” Hidup sebumbung dengan mertua memang tak seindah seperti disangka.. “

” Tiada istilah mertua anggap menantu sebagai anak sendiri. Ya memang betul. Ini yang terjadi pada saya.. “

Salam admin. tolong hide profile. saya sekadar nak luahkan apa yang saya rasa. kalau ada yang bagi kata semangat atau kec4man saya terima.

Macam ni admin. saya dah 2 tahun tinggal dengan mertua. dulu memang tinggal asing tapi mertua panggil duduk dengan dia. saya kenangkan dia tak ada anak perempuan dan saya menantu sulung. jadi saya dan suami buat keputusan balik tinggal dengan dia.

Hidup sebumbung dengan mertua memang tidak indah macam di sangka. kalau anda semua perasan. saya selalu saja komen zaman sekarang tak ada istilah mertua anggap menantu sebagai anak sendiri. ya memang betul admin. apa yang terjadi antara saya dan suami.

Contoh kalau kami bergad0h. walaupun dia tahu itu salah anak dia. tetap saya juga yang disal4hkan. saya juga yang di katakan jahat dan biad4b. sedangkan dia sendiri pun kadang tidak tahu permulaan mas4lah itu macam mana.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Admin, masuk hari ni dah 5 hari saya tidak bercakap dengan mertua saya. nak tahu sebab apa? malam minggu lepas anak kecik saya dem4m. munt4h atas katil. saya dengan pen4t di siang hari urus anak. anak saya semua 3 orang. lagi 2 orang laki. memang las4k. pen4t hanya tuhan yang tahu.

Bila yang kecik ni dem4m memang dia langsung tidak nak dengan orang lain. asyik nak kepit ja dengan saya. bila anak munt4h saya panggil suami. tapi suami kat dapur. tidak dengar saya panggil. anak sulung saya pula tidak bagitau suami saya tengah makan.

Saya kat bilik atas masa itu. mungkin saya salah sebab temp1k kuat panggil suami. mak mentua naik atas tanya kenapa. saya diam tidak jawab. 2,3 kali dia tanya saya tetap diam. sampai dia kata kalau tidak mau cakap dengan dia tidak apa. jangan cakap sampai bila2.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Untuk pengetahuan masa hari tu memang saya pun dah terasa hati dgn mak mentua saya. kisahnya saya nak pergi interview kerja. kerja ofis. dah explain dengan mak mentua kerja kat mana semua. tapi mak mentua macam tidak suka saya kerja ofis. dia selalu suruh saya kerja kilang. alasannya kilang senang. gaji banyak.

Admin, saya bukan nak hina kerja kilang tapi kalau kerja kilang saya takut sy tidak ada masa dgn anak. saya pernah kerja kilang memang let1h sangat. bila balik nak rehat pun tidak boleh sebab nak kena urus anak lagi. dia tetap ker4s nak saya kerja kilang.

Hari ni saya tebalkan muka saya untuk tegur mak mentua tapi dia masih buat tidak tahu. mungkin dia nak balas apa yang saya buat malam tu. saya tidak kisah sebab memang sal4h saya. saya akui. tapi dia pun patut tahu yang saya pun kecik hati dengan dia masa siang tu. saya nak kerja dia tidak bagi kerja yang saya suka. dia nak saya kerja kilang.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Sy akui mak mentua saya baik. memang baik. saya pantang 3 orang anak pun dia yang nak jaga tapi kadang mulut dia ja saya tidak tahan. saya tahu mak mentua selalu cerita bur0k saya dekat adik beradik dia. tapi saya diamkan. saya tidak bising. suami saya selalu minta saya sabar tapi saya tidak tahu sampai bila saya nak sabar.

Sekarang kami tengah kumpul duit untuk pindah dari rumah mak mentua. kami nak hidup sendiri macam dulu. kawan semua doakan saya kuat. doakan saya kuat hadapi setiap masalah yang saya hadapi. memang saya tertek4n.

Maaf la kalau kisah saya panjang dan kisah saya meleret. saya tidak pandai nak karang. cuma saya nak bagitahu. mertua tetap mertua. kita baik macam mana pun kita hanya menantu di mata dia.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Apa pendapat anda ?

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat…

Sumber : KRT / Dikemaskini oleh Berita Kopak