” Saya sudah maafkan dia dan saya berdoa agar rezekinya juga dimurahkan. Itu sahaja.. ” – Que Haidar

” Saya sudah maafkan dia dan saya berdoa agar rezekinya juga dimurahkan. Itu sahaja.. ” – Que Haidar

KUALA LUMPUR: Pelakon Que Haidar, 39, menegaskan dia sudah memaafkan individu yang memburukkan namanya di laman sosial dan berharap perbuatan itu tidak lagi diulangi.

Anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu berkata, tujuannya berkongsi luahan hati bukan kerana maarah atau bengaang, sebaliknya mahu netizen lain tidak bertindak seperti individu terbabit.

“Saya sudah maafkan dia dan berdoa semoga rezekinya juga dimurahkan. Itu sahaja,” luahnya dalam satu catatan di Instagram, semalam.

Que atau nama lengkapnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar membuat penjelasan itu selepas dikatakan meletak harga mahal untuk set baju Melayu yang dijualnya disebabkan sudah tidak lagi laku.

Dalam luahannya, pelakon filem Rock itu berkata, dia tidak pernah memaksa sesiapa untuk membeli barangan yang dijual dan kesal apabila ada pihak sengaja cuba memburukkan usahanya.

“Selalu orang tua berpesan, ukur baju di badan sendiri. Masih ada pakaian yang saya jual pada harga berpatutan, tetapi tidak ditanya. Apabila ditanya harga untuk koleksi eksklusif, saya pula diburukkan,” katanya.

Mengenai dirinya yang dikatakan sudah tidak laku, Que bersyukur, Allah masih mengurniakan rezeki untuk dia dan keluarga menerusi perniagaan.

Katanya, sejak tujuh tahun lalu, dia menjalankan perniagaan menjual pakaian rekaan eksklusif dan terhad di sebuah pusat beli-belah di Bangsar ketika Ramadan.

“Tahun ini, saya terfikir untuk luaskan perniagaan dengan membuka satu lagi gerai di Angsana, Johor Bahru memandangkan saya mempunyai pelanggan dari Johor dan Singapura. Tidak perlu hina kalau tidak berkemampuan.

“Kalau ikhlas ingin menyokong, tidak semestinya dia membeli apa yang saya jual. Ada pelbagai cara lain untuk menunjukkan sokongan,” katanya.

Sementara itu, Que turut menjelaskan, dia bukan sombong atau meninggi diri apabila melepaskan pelbagai tawaran berlakon, namun semua itu dilakukan kerana ingin mencari kepuasan sebagai anak seni.

Katanya, dia tidak pernah berhenti berlakon, sebaliknya sentiasa mencari kelainan kerana mengutamakan kepuasan dalam berkarya.

” Hanya orang yang terdekat dan mereka yang berada dalam industri tahu berapa banyak tawaran lakonan yang saya tolak demi mencari kepuasan diri. Bukan bermaksud saya menyombong atau meninggi diri, sebaliknya saya sentiasa mencari,” katanya.

Silakan SHARE..

Sumber : Berita Harian