Ini 8 Perkara Mengenai Cerita Doraemon Yang Ramai TAK TAHU Selama Ini. TAK SANGKA Teman Wanita Doraemon Sebenarnya…

Ini 8 Perkara Mengenai Cerita Doraemon Yang Ramai TAK TAHU Selama Ini. TAK SANGKA Teman Wanita Doraemon Sebenarnya…

Doraemon adalah siri manga Jepun yang dikarang dan dilukis oleh Fujiko F. Fujio. Siri ini juga telah adaptasikan kepada siri anime yang berjaya mendapat sambutan dan secara langsung menjadi bahan media francais.

Kisah ini berkisar seekor kucing robot bernama Doraemon dari abad ke-22, yang bergerak kembali masa ke abad 21 untuk membantu seorang budak lelaki pra-remaja bernama Nobita Nobi.

Siri manga Doraemon ini pertama kali diterbitkan pada bulan Disember 1969 dan telah terjual di serata dunia lebih daripada 100 juta cetakan.


Kredit foto: pixabay

Sepanjang cerita itu, pasti kita tidak pernah tahu atau tidak perasan bahawa Doraemon ini mempunyai banyak fakta yang belum kita ketahui sehinggalah habis membaca kesemua jilid manga tersebut.

Di bawah kami sediakan 8 fakta yang bermungkinan kita tidak perasan mengenai Doraemon untuk tatapan anda.

1. Doraemon dihantar ke abad 21 oleh Sewashi.

Doraemon kembali ke masa abad yang ke-21 atas arahan Sewashi yang merupakan cicit Nobita dari abad ke-22 untuk membuat perubahan terhadap masa lalu. Di mana pada abad ke-22 Keluarga waris Nobita hidup dalam kemiskinan disebabkan oleh hutang yang telah menjejaskan beberapa generasi disebabkan oleh Nobita itu sendiri.

Sewashi memutuskan untuk menghantar Doraemon kembali ke abad-21 untuk membantu Nobita agar menjadi orang yang berguna. Dengan tujuan ini, Sewashi berharap kehadiran Doraemon dalam kehidupan Nobita pada masa lalu akan mengubah masa depan mereka dan meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.


Kredit foto: doraemonwiki

2. Doraemon tidak mempunyai jari.

Tangan Doreamon hanyalah berbentuk bulat dan tidak mempunyai jari, walaupun begitu Doraemon mampu mengangkat dan memegang barang.

Biarpun ramai orang beranggapan bahawa ini adalah hanya rekaan cerita manga, tetapi terdapat penjelasan bahawa tangan Doreamon mempunyai permukaan yang membolehkan objek melekat dan juga terdapat lubang-lubang kecil saluran vakum agar barang yang dipegang itu tidak mudah jatuh.

Teori mengatakan kekuatan vakum tersebut hampir menyerupai daya tarikan graviti bumi pada skala kecil.


Kredit foto: ricedigital.co.uk

3. Jumlah barang di dalam poket Doraemon adalah sebanyak 4500 jenis.

Poket Doraemon yang kecil itu boleh menyimpan sebanyak 4500 jenis alat yang biasanya digunakan untuk menolong Nobita sahaja. Dari alat sebanyak itu, salah satu alat yang biasa digunakan adalah “Pintu Suka Hati”.

4. Doraemon mempunyai teman wanita dari abad ke-22.

Doraemon mempunyai teman wanita pada abad ke-22 yang bernama Noramyako. Tetapi hubungan mereka tidak berpanjangan apabila telinga doreamon telah digigiit tikus, Noramyako bertindak untuk memutuskan hubungan mereka.

Tambahan lagi setelah kehilangan telinganya, ia juga dikatakan terlalu pendek bagi Noramyako.


Kredit foto: saveas-aja

5. Giant pernah membulii Shizuka.

Giant yang berbadan besar adalah watak yang tidak disukai, ini kerana sikapnya suka membuli rakan-rakannya. Mungkin kita pernah melihat Giant membuli Doraemon, Nobita dan Suneo, tetapi ada satu watak yang kita terlepas pandang iaitu Shizuka.

Shizuka seorang gadis yang sopan santun, berhati mulia juga pernah menjadi mangsa bulii Giant. Pernah dikatakan bahawa Nobita meminjam alat dari Doraemon untuk menyelamatkan Shizuka dari gangguan Giant.


Kredit foto: fandomwikia

6. Terdapat 42 babak Shizuka sedang mandi bagi keseluruhan cerita.

Seperti yang kita sedia tahu bahawa Shizuka amat gemar mandi. Perwatakan karakter ini dinyatakan sendiri oleh pengarang dan pelukis Fujiko F. Fujio. Beliau mengatakan Shizuka dalam sehari akan mandi sebanyak 3 kali.

Bagi keseluruhan cerita Doraemon yang terdapat 823, hanya 42 babak yang melibatkan Shizuka sedang mandi dan 32 daripadanya melibatkan Nobita.


Kredit foto: tumblr/hyovision

7. Gagal dalam pelajaran, Nobita watak yang suka menolong.

Tidak dinafikan bahawa Nobita sering mendapat markah kosong apabila melibatkan pelajaran sekolah. Ditambah lagi dengan sikap malasnya dan manja akan Doreamon ketika ditimpa kesusahan.

Tetapi Nobita mempunyai sikap murni dimana dia amat suka menolong orang lain ketika ditimpa kesusahan. Walaupun Giant dan Suneo sering membuliinya, dia akan menolong mereka dan tidak pernah menolak untuk menolong mereka.


Kredit foto: humornation

8. Nobita berjaya mengalah Dekisugi, seorang pelajar pintar dan kemas.

Dekisugi merupakan seorang pelajar yang amat pintar dan berwatak kemas, sebaya dengan Nobita. Sepanjang cerita ini, Shizuka amat tertarik dengan Dekisugi dan hingga ke penamat cerita Doraemon, kita semua beranggapan bahawa Dekisugi merupakan ciri-ciri pilihan suami idaman Shizuka.

Namun pada akhir-akhir cerita, Shizuka berubah fikiran setelah dia menyedari bahawa pilihan suaminya sebenar adalah Nobita, Shizuka lebih mengenali Nobita yang sifatnya berhati mulia walaupun sepanjang hidupnya mengetahui bahawa Nobita seorang yang bermasalah dan lemah. Membuatkan dia sering dilihat menangis di pangkuan Shizuka dan keakraban mereka semakin kuat.


Kredit foto: dailymotion

Silakan SHARE..

Sumber : Cerpen via Era Baru