” Zaman akak jahiliah dulu memang akak cukur kening, memang menyesal ” – Norkhiriah. Tonton Video Penuh Di Bawah

” Zaman akak jahiliah dulu memang akak cukur kening, memang menyesal ” – Norkhiriah. Tonton Video Penuh Di Bawah

PELAKON Norkhiriah mengakui menyesal mencukur kening ketika zaman muda.

Menerusi laman Instagram, Norkhiriah menjawab soalan peminat yang bertanyakan sama ada dia mencukur bulu dibahagian tersebut.

” Ya dik, dulu akak cukur kening, zaman jahiliah dulu, kening akak memang macam ni tak mahu tumbuh.

” Sekarang no more cukur-cukur. Menyesal you all,” jawab Norkhiriah.

Sementara itu, pelakon drama Nur ini turut menjelaskan sebab dia mengenakan hijab.

” Nyaawa ni Allah punya! Apa Allah suruh buat, kita buat sebab tu baru akak sedar. Tutup aurat ni perintah Allah, moga istiqamah.

” Semua benda susah mula-mula tapi lama-lama kita akan biasa. Benda-benda kebaikan ni memang kena paksa,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Norkhiriah memaklumkan dia bakal memulakan penggambaran drama Nur 2 tidak lama lagi.

“Insya-Allah dalam hujung tahun ni kami akan kembali ke set Nur 2,” katanya.

Jom tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *