Umur 3 Tahun Sudah Pandai Masak Nasi, Korang Umur Waktu Ni Tengah Menyusu Botol Lagi !

Umur 3 Tahun Sudah Pandai Masak Nasi, Korang Umur Waktu Ni Tengah Menyusu Botol Lagi !

Kanak-kanak berumur tiga tahun dari Bangladesh yang sudah pandai memasak nasi sendiri. Videonya sedang memasak kari ikan sebelum ini sudah ditonton lebih dari 32 juta kali.

Kali ini dia memasak nasi kuning khas Bangladesh yang diberi nama “Hodgepodge” dalam bahasa Inggeris.

Nasi ini dicampur dengan banyak rempah. Dapat anda bayangkan bagaimana seorang kanak-kanak yang baru berumur 3 tahun memasak nasinya sendiri ? Mari kita lihat!

Sneyha datang bersama ibunya untuk berkelah kali ini. Bahan-bahan seperti beras dan bahan tumis sudah disiapkan. Dia mulai memasak dengan membasuh beras sampai bersih.

Selepas itu dia memasukkan kunyit, jintan, ketumbar, kapulaga dan kayu manis yang semuanya dalam bentuk serbuk. Tidak lupa juga, dia menambahkan garam dan minyak sayur.

Dalam masakan ini, nasinya dicampur dengan kacang, terutama kacang hijau atau kacang dal. Untuk pelengkap rasa, ada potongan cili hijau, bawang putih dan daun bawang.

Walaupun saiz badannya kecil, Sneyha mampu mencampur bahan masakannya dengan cukup banyak. Akhir sekali, dia memasukkan air sehingga periuknya hampir penuh.

Tubuhnya yang masih kecil tidak membuatkan dia menjadi manja, dia tidak nampak t4kut untuk mengangkat periuk penuh air ke atas tungku api.

Dengan sabar Sneyha menunggu nasinya masak. Sambil sesekali dia menggaul periuknya dan merasai masakannya.

Setelah masakannya masak, dia memadamkan tungku dan b4ra apii yang tersisa. Lalu dia memindahkan nasinya ke mangkuk rakan-rakannya. Rakan-rakannya juga sudah bersedia untuk makan. Walaupun tanpa lauk pauk mewah, mereka makan dengan begitu selera.

Kegiatan berkelah kanak-kanak ini selalu diawasi ibubapa. Bahkan ayah dan ibu Sneyha juga selalu memerhati kegiatan masak memasak anaknya.

Tonton aksi kanak-kanak ini memasak di bawah :

Apa pendapat anda?

Silakan SHARE dan semoga bermanfaat

Sumber : YouTube by Berita Kopak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *