Azhan Rani Kongsi Video Di Sebalik Tabir Babak ‘Hebatnya Kamu, Yakinnya Kamu’, Buat Ramai Yang Kagum.

Wahhh Hebat, Sambil Baring-Baring Je Berlatih, Tapi Hasilnya Berkesan Di Hati !!

Drama Nur 2 baru sahaja melabuhkan tirainya pada beberapa minggu yang lalu. Sebanyak 15 episod ditayangkan di kaca televisyen rumah anda menerusi slot Samarinda di TV3. Drama yang menjadi trending dan perbualan ramai ini mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton menghayatinya dengan pelbagai em0si.

Watak Ustaz Syed Hamadi yang dibawa oleh pemenang Anugerah Pelakon Antag0nis Pilihan Anugerah DFKL 2019, Azhan Rani masih diperkatakan sehingga kini. Malah ada yang ‘merindui’ wajahnya dan gelagat Ustaz Hamadi setelah Drama Nur 2 telah berakhir ditayangkan.

Walaupun membawa watak seorang yang antag0ni, namun lakonan Azhan tidak perlu dipertikaikan lagi. Sangat menjadi dan berkesan membuatkan orang benc1 dan dalam masa yang sama terhibur dengan aksinya yang mencuit hati.

Diselit juga babak-babak Ustaz Hamadi menyanyikan beberapa buah lagu, membuatkan kemunculan Azhan Rani dalam Drama Nur 2 sebelum ini hang4t diperkatakan oleh orang ramai.

Menerusi akaun Instagram, Azhan berkongsi video sedang berlatih dan behind the scene satu babak dimana puan Hajah datang ke rumah untuk membawa anaknya, Aishah balik ke pangkuan keluarga.

Pastinya masih terngiang-ngiang lagi bait-bait lirik lagu Police Entry, nyanyian Elizabeth Tan iaitu ‘ Wah hebatnya kamu, yakinnya kamu.. ‘ yang didialogkan oleh Azhan Rani dalam babak itu.

Jom kita tonton video di sebalik tabir babak berkenaan :

” Sesi mengunyah skrip .. sorry scriptwriter, family.. “

Rata-rata peminat Drama Nur 2 masih boleh move on lagi dengan drama ini. Antara komen-komen peminat :

” Camni rupanya nak belakon ye.. haha.. “

” Hebat nya kamu.. Yakinnya kamu.. Police entry …. Siap dgn gaya lagi. Hahaa. Teringat masa dgn syuk dan jihan.. “

” Bila tgk belakang tabir dgn lakon sebenar, sgt lain reaksinya. Nmpk sgt suasana 360° berubah. Itulah hebatnya penangan pelakon yang berbakat. Hebatmu! Team #nur.. “

” Memang hebat.. sampai ke hati lakonan babak tu.. “

” Sy rase xlame lagi @azhan_rani jd director nihhh..hebatnya kamu!! Yakinnya kamuu… “

” Rindu nyaaa Nur 2… Tiap kali dgr lagu polis entry, teringat bro @azhan_rani.. “

” Scene ni sy mar4h ecah je. Sbb ecah bod0h. Mmglah taat suami tp jgn bod0h sgt mak tu yg melahirkan kau. Beng4p sgt knp.. “

Syabas Azhan Rani, anda memang seorang pelakon yang hebat dan berbakat besar. Walaupun terima banyak mak1an kerana membawa watak Ustaz Hamadi ini, itu tandanya lakonan anda berjaya dan ‘hidup’ serta sampai ke hati penonton-penonton.

Tahniah Azhan Rani dan semua yang terlibat dengan Drama Nur 2, sama ada pelakon-pelakon, pengarah dan semua krew yang bertungkus lumus menjayakan dan menjadikan drama ini satu fenomena dan trending.

Silakan SHARE..

Sumber : Azhan Rani by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..