Siti Nordiana Jaga Pergaulan Kerana Pernah Rasa Perit Apabila ‘Haknya Diambil Orang’

Siti Nordiana Jaga Pergaulan Kerana Pernah Rasa Perit Apabila ‘Haknya Diambil Orang’

PERNAH melalui pengalaman ‘haknya diambil orang’ membuatkan penyanyi dan pelakon popular, Siti Nordiana Alias atau Nana, 33, berhati-hati dan begitu menjaga batas dirinya.

Ibu tunggal seorang anak ini berkata tidak semua wanita sanggup berkongsi kasih dan rela hidup bermadu.

” Sebagai wanita yang pernah melaluinya dulu, ia sesuatu yang menyakiitkan. Jadi, saya ambil pendekatan berhati-hati dan tahu menjaga batas diri apabila bekerja dengan lelaki sudah berkeluarga.

” Memandangkan saya menceburi industri seni sebagai karier, memang tidak dapat elak daripada bekerjasama dengan lelaki sudah berkahwin.

” Apatah lagi, sekarang saya semakin aktif berlakon dan itu membuatkan penting untuk menjaga batasan pergaulan. Ditambah, status saya sebagai ibu tunggal,” katanya.

Menurut Nana, memang tidak dinafikan urusan jodoh itu ketentuan Alllah SWT tetapi dia sentiasa berdoa semoga diberi perlindungan dan dijauhkan daripada menyakiti hati wanita lain.

” Untuk saya, apa yang boleh dielakkan itu maka berusahalah mengelakkannya. Jadi, saya sangat berhati-hati dan menjaga batasan diri ketika bekerja.

” Malah, sejak sekian lama menjadi ibu tunggal, saya hingga kini belum terfikir untuk jodoh baru. Saya selesa dengan kehidupan dijalani sekarang.

” Terus-terang, saya memang tak mahu suami orang. Jadi, saya sangat berhati-hati dan menjaga batas pergaulan dalam urusan kerja dilakukan,” katanya kepada Harian Metro.

Ujar penyanyi lagu Terus Mencintai itu, apa pun semuanya terletak pada diri sendiri juga dan pada masa sama memang kena sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk dilindungi.

Nana pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Allahyarham Faizal Yusup pada 2006 dan mereka sah bercerai sekitar 2009 selepas dikurniakan anak, Muhammad Rayyan Nakhaie, 11.

Pun begitu, Faizal yang kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama wanita lain dan dikurniakan seorang anak meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat sakiit jantuung.

Karier seni Nana yang pernah merudum seketika, bagaimanapun melonjak semula selepas anak jati kelahiran Negeri Sembilan ini muncul juara Gegar Vaganza musim kedua (GV2) pada 2015.

Silakan SHARE…

Sumber : Harian Metro