Kenapa Kedai Makan Biasa Menggantung Plastik Berisi Air. TAK SANGKA Ini SEBABNYA….

Kenapa Kedai Makan Biasa Menggantung Plastik Berisi Air. TAK SANGKA Ini SEBABNYA….

Ketika datang ingin makan ke gerai makan, biasanya kita pernah melihat adanya plastik yang berisikan air dalam keadaan tergantung di setiap sudut.

Ramai orang kadang-kadang mengganggap ianya sebagai pelaris yang dibuat oleh pengamal perubatan atau bomoh supaya makanan dan minuman yang dijual laris setiap hari dan setiap pelanggan akan datang kembali.

Ramainya persaingan membuat pengusaha kadang-kadang menggunakan pelaris sebagai satu cara untuk menarik pelanggan walaupun ianya menyalahi hukum agama.

Untuk pengetahuan, sebenarnya plastik air yang digantung di setiap sudut gerai bukanlah untuk pelaris. Ianya berfungsi untuk menghalau seranggga iaitu LALAT.

YA, serangga yang kerap menyebarkan penyaakit ini boleh beredar dan menjauh dengan mudah dengan cara ini.

Bagaimana ianya berfungsi ?

Air dalam plastik ini berkaitan dengan kebolehan penglihatan serangga kecil ini. Lalat diketahui mempunyai dua mata yang sangat besar. Tetapi mata itu ternyata tidak hanya berjumlah dua sahaja.

Menurut kajian yang pernah dilakukan, satu mata dari serangga ini terdiri dari 3000 ssehingga 6000 indra penglihatan sederhana. Jadi ia tidak melihat ke satu arah saja, tetapi ke semua arah.

Sehingga kita tidak hairan jika pergerakannya sangat cepat dan kesedaran sensornya sangat baik. Sebab itulah kita sukar untuk menangkapnya dengan tangan.

Dan lalat juga punya tiga mata tambahan yang bernama ocelli. Ocelli ini terletak di antara dua mata yang utama. Indra penglihatan ini berfungsi seperti kompas sehingga ia tahu ke mana harus terbang.

Namun, mata satu ini hanya berfungsi maksima jika berada di bawah cahaya atau sinar matahari. Kalau di tempat yang kurang cahaya, ocelli kurang berfungsi sehingga memanfaatkan mata berjumlah ribuan tadi.

OK, kembali ke plastik air tadi. Jadi, air yang ada di dalam plastik tadi berfungsi untuk membiaskan cahaya ke segala arah. Kerana sebab itu, bayangan akan bergeser dari arah yang sebenarnya.

Sehingga ilusi optik ini diharapkan boleh membuat lalat keliru dan akhirnya terbang menjauh dari gerai tersebut. Cukup simple kan?

Jadi sangkaan kita selama ini tentang plastik berisi air yang tergantung di gerai makan itu salah. Sebab, fakta sebenarnya adalah untuk menghalau lalat supaya tidak menghampiri makanan.

Boleh kita terapkan juga di rumah supaya lalat jauh dari makanan kita. Tetapi syaratnya ianya harus diletakkan di bawah cahaya yang terang supaya dapat dilihat oleh lalat.

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat.

Sumber : Boombastis.com / Terjemahan oleh Berita Kopak