada jodoh yang tidak berpanjangan, maka terjadinya perpisahan antara dua insan yang pernah saling menyayangi.

Walaupun sudah mencuba pelbagai cara untuk menyelamatkannya, namun masih tidak memperolehi jalan penyelesaian yang baik. Tapi yang lebih menyedihkan apabila cinta dikhianati oleh orang yang kita sayang dan percaya.

Baca perkongsian wanita ini yang dimuatnaik di laman web IIUM Confession. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.

Assalammualaikum semua. Nama saya Anne, saya berumur 27 tahun, dan tujuan saya menulis ni cuma nak berkongsi pengalaman saya untuk dijadikan iktibar pada wanita-wanita di luar sana. Bercinta lepas nikah tidak semanis yang disangka. Saya nampak page ni since terbaca kes yang seakan2 kes saya.

Saya baru sahaja berkahwin hampir hujung tahun lepas, kami berkenalan dari zaman belajar. Sejujurnya kami tiada apa2 ikatan dan dia buat keputusan untuk bertunang dengan saya, katanya kita bercinta selepas kahwin dan setahun kemudian kami berkahwin tapi hanya beberapa bulan, kemudian, saya telah dicer4ikan.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Semasa bertunang macam-macam dugaan yang saya hadapi, si A (bukan nama sebenar) asyik menghilangkan diri dan tidak menghubungi saya hampir 2-3 bulan. Beberapa kali dia menghilangkan diri, semasa hari jadi A, saya menghantar whatsapp untuk ucap selamat hari jadi pun dibaca sahaja tanpa sebarang jawapan.

Ibu dan ahli keluarganya minta saya bersabar dan jangan sesekali put0skan pertunangan walaupun A yang hendak put0skan. Dengan memikirkan hati ahli keluarga A dan ahli keluarga saya, saya terima semua yang A buat pada saya.

Selepas 2-3 bulan meghilangkan diri, A menghantar whatsapp meminta maaf dan ingin berjumpa. Perasaan saya ketika itu s4kit dan tak0t kerana seperti tanda-tanda dia ingin memut0skan tali pertunangan kami.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Keesokan harinya, saya berjumpa dengannya, dan mendengar alasan dia menghilangkan diri iaitu dia mempunyai peny4kit berbah4ya. Tapi saya tak percaya dan dia tiada bukti. Saya ikut permainan A hingga beberapa bulan.

A banyak kali cuba memut0skan pertunangan kami, dan lagi sekali, ahli keluarganya membant4h dan saya ikutkan sahaja. Ahli keluarga saya cuma minta saya berfikir mana yang terbaik, dan hanya ibunda saya sahaja yang tahu kami bermasal4h.

Beberapa bulan sebelum perkahwinan kami, dia mengungkit mengenai gaji saya yang lebih tinggi dari gajinya, dan pelbagai alasan lagi. Saya dan keluarga masih terima A seadanya, walaupun pelbagai tuduhan dia cuba buat pada saya dan ahli keluarga saya yang dia ceritakan pada rakan-rakan kami.

Segala persiapan perkahwinan hanya saya dan ahli keluarga saya sahaja yang sediakan, termasuk rumah sewa yang kami akan duduki selepas berkahwin.

Saya meminta A untuk mencari bersama tetapi pelbagai alasan yang diberi. Deposit rumah saya dahulukan dengan duit simpanan saya, cincin dan gelang juga saya beli sendiri. Sebab sangat memahami ahli keluarga A yang susah dan mempunyai masalah kewangan saya membantu mana yang mampu.

Akhirnya, waktu kami bernikah ialah 8.30 pagi, tapi pagi itu A datang lewat 1 jam dan tiada siapa yang tahu dia hilang ke mana. Ada yang kata dia ingin melarikan diri, tapi kami tidak percaya. Dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri A. Saya bahagia hanya untuk beberapa hari.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Kami mula bergaduh walaupun disebabkan hal-hal kecil. A tidak mahu menyentuh saya selepas kami berbulan madu dan sering keluar rumah tanpa memberitahu kemana hingga saya diabaikan. Balik 2-3 pagi, dan lagi sekali cuba memahaminya, saya terima.

Tidur pun dia menutup mukanya dari memandang saya, saya cuba memeluknya dia menepis, malah meletakkan penghadang antara kami berdua seperti jij1k sungguh dengan saya. Tidur luar itu perkara biasa.

Bukan itu sahaja, duit rumah, bil dan sebagainya semua saya yang dahulukan, disebabkan saya faham dia perlu bayar duit kereta dan lain-lain. Kami berkongsi kesusahan bersama, makan telur dan sambal kicap, lempeng dan ikan masin. Saya diberitahu ibunya, A tak pernah mengirim wang kepadanya.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Saya menjadi pelik sebab A selalu cakap dia bagi duit pada ibunya. Dan, ada kawan baiknya mengatakan A adalah lelaki s0ngsang dari zaman Diploma, saya tidak percaya kerana tiada bukti. Kerana tak percaya, saya pernah tanya kepada A betul atau tidak dia s0ngsang.

Seperti yang saya agak, kami bergad0h. Dikatakan sepanjang beberapa bulan perkahwinan kami, kami sering bergad0h besar disebabkan hal-hal kecil dan tiada perbincangan suami isteri yang lain seperti dia membeli barang-barang yang tidak penting tapi sangat mahal dan saya pelik mana dia dapat duit sebanyak itu, sehingga A beberapa kali cuba mencer4ikan saya.

Dia juga minta saya melepaskan dia kerana dia menyesal berkahwin dengan saya, give up menjaga saya dan sebenarnya tak ingin menyentuh saya, dan minta kami membawa haluan masing2. ye!

Memang pelik apabila suami minta dilepaskan, suami ada hak untuk menjatuhkan talak, tapi dek kerana dia tak nak orang lain nampak kesalahannya dia minta saya untuk melepaskannya. Saya hanya memekakkan telinga, banyak mendiamkan diri.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Dan akhirnya saya dicer4ikan di dalam pesanan ringkas, dan pembantu hakim mengatakan mungkin saya dicer4ikan dengan talak 2 atau lebih jika ada niat dihati A. Siapa yang boleh terima bila dicer4ikan dengan tiada sebab munasabah dan bila ditanya kenapa, apa salah saya?

A hanya menjawab ‘ demi Allah kau tiada silap… ’. Hampir menjadi gil4 mencari salah sendiri, dan ahli keluarga saya menghantar saya berubat dengan ustaz kenalan kami.

Saya pernah kegug0ran tahun lepas, masa tu usia kandungan masih baru 5-6 minggu. Saya pernah juga mer0yan, mer0yan bukan benda boleh dibawa gurau. Saya mengalaminya dan memang pernah cuba membun0h diri. Saya mer0yan disebabkan A meningg4lkan saya sorang di rumah semasa saya kegug0ran dan membiarkan saya memandu sendiri ke hospital.

(Gambar Sekadar Hiasan)

4-5 jam proses di hospital, dan saya balik ke rumah, A masih belum kelihatan. Saya terlena dengan kelaparan di sofa sehingga maghrib, saya nampak lampu di bilik kami terbuka. Saya berjalan perlahan ke arah A, dan dia sedang membelek telefon.

Menangis dan memeluk tanpa sebarang balasan dari dia, saya hanya mampu cakap ‘saya gug0r..’ dan A hanya membalas ‘sabar, belum ada rezeki.’ Dan terus membelek telefon.

Allah sahaja tahu betapa peritnya perasaan saya ketika itu. Again, malam itu dia tinggalkan saya sorang dan keluar berjumpa kawan-kawannya, dikatakan itu ‘rakan s0ngsang’ nya.

Tiada siapa menjaga sepanjang proses pant4ng saya. Kakak di pejabat sahaja yang banyak membantu. Ibu dan ayah cuma tahu saya kegug0ran tapi bukan mengenai saya alami berseorangan, saya masih menjaga aib suami saya jadi saya tak pernah bercerita mengenai kebur0kan suami saya.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Kemudian, saya dapat tahu dia masih teringatkan bekas kekasihnya melalui sosial media. Saya hanya mendiamkan diri beberapa hari dan tak mahu menjadi punca pergad0han. Akhirnya, selepas beberapa hari, malam itu kami bergad0h kerana saya ajak berbincang untuk bercuti, dia meninggikan suara seperti biasa tanpa memikirkan jiran-jiran yang boleh mendengar tengk1ngannya.

Saya tunjuk statusnya di sosial media dan bertanya adakah bekas tunangnya itu punca dia bersikap dingin dengan saya. Dia hanya mendiamkan diri. Dan keluar rumah entah ke mana. Itulah kali terakhir saya melihat A.

Saya menangis seharian, dan meminta pendapat ustaz mengenai lafaz kinayahnya kepada saya sebanyak 3 kali. Dan ustaz meminta saya berbincang dengan ahli keluarga. Saya cerita apa yang terjadi sepanjang perkahwinan kepada ayah saya, ayah saya menangis dan mengatakan selama ni saya berpura-pura bahagia tapi dalam hati Allah je yang tahu betapa seks4 anak perempuannya.

Tanpa duit, tanpa makanan dan seks4 zahir dan batin. Ahli keluarga saya menghubungi A, tapi tanpa sebarang jawapan. A melarikan diri dari kami sekeluarga. Ahli keluarga A juga mula membenc1 saya disebabkan fitnah yang A ceritakan kepada mereka.

Saya dih1na oleh keluarganya tanpa usul periksa tapi saya redha dan pada masa yang sama saya tunjuk bukti kepada mereka bahawa saya tidak bersalah walaupun mereka tidak ingin berjumpa saya. Dan apa yang diceritakan adalah f1tnah semata-mata.

Saudara A juga telah membu4ng saya, dan ada yang menambah cerita mengenai saya pada ahli keluarganya yang lain. Ada yang kata ‘saya mal4s masak, saya hanya duduk seperti bos semasa ibu mertua saya datang dan ada juga yang kata saya tak reti jaga suami’.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Demi Allah, saya tidak sebur0k itu. Saya yang membawa ibunya ke pasar dan masak bersama-sama. Makan pakai suami tidak pernah saya abaikan, saya gosokkan baju suami untuk seminggu terus, A cuma perlu pilih dan pakai sahaja, A sangat mementingkan penampilannya.

Jadi, saya memang utamakan apa yang A perlu. Bukan pada ahli keluarga sahaja A mereka cerita, pada rakan-rakannya juga sehingga mereka memul4ukan saya.

Sehingga ke harini, kami masih dalam proses pencer4ian disebabkan A tidak mahu mengaku lafaz cer4i yang dilafazkan melalui pesanan ringkas di mahkamah, saya tidak sempat melangkah keluar pintu mahkamah, A berjumpa dengan pembantu hakim untuk menyatakan hasrat dia masih mahu bercer4i dihadapan ayah saya.

Saya melihat muka ayah, ayah mengalirkan air mata dengan perasaan terkej0t. A meminta untuk berbincang, dia masih memanggil saya ‘sayang’, merintih saya dalam hati. Dia memeluk saya dan ayat yang keluar dari mulut A hanya meminta kami bercer4i secara baik.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Sekali lagi, terduduk saya mendengar permintaannya. A meminta maaf dan dia mengatakan dia tiada niat untuk s4kiti saya, dia minta saya berjanji supaya tidak menyam4nnya. Dan apa yang paling s4kit ialah ucapan A, ‘sayang, ni baru tal4k 1, bukan tal4k 3.

Saya dah stabil dan dah okay nanti kita rujuk semula. Jika ada lelaki yang boleh jaga sayang lebih baik dari saya, bagitahu saya’. Ucapan yang paling s4kit dan per1t, saya terduduk menangis di jalan tar yang penuh dengan batu kecil.

Walaupun begitu, ahli keluarga, rakan-rakan dan anak-anak angkat yang ada sentiasa bersama saya untuk memberi kekuatan dan mendoakan yang terbaik untuk saya. Dan kini, saya cuma menanti tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah untuk dilepaskan oleh suami yang saya sayang. ‘Aku cer4ikan kau dengan talak satu…’ itulah pengakhiran kami yang A inginkan.

Saya harap, dengan ikut permintaan A untuk dilepaskan, dapat membahagiakan dia selamanya. Ramai yang cakap, kalau kita sayangkan seseorang, kita kena buat untuk membahagiakan dia walaupun kita sendiri mencuba untuk perbaiki hubungan. Baiklah.. saya ikutkan permintaanmu wahai suami.

Demi Allah, ini bukan cerita rekaan, ini cerita benar. Masih ada lelaki begini. Kini saya belajar untuk menguatkan hati dan perasaan. Semoga ada hikmah dari kes4kitan yang saya alami. Cukup 165 hari, saya bergelar isteri sehingga A melafazkan cer4i di dalam pesanan ringkas – 9 April 2019, Anne.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Kepada confessor, semoga tabah dengan apa yang berlaku. Setiap yang terjadi pasti ada hikmah. Pencer4ian bukanlah penamat kepada segalanya. Semoga Allah temukan anda dengan insan yang betul-betul menghargai anda selepas ini.

Apa pendapat anda ? Silakan SHARE, semoga bermanfaat..

Sumber : IIUMC / Dikemaskini oleh Berita Kopak